Kelebihan OBS Studio Yang Perlu Diketahui Ramai

by | Jun 6, 2021 | Creative

Dulu admin ada kongsikan dalam artikel software screen recording yang ada di pasaran. OBS Studio adalah salah satu dalam senarai tersebut. Kali ini kita akan go deep tentang kelebihan OBS Studio yang mantap dan awesome.

Maklumlah sekarang ini memang banyak software yang ada dipasaran. Tapi kadang-kadang bila beli tapi ianya tak menepati citarasa. Ada juga yang tak mencapai apa yang kita jangkakan. Worst case kita langsung tak boleh guna untuk buat kerja.

Jadi sebab tu admin selalu share software yang percuma tapi prestasi yang mantap untuk para pembaca. So boleh cuba dulu yang percuma sebelum beralih kepada software premium. Sebab software percuma pun “not bad” sebenarnya.

Top 5 Kelebihan OBS Studio Yang Jadikannya Pilihan Ramai

Bagi yang kurang familiar, OBS Studio adalah satu software yang digunakan untuk merakam video daripada beberapa source. Ianya juga sangat banyak digunakan untuk “live” di platform utama seperti youtube, facebook dan Instagram.

OBS tu adalah akronim kepada Open Broadcaster Software. Ianya telah dibangunkan oleh team yang bergelar OBS Project semenjak tahun 2012. Dah lama sebenarnya wujud. Admin pun guna sejak 2018. Tu pun jumpa secara tak sengaja. Sebab nak rekod screen.

Sebelum tu admin ada pakai software lain tapi trial version. Lepas trial expired, kena la cari alternative lain. Itu yang terus beralih arah. Nak tahu kenapa admin terus bertukar ke OBS Studio? Main reason adalah kelebihan OBS Studio yang admin list kan dekat bawah ini…

Advantage #1 – Open Source

Okay ini admin letak first sekali sebab ianya adalah sebab utama kenapa admin bertukar ke OBS Studio. Mungkin ada yang tak tahu maksud open source. Korang boleh baca lebih detail pada artikel apa itu open source software.

Dipendekkan cerita, open source software ini adalah software percuma yang korang boleh download dan guna selagi ianya wujud. OBS Studio tergolong dalam kategori ini. So ianya percuma untuk download dan install dekat laptop atau computer korang.

Akan tetapi tak semua software percuma menepati citarasa atau expectation orang ramai. Ada juga yang install tapi berlambak iklan. Lepas tu feature basic je yang ada. Nak more feature kena bayar. Tapi ini tak berlaku pada OBS Studio.

Advantage #2 – Simple Layout

Ini sangat penting sekiranya nak guna sesebuah software. Siapa yang nak guna software yang terlalu complicated. Terutamanya untuk tujuan yang bukan komersil. Hasil tak dapat jutaan ringgit tapi nak siapkan satu kerja pun susah sebab software terlalu complicated.

Layout OBS Studio memang simple. Even tanpa refer pada tutorial pun admin yakin korang boleh terus guna. Nak setting pun tak lah begitu complex. Memang sangat straight forward. Pada yang takde experience guna software screen recording sebelum ini pun boleh buat.

Dari segi view, layout OBS Studio nampak “clean” dan tak serabut dengan pelbagai button dan lain-lain lagi. Nampak macam software premium walaupun sebenarnya percuma je. Kira cam ada “class” la juga OBS Studio n ikan?

Advantage #3 – Multi Input & Output

Bila kita sebut pasal software video, ianya selalunya dikaitkan dengan input dan juga output. Persoalan yang selalu timbul adalah berapa banyak source input yang boleh digunakan. Juga apakah format output serta kualiti video yang terhasil.

Pada OBS Studio, korang boleh set kan multi input pada software. Source daripada camera connected kepada USB dan juga rekod live screen korang. Camera kalau ada lebih dari satu pun boleh. Asalkan kena set dengan betul pada setting.

Manakala untuk output pula, terdapat beberapa setting korang boleh ubah. Format video output adalah FLV dan MP4. Kalau nak save dalam format lain, mungkin kena guna converter. Tapi format MP4 tu pun dah high quality sebenarnya.

Advantage #4 – Plugins

Mungkin ada yang rasakan OBS Studio ada kekurangan yang menyebabkan korang rasa nak cari software lain. Sebelum berbuat demikian, better korang try cari function yang diperlukan tu pada plugin. Mana tau ianya ada.

Plugin ini adalah digunakan untuk menambah fungsi tertentu pada OBS Studio yang default. Kiranya enhancement pada fungsi asal yang sedia ada. Bagi yang tengah cari plugins, boleh usha dekat website OBS Studio.

Tak semua software yang ada plugin atau extension. So kira OBS Studio ini adalah satu software yang fleksibel dan menepati citarasa ramai.

Advantage #5 – Tutorial

Walaupun OBS Studio ini memang mudah digunakan, tapi masih ada juga yang pening nak gunakan. Tapi jangan risau, sebab OBS Studio ini memang ramai yang gunakan. Disebabkan ramai yang guna, jadi ramai juga lah yang buat tutorial.

So pada yang ada “stuck” dekat cara nak guna OBS Studio, korang boleh search je dekat google atau youtube. Komfem ada guide dan tutorial yang korang cari tu. Dari cara nak guna sampai lah detail setting yang advance, semua ada. Cuma tinggal nak cari yang mana satu je.

Memang Terbaek OBS Studio Ni Kan?

In term of ease of use, admin rasa OBS Studio ni memang terbaik. Sebab masa first time admin install, lepas tu terus boleh guna. Sebab senang nak digunakan. Layout yang simple sangat membantu terutamanya bagi first time user.

Ditambah pula dengan cara nak setting input dan output yang simple, secara jujurnya admin memang rasa ianya sangat terbaik. Of course memang terdapat beberapa kekurangan sekiranya dibandingkan dengan software premium seperti Camtasia dan Filmora.

Tapi bila fikir balik, dengan feature yang ada rasanya OBS Studio dah lebih daripada berbaloi. Mungkin ada sesetengah orang yang nak software screen recording sekali dengan video editing. Malangnya OBS Studio tak boleh edit video.

Pada pendapat admin, itu adalah antara kekurangan yang ramai orang rasakan software ini dianggap “cikai”. Tapi sebenarnya tak ada masalah sebab korang boleh install software video editing yang percuma juga. Boleh refer dekat software edit video percuma.

Ada banyak dalam senarai tersebut. Pilih je yang mana-mana dirasakan sesuai. Walaubagaimanapun, ini semua hanyalah pendapat peribadi admin. Tak semestinya menepati citarasa korang. Boleh cuba dulu bagi yang rasa ragu-ragu dengan apa yang admin tuliskan dekat atas.

Sekiranya terdapat sebarang komen, cadangan mahupun pandangan, sila berbuat demikian pada ruangan yang telah disediakan dekat bawah ini…

Sumber : Filmora

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *