Kelebihan SEO Untuk Blog dan Website

by | Nov 13, 2020 | Website

Terdapat pelbagai cara untuk menaikkan rating untuk sesebuah website. Kebanyakkan cara terpaksa keluarkan modal. Tapi tahu tak yang ada juga cara percuma. Dengan menggunakan SEO. Jadi kali ini admin nak kongsikan berkenaan kelebihan SEO untuk blog dan website.

Seseorang blogger atau pemilik laman web mesti nak ramai yang lihat apa yang ada dekat website mereka. Lagi ramai, maka lagi banyak la duit masyuk. Itu orang yang cakap, bukan admin cakap. Tapi ramai yang tak tahu macam mana nak jadikan ia kenyataan.

SEO adalah salah satu cara untuk menjadikan blog dan website korang “popular”. Dan yang syok nya, ianya percuma je. Tak perlu keluar modal. Cuma kena tahu cara yang betul nak buat. Sebelum kita sembang lebih jauh mengenai kelebihan SEO, kita lihat dulu apa definasinya.

Definasi SEO & SERP

Dua perkataan ini (SEO dan SERP) adalah sangat berkait rapat. Kalau nak tahu pasal SEO, korang juga perlu tahu berkenaan SERP. Jadi dekat bawah ni admin letakkan definasi bagi kedua-duanya.

Search Engine Optimization atau lebih dikenali dengan singkatan SEO adalah amalan meningkatkan kuantiti dan kualiti trafik ke laman web korang melalui keputusan search engine secara organik (Definasi dari Moz). 

Search Engine Result Page atau SERP adalah laman web yang ditunjukkan kepada pengguna apabila mereka mencari sesuatu menggunakan mesin search engine, seperti Google (Definasi dari Wordstream). 

Seperti yang sedia maklum, search engine atau enjin carian adalah tools yang sering digunakan untuk mencari pelbagai maklumat. Antara yang popular adalah seperti Google, Bing dan Yahoo. Tapi mostly sekarang ni ramai orang yang guna google.

Tak kisah lah search engine apa yang digunakan, bila masuk sahaja keywords dekat search box tu mesti akan keluar result untuk carian tersebut. Jadi page yang memaparkan result ini dipanggil SERP. Biasanya satu page tu akan ada 10 search result.

Jadi jika laman web kita berada di halaman pertama result SERP (contoh seperti gambar), kemungkinan untuk orang mengunjungi website korang adalah sangat tinggi. Tapi masalahnya macam mana nak letak web kita dekat situ? Jawapannya adalah guna SEO.

Kelebihan SEO Untuk Blog dan Website

Dibawah admin akan kongsikan apakah kelebihan SEO yang menyebabkan korang perlukan nya. Teruskan membaca.

Kelebihan #1 – SEO adalah PERCUMA

Memang ada cara lain untuk kita meningkatkan trafik ke sesebuah laman web. Antaranya adalah facebook ads, google ads, bing ads dan lain-lain lagi. Tapi semua yang admin senaraikan itu adalah berbayar. Jadi kena keluarkan modal untuk tarik trafik ke website.

Tapi jika guna SEO, korang tak perlu keluar duit pun. Sebab bila website korang naik ke halaman pertama enjin carian, orang akan klik dan terus ke page berkaitan. Jadi tak perlu bayar pun. Orang yang akan cari website korang.

Kelebihan #2 – Trafik Ke Website Konsisten

Bila berada di kedudukan yang atas pada halaman pertama, secara tidak langsung lambakan trafik akan memasuki website. Bergantung kepada “keywords” tertentu, yakni berbeza mengikut jumlah carian setiap keywords.

Jika keywords tersebut banyak carian, maka lebih tinggi lah trafik. Dan yang lebih penting ianya akan lebih konsisten. Sentiasa ada orang yang akan lihat website korang. Ini lebih bagus jika dibandingkan dengan iklan berbayar samaada di google mahupun facebook.

Bila korang stop iklan, maka trafik ke website pun akan stop. Tapi tidak bagi SEO. Trafik akan kekal ada tanpa perlu buat iklan.

Kelebihan #3 – Trusted Website

Admin bagi satu situasi untuk menerangkan kelebihan ini. Sekiranya korang hendak membeli barang di kedai. Sebagai contoh korang nak beli kasut. Jika terdapat dua design kasut yang korang minati pada harga yang sama.

Cuma satu ada brand manakala satu lagi takde brand. Mana yang korang pilih? Dah tentu ramai yang pilih kasut yang ada brand. Sebabnya bila nak beli orang akan selalu berfikir tentang kualiti barang tersebut.

Jadi bila barang yang ada brand, secara tidak langsung orang akan lebih percaya dan cenderung untuk beli. Begitu juga dengan website. Orang akan lebih percaya pada laman web yang berada di halaman pertama pada search engine.

Ini akan meningkatkan kredibiliti kepada website korang. Secara tidak langsung, lebih ramai pelawat akan ditukar kepada pelanggan. Lebih ramai pelanggan, maka lagi banyaklah keuntungan. Lebih “masyuk” la senang cerita.

Kelebihan #4 – ROI Lebih Baik Daripada Iklan Biasa

Bila sebut pasal bisnes, orang akan mula membicarakan tentang ROI. Biasa lah kan, mesti orang buat bisnes nak untung. Belum pernah admin jumpa orang yang buat bisnes yang target nya adalah nak rugi. Kalau rugi secara tak sengaja tu lain cerita lah kan.

Contohnya, korang buat iklan untuk satu barang yang dijual pada laman web korang. Korang buat iklan berbayar. Katakan daripada 1000 orang pelawat, korang berjaya buat 20 sales daripada iklan tersebut. Persoalannya berapakah ROI untuk setiap sales tersebut?

Contohnya untuk setiap sales, korang akan untung sebanyak RM 5. Manakala kos untuk iklan yang korang buat itu adalah sebanyak RM 20. Jadi total ROI korang adalah RM 80. Cuba bandingkan jika guna SEO dengan jumlah sales yang sama.

Korang akan dapat ROI RM 100 untuk jumlah sales yang sama. Sebab tiada kos untuk pengiklanan. Mungkin nampak sikit beza pada contoh diatas. Itu hanya contoh. Macam mana kalau kos iklan tu lagi tinggi dari yang admin bagi dalam contoh?

Dah tentulah untung bersih korang akan jadi lagi sikit. Itu kalau untung. Kalau kos iklan melambung tinggi lebih dari jumlah untung macam mana? Alamatnya habis duit bayar iklan je lah jawabnya.

Kelebihan #5 – Teknik Yang Dah Terbukti Berkesan

Mungkin ada yang beranggapan SEO ini adalah “cheap technic” sebab ianya adalah percuma. Maklumlah bila barang percuma ini selalu disalah anggap. Orang akan rasa ragu-ragu dan tak percaya yang ianya adalah sesuatu yang bagus.

Sehinggalah mereka nampak bukti yang menunjukkan barang free tu bagus atau berkualiti. Begitu juga dengan SEO. Nak kena ada bukti baru nak percaya yang SEO ni boleh buat korang untung berlipat kali gkorang berbanding teknik pemasaran yang lain.

Sebab apa admin cakap SEO ini teknik yang dah terbukti berkesan? Ini kerana SEO ini bukan hanya digunakan oleh syarikat kecil, malahan syarikat gergasi pun mengoptimumkan penggunaan SEO bagi laman web mereka. Mereka juga menjana keuntungan melalui SEO.

Cuba korang bayangkan, syarikat gergasi yang menghabiskan banyak modal untuk pemasaran juga guna SEO yang percuma. Inikan pula kita yang tak berapa ada modal nak buat marketing. Kena lah ikut juga manfaatkan kelebihan SEO pada website kita.

Kelebihan #6 – Branding

Seperti yang dijelaskan dekat atas. Bila laman web korang berada di “top” pada carian google. Secara automatic, lambakkan traffic akan tiba. Secara logiknya, bila banyak trafik maka akan lebih banyak sales (kalau web e-commerce) atau lead masuk.

Ini menunjukkan kemajuan kepada korang punya bisnes. Secara tak langsung popularity website akan meningkat. Itulah dinamakan ‘branding’. Bila lebih ramai orang tahu pasal korang punya website, lebih “cash in” la kan.

Tak kisah apa jua focus pada laman web korang tu. Sama ada jual produk, servis, consultation ataupun agency. Branding yang berjaya dilakukan dengan betul akan memberi impak yang sangat kuat kepada kejayaan korang.

Memang SEO bukanlah satu-satunya cara untuk branding. Tapi ianya merupakan “salah satu” cara yang berkesan. So why not kita cuba. Dan ianya terbukti berkesan sebab dah ramai yang berjaya.

Kelebihan #7 – Sustainability

Siapa yang tak nak kekal konsisten berada diatas betul tak? Kalau ada suatu cara yang boleh dilakukan secara percuma tapi hasilnya menjadikan korang sentiasa “on the top”. Agak-agak korang buat tak carat u? Dah lah free lepastu hasilnya kekal.

Orang gila je yang tak nak. Ramai orang percaya bahawa, marketing dan iklan harus dilakukan secara konsisten untuk kekal releven dalam market. Inilah dipanggil sustainability dalam kebanyakkan bisnes. Tapi selalunya iklan kena belanja yang besar.

Tidak seperti iklan berbayar, kesan SEO adalah kekal. Ianya tidak akan tiba-tiba berhenti jika korang berhenti membayar iklan. Malahan SEO tak perlu dibayar pun sebenarnya. Sekali ianya naik, susah la nak turun. Melainkan website korang stop berfungsi.

Jadi sepatutnya korang tak boleh abaikan teknik yang percuma ini. Tak salah kalau nak buat marketing besar-besaran, belanja banyak untuk iklan berbayar. Tapi yang percuma ni korang buat kan lebih mudah. Jadi “add on” factor kepada kejayaan korang.

Final Thought

Memang banyak kelebihan SEO ini untuk blog dan website. Impaknya sangat memberi kesan kalau korang betul-betul buat. Cuma dalam nak naikkan “rank” dekat SERP tu kena bersabar sikit. Kadang-kadang ianya mengambil masa.

Antara sebab lambat naik adalah terdapat persaingan yang sengit dengan laman web yang lain. Jadi itu juga kena diambil kira dan rancang strategi SEO korang supaya boleh “win” persaingan tersebut untuk naik ke atas.

Pada pendapat admin, SEO sangat penting pada blog dan website. Korang punya pendapat macam mana? Sekiranya ada sebarang pendapat, komen dan cadangan boleh berbuat demikian pada ruangan dibawah…

 

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *