Keperluan Asas Pemain Gitar Yang Wajib Ada Bagi Newbie

by | Feb 20, 2021 | Music

Pada yang baru nak mula belajar main gitar, korang mesti ada keperluan asas pemain gitar sebelum berevolusi menjadi pro player. Kesemua item ini akan membantu korang dalam proses pembelajaran nanti. Kira macam senjata nak pergi perang la.

Rasanya mesti ada yang bercita-cita menjadi gitaris yang hebat seumpama idola korang kan? Admin dulu pun masa mula belajar dapat main chord “C” pun dah rasa hebat. Rupanya itu baru permulaan. Berlambak lagi chord yang kena tahu.

Keperluan Asas Pemain Gitar Untuk Newbie

Nak belajar main gitar memang mencabar sebenarnya. Perlukan effort dan tekad yang kuat. Kalau mudah patah semangat memang tak boleh. Tapi bila dah boleh main, ianya akan menjadi suatu perkara yang seronok.

Tambahan pula dapat main lagu-lagu favourite sambil sing-along. Kena pulak tengah melepak dengan kawan-kawan reramai. Memang mantul la. Walaubagaimanapun, sebelum start berangan tu semua, kena sediakan keperluan asas pemain gitar seperti dibawah ini dulu…

Keperluan #1 – Gitar Kapok

Of course, kalau nak belajar main gitar haruslah ada gitar nya. Kalau tak macam mana nak main. Untuk para beginner, admin suggest untuk start dengan gitar akustik terlebih dahulu. Tak pelu beli yang mahal. Yang biasa pun dah memadai.

Nanti dah advance boleh upgrade gitar kemudian. Dulu pun admin start guna gitar “kapok” je. Tu pun abang admin punya. Kira turun temurun punya gitar la tu. Lepas dah boleh main barulah beli gitar sendiri. Tapi still akustik juga.

Dah tua-tua baru lah merasa gitar elektrik sendiri. Tapi kalau korang nak terus belajar guna gitar elektrik pun tiada masalah. Kalau ada kemampuan dan bajet, why not kan? Asalkan mestilah gitar. Jangan benda lain. Barulah boleh jadi pemain gitar.

Keperluan #2 – Pick / Spectrum

Selepas beli gitar, satu lagi item penting kena ada sebelum mula belajar main adalah pick gitar. Ada juga orang panggil spectrum. Tapi commonly orang akan sebut pick. Rasionalnya adalah untuk beginner adalah lebih mudah main guna pick.

Berbanding strum chord guna tangan. Kalau main plucking takpe boleh pakai jari. Strumming memang digalakkan untuk guna pick sebab dapat tone yang lebih sedap dan juga takdelah sakit tangan kena tali. Mau melecet kalau tak biasa.

Keperluan #3 – Tuner

Untuk mendapat note atau chord yang betul, korang kena pastikan gitar berada pada tune yang betul. Jadi kena ada tuner untuk tune gitar korang. Pada yang nak tahu macam mana nak tune gitar boleh baca dekat artikel cara tune gitar.

Tuner adalah alat yang akan menujukkan note untuk tali yang dipetik. Kebiasaannya beginner kena tau apa itu tune standard gitar. Jadi bila tune lari, note pada tuner akan bertukar jadi lain. So kena ejas semula ke note yang betul.

Keperluan #4 – Buku Chord

Seperti yang admin ada cerita dekat atas tadi, ada berlambak chord yang wujud dalam permainan gitar. Jadi it’s good to have reference bagi chord gitar. Buku chord gitar ini korang boleh dapatkan dikedai buku berhampiran.

Kalau rasa malas nak beli, boleh download je ebook chord gitar dan print. Sebab apa kena print? Supaya senang nak refer. Kalau tak asik kena tengok dekat PC / Laptop / Phone je. Bukan apa, takut tumpuan beralih. Bukan tengok chord satgi J.

Keperluan #5 – Metronome

Untuk menjadi seorang pemain gitar yang bagus, perlulah bermain mengikut tempo yang betul. Jadi sangat penting untuk newbie untuk memiliki dan praktis menggunakan metronome. Mula-mula memang susah. Tapi bila dah biasa, ianya okay je sebenarnya.

Mungkin ada yang tak tahu apa itu metronome. Ianya adalah alat yang mengeluarkan bunyi beat mengikut kadar BPM yang ditetapkan. So kita akan play along bunyi metronome untuk mengekalkan tempo permainan muzik.

Bukan sekadar untuk gitar je. Malahan semua alat muzik juga boleh dimainkan bersama metronome. Untuk beginner, mungkin boleh beli tuner yang built in sekali dengan metronome. Senang dan jimat. 2 in 1, beli satu benda boleh guna untuk 2 function.

Keperluan #6 – Strap

Okay yang ini mungkin agak kurang penting. Sebab strap gitar hanya perlu digunakan apabila nak main berdiri. Kalau duduk tak perlu pun takpe. Tapi sebagai pemain gitar, korang kena praktis juga main gitar secara berdiri. Mana la tau kena buat performance nanti kan.

Kalau tak pernah try, memang kekok rasanya. Tak biasa main memang teruk bunyinya nanti. Jadi better praktis sesekali untuk main berdiri. Kalau nak main berdiri, so kenalah ada strap gitar untuk gantung gitar dekat bahu.

Keperluan #7 – Capo

Ini adalah optional. Tapi it’s good to have item. Pada yang belum tahu, capo adalah digunakan untuk mengubah key pada gitar. Cara menggunakannya senang je. Sangkutkan capo pada fretboard. Kedudukan bergantung pada key yang nak diubah.

Pada yang malas nak ejas sama ada up / down tuning, capo adalah alternative terbaik. Terutamanya yang dah mula main banyak lagu, mungkin perlu memiliki capo untuk memudahkan permainan gitar korang. Simple dan senang digunakan.

Dah Ada Semua Baru Best Main Gitar…

Admin dah senaraikan kesemua keperluan asas pemain gitar yang seharusnya ada pada seorang beginner. Tapi ini hanyalah guide. Tak semestinya takde benda-benda ni, tak boleh nak main gitar. Jangan down sebab tak boleh sediakan kesemuanya.

Yang paling penting adalah kena ada gitar. Itu je yang sangat penting. Selain daripada itu lebih kepada aksesori. Admin dulu pun ada gitar kapok je. Pick pun takde masa mula-mula main. Potong kad topup prepaid untuk dijadikan pick.

Tune pun agak-agak je. Reference pun dengar lagu yang dah tau main dekat radio untuk check tune betul ke tak. Semua pun pakai belasah je mula-mula. Semangat nak belajar punya pasal. Redah je asalkan dapat main gitar.

Kemudian pelan-pelan upgrade. Ada duit beli gitar yang best sikit, tukar tali yang sedap, beli tuner dan lain-lain lagi. Sampailah sekarang masih lagi main gitar walaupun cita-cita nak jadi gitaris hebat telah terlajak ke laut dalam.

Tak dapat jadi “pro” pun takpe lah. Yang penting enjoy main gitar. Pada yang baru bermula, teruskan praktis sampai jadi player yang mantap. Sebab “practice makes perfect”. So jangan jemu dan teruskan sampai berjaya.

Sekiranya terdapat sebarang pandangan, cadangan mahupun komen, sila berbuat demikian pada ruangan yang telah disediakan dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *