Keperluan Untuk Buat Website WordPress Yang Wajib Ada

by | Nov 26, 2020 | Website

Admin ada share sebelum ini pasal cara buat website sendiri. Kali ini kita tengok pula apa keperluan untuk buat website wordpress. Item yang korang perlu disediakan untuk siapkan sebuah website wordpress. Kalau tak ada item ini, memang tak complete lah jadinya.

Mungkin tajuk nampak fokus kepada wordpress. Tapi apa yang admin share kali ini sebenarnya adalah terpakai untuk hampir kesemua jenis website. Nanti admin akan highlight lebih detail item yang dimaksudkan itu dekat bawah.

6 Item Keperluan Untuk Buat Website WordPress

Mungkin korang tertanya-tanya kenapa pilih wordpress. Jawapan kepada persoalan korang ini ada dekat artikel kelebihan website wordpress berbanding cms yang lain. Dekat situ admin ada explain detail tentang kenapa pilih wordpress untuk buat website.

Main reason adalah ease of use dan komuniti pengguna yang ramai. Itu antara sebab wordpress menjadi pilihan ramai. Kalau orang ramai suka tu maknanya memang bagus la kan. Tapi kalau korang terasa nak cuba CMS yang lain pun boleh.

Baca dekat artikel apa itu CMS. Then boleh cuba selain WordPress. Tak kisah apa CMS yang menjadi pilihan korang, item yang admin nak kongsikan kali ini tetap kena ada. Semua item ini sangat penting. Jadi jom kita tengok apakah item-item tersebut…

Item #1 – Domain

tips pilih nama domain

Seperti biasa, setiap benda seharusnya ada nama tersendiri. Begitu juga dengan website. Kenalah ada nama untuk memudahkan orang nak datang berkunjung. Pada yang belum tahu, boleh rujuk pada apa itu nama domain.

Domain name diperlukan untuk memudahkan orang jumpa website korang. Contohnya nama domain adalah shahrul.com. Jadi bila nak pergi ke website, kena taip dekat browser nama domain tersebut. Then barulah keluar display website korang.

Kalau nak compare dengan real life, nama domain ini seumpama alamat rumah korang. Sesebuah alamat mesti ada nombor rumah, nama jalan, nama taman, poskod dan juga nama bandar / pekan. Barulah orang boleh jumpa kalau nak cari.

Ada terdapat banyak domain registrar yang ada dipasaran untuk korang beli nama domain. Pilih yang dirasakan sesuai serta harga yang berpatutuan. Bila dah beli then barulah kita tengok pada item yang seterusnya.

Item #2 – Hosting

Web Hosting Daripada Malaysia

Selain domain, sesebuah website juga perlu ada hosting. Secara asasnya hosting ini adalah tempat untuk simpan semua file yang barkaitan dengan website korang. Antaranya adalah gambar, video dan cms file. Hosting juga bertindak macam server kepada website.

Kembali semula kepada analogy domain tadi. Kalau nama domain sebagai alamat rumah, hosting ini macam tapak rumah. Setiap rumah mesti dibina atas tanah, kena ada tapaknya sendiri. Memang ada orang buat rumah atas air. Tapi macam mana orang lain nak datang melawat.

Kejap dekat sana, nanti kejap lagi dah ada dekat tempat lain. Kan susah macam tu. Bila ada tapak sendiri, then barulah boleh bina rumah. Tak kira besar atau kecil tapak yang ada, still boleh bina rumah dekat situ. Kena pandai-pandai ejaslah ikut kesesuaian.

Korang boleh beli hosting dekat hosting provider yang ada dipasaran. Hosting daripada Malaysia pun ada kalau rasa nak support bisnes syarikat tempatan. Yang penting, hosting tu mestilah menepati requirement yang korang mahukan.

Item #3 – WordPress

Web Hosting Daripada Malaysia

Okay yang ini adalah sangat penting. Kalau takde yang ini, tak boleh dipanggil website. WordPress ini tergolong dalam kategori Content Management System (CMS). Website tak boleh wujud kalau tak ada CMS. Melainkan korang hebat buat coding then it’s another story.

Kepada yang biasa-biasa ataupun yang tak tahu langsung coding, dinasihatkan supaya guna CMS. Ada banyak pilihan CMS, tapi WordPress yang paling ramai pengguna. So itu salah satu sebab kena guna WordPress. Lagipun ianya simple nak digunakan.

Kebanyakkan hosting provider akan include dalam pakej yang korang subscribe. Ianya kira “bundle” sekali dengan hosting. Jadi apa yang korang perlu buat selepas ada domain dan hosting adalah install wordpress untuk wujudkan laman web korang.

Kira wordpress ini diibaratkan macam rumah korang la. Dah ada tanah dan alamat, so kenalah ada rumahnya. Baru lah orang boleh datang. Betul tak?

Item #4 – Theme

Web Hosting Daripada Malaysia

Selepas install wordpress, korang boleh mula start proses setting website korang. Biasanya orang akan buat design website terlebih dahulu. Jadi dekat wordpress, kalau nak design website korang gempak, kena ada theme yang cun.

Terdapat banyak jenis theme yang ada. Kalau nak pakai yang free pun boleh. Ada dekat dalam wordpress. Boleh install dan cuba yang mana dirasakan menarik. Tapi kalau dah cuba namun masih lagi tak jumpa yang okay, korang kena cuba theme yang premium.

Of course bila sebut premium je semua orang akan tahu. Ini komfem kena bayar. Tapi berbaloi dengan harga sebab banyak features yang ditawarakan untuk design yang lebih menarik. Tak tahu nak cari dekat mana? Baca dekat theme wordpress.

Item #5 – Plugin

Web Hosting Daripada Malaysia

Selain daripada theme, korang juga perlu install plugin pada website wordpress. Plugin ini akan memudahkan korang mengendalikan website wordpress kerana ianya mempunyai function yang berbeza. Ada yang hanya tertumpu kepada satu function.

Tapi kebanyakkan plugin akan tawarkan beberapa function untuk korang gunakan. Seperti juga theme, plugin pun ada yang percuma dan premium. Boleh install sebanyak mana plugin yang korang perlukan selagi hosting korang boleh tamping space.

Akan tetapi nasihat admin adalah jangan terlalu banyak plugin. Nanti website akan jadi lebih berat nak loading. Kemungkinan akan berlaku gangguan pada website pun ada kemungkinan terjadi. Utamakan plugin ada function yang nak digunakan sahaja.

Item #6 – SSL

Web Hosting Daripada Malaysia

Yang terakhir ini mungkin agak kurang popular. Tapi ianya sangat penting. Terutama dari segi keselamatan website korang. Kira kalau rumah korang, SSL ini ibarat grill la. Ianya melibatkan security kepada keseluruhan laman web.

Fungsi SSL adalah untuk encrypt data yang di transfer daripada hosting ke viewer website korang. Jadi bila data semua encrypt, maka orang lain tak boleh “tap” data tersebut. Jadi data itu akan terus sampai ke viewer seperti yang dikehendaki.

Kalau ada yang boleh tap data transfer, itu yang selalunya terjadi website banyak spam ataupun banyak malware. Lebih detail mengenai data transfer ada dalam artikel fungsi SSL untuk laman web korang. Boleh study lebih mendalam.

Wajib Ke Keperluan Untuk Buat Website WordPress Ni?

Mesti ada yang rasa macam item yang disenaraikan dalam keperluan untuk buat website wordpress ini nampak macam tak penting. Tapi percayalah kalau nak bina website, inilah benda basic yang korang kena ada dan sediakan.

Itu belum cerita theme apa yang nak guna, plugin apa yang diperlukan dan hosting apa yang korang kena pilih. Banyak lagi persoalan detail yang akan timbul untuk siapkan website wordpress. Tapi apa yang admin highlight diatas untuk perkara asas yang perlu sahaja.

Mungkin ada yang rasa macam ni:

“Ala aku nak buat website percuma je lah”

Ye betul memang ada laman web percuma disediakan oleh pelbagai sumber. Tapi ada pro dan cons setiap pilihan yang kita buat. Memang nak buat website free dan tak perlu ada semua yang admin list kan dekat atas ini tapi banyak function yang limited.

Lagipun secara logiknya, mana ada orang nak bagi barang free tapi full spec. Apatah lagi orang lain boleh jual dan buat duit dengan barang tu. Memang rugi besar la kalau dia buat macam tu. Tapi kalau niat sedekah mungkin boleh la kot.

Tapi takkan semua orang dia nak bagi. Tak logik juga. Tapi apa-apa pun terpulang kepada keperluan sebenarnya. Kalau berhajat untuk bina website yang professional, korang tak dapat lari daripada apa yang admin senaraikan dalam keperluan untuk buat website wordpress ini.

Itu pada pandangan admin lah kan. Korang pula macam mana? Setuju atau tidak? Mohon tinggalkan sebarang pandangan, cadangan atau komen pada ruangan yang telah disediakan dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *