Korg Inc – Jenama Pengeluar Peralatan Muzik Dari Japan

by | Nov 25, 2020 | Music

Satu brand yang famous dikalangan pemuzik yang bermain keyboard dan synthesizer. Selain daripada itu, Korg Inc juga ada menghasilkan pelbagai produk lain. Ataranya adalah audio processor, pedal efek gitar dan bass, peralatan untuk recording dan electronic tuner.

Admin mula kenal Korg daripada multieffect processor untuk gitar. Walaupun tak pernah memiliki, tapi admin pernah pinjam member punya untuk cuba. Masa tu belum beli efek pedal lagi. Kira macam nak cuba main dengan multieffect.

Memang syok la masa tu. Maklumlah tak pernah main gitar elektrik dengan macam-macam efek. Memang nak beli Korg masa tu. Tapi apakan daya. Bajet tak cukup. So beli multieffect lain, 2nd hand je. Jadilah untuk praktis dan jamming je.

Tapi satu barang Korg yang admin pakai dari dulu sampai sekarang adalah digital tuner. Beli masa mula main gig sekitar tahun 2006 macam tu. Sebab untuk prepare dan last tune check sebelum perform atas stage.

Sampai sekarang masih berfungsi dengan elok. Dah lebih 10 tahun tapi still boleh pakai. Ok la tu kan. Berbaloi lah beli…

Keio Electronic Laboratories

Korg Inc adalah nama syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan produk jenama Korg. Namun pada asalnya nama syarikat ini adalah Keio Electronic Laboratories. Ianya diasaskan pada tahun 1962 di Tokyo, Japan.

Pengasasnya adalah Tsutomu Kato dan Tadashi Osanai. Nama Keio dipilih sebabnya kebetulan ofis mereka masa tu berdekatan dengan stesen keretapi Keio di Tokyo. Nama juga tersebut adalah simbolik kepada huruf permulaan nama Kato dan Osanai.

Kato adalah pemilik sebuah kelab malam di Tokyo. Manakala Osanai adalah graduates daripada Tokyo University dan juga seorang permain arkodian. Osanai ini selalulah perform dekat kelab malam Kato menggunakan rhythm machine yang disediakan.

Akan tetapi, Osanai rasa macam kurang best dengan rhythm machine tersebut. Lalu beliau mencadangkan pada Kato untuk cuba buat sendiri rhythm machine dengan citarasa dan keperluan mereka pada ketika itu.

Maka dengan itu terhasillah produk pertama Keoi Electronic Laboratories. Sebuah elctro mechanical rhythm device. Nama bagi rhythm machine tersebut adalah Donca Matic DA-20. Ianya mula dipasarkan pada tahun 1963. Terus menjadi tular ketika itu.

Kejayaan tersebut membawa kepada pengeluaran versi solid-state untuk rhythm machine tersebut iaitui DE-60 pada tahun 1966. Produk tersebut juga mendapat sambutan hangat. Lalu popularity syarikat juga semakin meningkat.

Asal Nama KORG

Ok kalau sebelum ini admin cerita nama syarikat Keio Electronic Laboratories. Tapi nama brand Korg tu datang dari mana pulak. Sekali baca jenama Korg ni macam singkatan kepada korang dalam Bahasa melayu. Tapi dah komfem lah bukan yang itu. Sebab diorang dari Jepun.

So macam mana dapat nama Korg tu? Ianya bermula daripada seorang engineer yang mencari funder untuk dia buat keyboard. Jadi Kato setuju dengan engineer tersebut yang kemudiannya telah buat prototype programmable organ.

Disebabkan hasil barang yang dibuat tu amat menarik, jadi Kato dan Osanai setuju untuk ambil sebagai produk mereka. Diorang pada mulanya tak tahu nak letak nama apa. Jadi terus ambil huruf pertama daripada nama meraka

Kato bermula dengan huruf K, manakala Osanai pula huruf O. Disebabkan produk baru mereka itu adalah organ, jadi ambil ORG dan gabungkan. Maka terhasillah Korg. Pruduk organ tersebut adalah yang pertama guna nama Korg.

Organ tersebut menjadi begitu popular dan boleh dikatakan sangat berjaya sekitar pengujung tahun 1960 an sehingga awal tahun 1970 an. Kejayaan ini menaikkan semangat Kato dan Osanai untuk mencipta pelbagai lagi Produk yang lebih mantap.

Pencipta Kepada Key Transpose

Akibat daripada impak produk organ yang dilancarkan sebelum ini, Korg kemudiannya decide untuk menggunakan formula yang sama untuk keyboard dan synthesizer mereka. Hasilnya pada tahun 1973, model synthesizer Korg miniKORG dilancarkan.

Bermula daripada itu, Korg mula serius mengeluarkan keyboard dan synthesizer. Pelbagai model dilancarkan. Range produk juga sesuai untuk semua lapisan pemuzik daripada amatur sehinggalah ke professional.

Pada awal tahun 1980 an, Korg mula menghasilkan digital pianos. Yang uniknya adalah produk mereka adalah yang pertama dibuat ada function “key transpose” seperti yang ada pada kebanyakkan keyboard sekarang ini.

Korg adalah pelopor kepada function tersebut. Kato mendapat idea untuk buat fungsi tersebut kerana masa tu ada penyanyi di kelab malam beliau tak boleh menyanyikan lagu yang key tinggi. So nak bagi boleh sampai kenalah transpose key yang lebih rendah.

Memang key transpose ini kita boleh buat manual. Cari key yang kena dengan penyanyi, lepas tu main lagu dengan key yang baru. Nampak simple tapi kalau kena key yang pelik, so pelik jugalah progression yang kena main.

Jadi function key transpose itu memudahkan diorang untuk buat show. Bila dah jumpa key. So terus guna function tersebut untuk transpose lagu ke key yang dikehendaki. Main lagu dengan cara yang asal tapi key dah lain.

Korg VS Yamaha

Korang mesti tertanya-tanyakan. Kenapa pulak Korg dikaitkan dengan Yamaha? Kalau korang nak tahu, memang semenjak daripada awal penghasilan produk Korg, Yamaha Corporation adalah supplier utama bagi parts elektronik dan mekanikal.

Namun selepas melihat Korg ini bertambah maju dan mula mencipta sesuatu yang lebih dari produk Yamaha sendiri, so diorang pun mula nak ambil alih saham Korg. Macam biasalah, tak nak terjadinya kes lawan tokey la ni J.

Jadi Korg menerima dengan hati yang terbuka. Tapi Kato menetapkan syarat tertentu dalam deal mereka. Ini adalah untuk menjadikan kedua-dua jenama bebas untuk melancarkan produk sendiri dan bersaing secara sihat dekat market.

Pada tahun 1987, Yamaha mula ada pegangan saham dalam Korg. Kemudian pada tahun 1988, Korg melancarkan produk terbaru mereka iaitu M1 Workstation. Produk yang laku keras ketika itu. Terjual sebanyak 250,000 unit. Banyak tu.

Selepas kejayaan M1 Workstation, Kato mula memikirkan sesuatu untuk membeli semula saham yang dimiliki Yamaha. Pada tahun 1989, Kato telah mengambil design team daripada Sequential Circuit bagi memantapkan lagi Korg Inc.

Kejayaan demi kejayaan ditempa oleh Korg. Hasilnya, setelah 5 tahun, Kato berjaya menebus semula saham Yamaha dan menjadi pemilik kepada Korg Inc tanpa ada mana-mana pegangan syarikat lain. Barulah diorang lebih bebas buat produk sendiri ye tak.

Variasikan Penghasilan Produk

Semenjak daripada itu, Korg Inc tidak lagi menoleh kebelakang. Mereka terus menghasilkan lebih banyak produk-produk lain. Antaranya multieffect processor, digital tuner, peralatan recording, electronic hand percussion dan software untuk recording.

Korg juga telah membeli salah sebuah syarikat yang menghasilkan amplifier gitar di USA iaitui Vox Amplication. So dah tambah satu lagi jenis produk. Cuma guna jenama lain. Kira hebat jugalah tu kan boleh beli syarikat lain pulak.

Dulu kena beli dengan Yamaha. Lepas tu tebus balik, siap boleh beli company lain pulak. So memang bertambah maju lah Korg Inc ni kan. Ada yang pernah pakai barang-barang Korg? Cuba sharekan experience korang dekat ruangan komen dibawah.

Untuk detail tentang produk Korg, nanti admin share dekat artikel yang lain…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *