Laney Amplification – Pembuat Amplifier Jenama Laney

by | Dec 26, 2019 | Music

Salah satu syarikat yang mengeluarkan amplifier selain Marshall Amplification PLC adalah Laney Amplification. Brand ini juga berasal daripada UK, sama dengan Marshall. Kalau tengok pada timeline, Marshall yang mula dulu buat amp dan kemudian barulah Laney.

Tapi satu yang menarik adalah Laney keluar dengan sound yang berbeza. Maknanya bukanlah tiru atau copy paste kepada Marshall. Walaupun negara sama, tahun diasaskan tak jauh beza, tapi sound mereka berbeza.

Laney dapat keluarkan amplifier yang mempunyai sound tersendiri yang belum ada lagi pada zaman tu. Kiranya diorang ni pelopor untuk sound jenis baru lah kan. Dan sebab tu lah kot diorang boleh survive masa awal-awal dulu.

Sebab kalau ikutkan pada tahun 1967, dimana Laney baru nak bertapak tapi Marshall dah pun popular. Jadi hanya yang betul-betul dasyat sahaja boleh beat Marshall pada masa tu. Kewujudan Laney Amplification menjadi saingan untuk amplifier Marshall.

Cipta Amplifier Untuk Guna Sendiri

Pada tahun 1967 tu, pengasas Laney Amplification iaitu Lyndon Laney telah menghasilkan sebuah amplifier sendiri. Masa tu beliau bermain bass untuk band yang bernama Band of Joy. Ahli band ni dasyat juga. Dimana Vokalis dan Drummer kemudiannnya menjadi band Led Zeppelin.

Tak tau band apa tu? Led Zeppelin ni band daripada UK yang memainkan muzik hard rock. Juga digelar sebagai pelopor muzik heavy metal. Lyndon Laney masa tu tak mampu nak beli amplifier sendiri. Jadi beliau pun try lah buat amp sendiri.

Kebetulan beliau memang berminat dengan elektronik, so tak jadi masalah besar lah. Memang jadi makanan je lah nak buat amp ni kan. Tak ada pulak diceritakan beliau dapat inspirasi daripada mana nak buat amp tapi hasilnya memang menakjubkan.

Kira dasyat jugalah kalau first time buat amplifier terus dapat sound yang unik. Jadi beliau tak teruskan bermain band, tapi terus continue dan concentrate buat amp dan menjualnya pada pemuzik tempatan.

Kolaborasi Dengan Tommy Iommi

Antara amp yang terawal terjual adalah pada Tommy Iommi (Black Sabbath). Masa tu Black Sabbath ni belum pun famous lagi dan baru je ditubuhkan. Kebetulan pulak, Tommy dah pakai amp Laney pada masa tu. Jadi teruslah berkolaborasi.

Black Sabbath dapat sign dengan Philips Records pada penghujung tahun 1969. Kemudiannya pada Feb 1970, diorang keluarkan album yang pertama. Yang jadi lebih menarik, Tommy Iommi pakai amplifier Laney semasa merakamkan album tersebut.

Sebelum itu, Laney juga telah mula mengeluarkan beberapa model amplifier. Antaranya adalah LA60BL dan LA100BL. Model ini juga mendapat sambutan hangat daripada pemuzik sekitar UK pada ketika itu.

Bila album Black Sabbath keluar, semakin mencanak naik la popularity bila orang ramai tahu yang Tommy Iommi pakai Laney. Memang rezeki dua-dua lah tu kiranya kan. Sama-sama baru dalam industry dan terus jadi popular.

Advanced Overdrive Response (AOR)

Sound yang dihasilkan dalam album pertama Black Sabbath tu kini jadi lagend. Ramai yang beranggapan sound tersebut adalah pencetus kepada sound baru dalam genre muzik Heavy Metal. Suatu sound yang menjadi rujukan kepada band metal yang lain.

Tidak berhenti disitu, Laney terus menghasilkan model amp yang baru. Pada tahun 1973, model KLIPP mula diperkenalkan. Features terbaru yang dimasukkan pada amp jenis ini adalah Treble booster.

Fungsi utama Treble Booster adalah untuk para gitaris untuk tingkatkan volume. Kira macam effect pedal la. Tapi yang ini dah build in dekat dalam amp sekali gus. So lagi senang lah. Tak payah beli effect padal lagi kalau dah ada dekat amp.

Tak cukup dengan Treble booster, Laney kemudiannya mencipta amplifier dengan feature Advanced Overdrive Response ataupun AOR pada tahun 1978. Ini menjadikan Laney sekali lagi menjadi amp manufacturer pertama yang ada features tu.

Masa tu banyak pesaing mereka mula nak tiru features tu. Tapi terpaksa modified banyak benda baru boleh dapat sound yang lebih kurang macam tu. Kira Laney menjadi benchmark la pada masa tu. Advanced dan mendahului pesaing mereka.

Terus Berevolusi Mengikut Peredaran Zaman…

Laney Amplification tidak berhenti berevolusi dalam penghasilan amplifier. Mereka bukan sahaja buat amp untuk gitar. Malahan amp untuk bass pun ada sekali. Selepas AOR pada amp gitar, pada tahun 1980, Laney memperkenalkan amp bass dengan graphic equalizer.

Model DP300, DP15218 dan DP150010 adalah model yang terawal untuk bass yang ada graphic equalizer intergrated dekat amp. Pada awal tahun 1990an, Laney juga telah mula mengeluarkan amplifier yang built-in effect.

Begitu juga dengan amp jenis solid state dan hybrid yang menjadi kegilaan market pada masa tu. Dan sekitar tahun 1995, Laney mula memperkenalkan Tommy Iommi Signature Series. Dimana sound dan karakter sound yang Tommy Iommi nak ada pada amp tersebut.

Pelbagai lagi model terus dikeluarkan Laney Amplification mengikut perubahan zaman dan keperluan pemuzik. Boleh dikatakan, Laney punya amplifier ni sangat sinonim dengan muzik metal dan hard rock. Susah nak jumpa pemuzik jenis lain yang pakai.

Perjuangan Laney Amplification Diteruskan…

Walaupun Lyndon Laney masih lagi hidup, tapi beliau akhirnya menyerahkan Laney Amplification kepada anak beliau iaitu James Laney (bukan gambar diatas laughing) pada tahun 2004. Ini adalah untuk memastikan evolusi amplifier yang dihasilkan berterusan.

Sehingga kini, Laney Amplification masih kekal sebagai antara jenama Amplifier paling mantap didunia. Bersaing dengan beberapa jenama lain seperti Marshall dan Mesa Boogie. Namun kelebihan amp ni tetap pada soundnya yang ada identity tersendiri.

Admin dulu masa gig diorang provide amp Laney Hardcore Max 120 watt stack. Memang kencang bro sound nya. Gig metal, pakai amp laney memang kena sangat la. Terngiang-ngiang sound di telinga sekarang ini.

Rasa macam baru je main gig tu. Last admin join gig lebih kurang 10 tahun yang lepas. Masa tu scene Indie tengah naik. Gig memang meriah la. Sekarang admin tak pasti. Sebab dah lama meninggalkan dunia gig ni.

Laney ada range product yang agak menarik. Dari amp yang kecik sampailah yang besar. Murah ke mahal. Solid State, Tube dan Hybrid. Amp untuk gitar. Untuk Bass pun ada. Even untuk Keyboard pun ada juga dikeluarkan.

So memang dihasilkan untuk para musician lah senang cerita. Nanti admin akan cover pasal product detail untuk Laney dekat artikel lain. Boleh check it out dekat sini. Kalau korang ada sebarang pendapat atau nak share pengalaman korang pasal amp Laney boleh tinggalkan komen pada ruangan di bawah…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *