Line 6 – Pengeluar Effect Gitar Yang Mantap

by | Dec 29, 2019 | Music

Masa mula-mula dengan Line 6 dulu admin ingatkan brand peralatan sukan. Sebab masa sekolah dulu ada pakai but bola, kasut dan baju jenama Line 7. Rupanya tak sama langsung dan tak ada kaitan pun antara kedua-dua company ini.

Memang jelas jauh sekali range produk dan fokus. Line 7 sememangnya terkenal dengan peralatan sukan. Sejak daripada sekolah rendah lagi dah ada. Berbeza dengan Line 6 yang fokus kepada peralatan yang berkaitan muzik.

Admin pernah pakai stomp box keluaran Line 6. Sekarang ini mungkin dah jadi spesis dinasour dah kot pedal tu. Namanya Uber Metal. Pedal tu admin beli 2nd hand. Masa tu orang tu nak jual gitar dan efek pedal sekaligus.

Kemudiannya admin juga pernah pakai POD X3 Live. Ini pun beli 2nd hand. Masa tu harga memang kaw-kaw punya kalau nak beli yang baru. Jadi mampu beli yang terpakai je. Lagipun masa tu tak pakai untuk main gig pun.

Boleh kata produk Line 6 ini memang berkualiti dari segi sound yang dihasilkan. Berbeza daripada pesaing mereka yang lain. Jom kita cekidaut macam mana company ini ditubuhkan.

Fast-Forward Designs

Ianya bermula dengan Marcus Ryle dan Michel Doidic yang merupakan designer untuk sebuah syarikat pengeluar synthesizer memulakan sebuah syarikat baru. Nama company baru mereka ialah Fast-Forward Designs.

Fast Forward Designs lebih memfokuskan kepada penghasilan peralatan pro audio. Antara produk mereka yang laris sekitar tahun 1980 an adalah Alesis ADAT, Quadraverbs and QuadraSynth dan Digidesign SampleCell.

Lebih kepada digital punya produk. Ini disebabkan pada tahun berkenaan, industry muzik dah start revolusi kearah digital signal processing. Kemudian mereka mula menghasilkan produk digital untuk gitar.

Tapi disebabkan ianya agak jauh daripada fokus syarikat mereka pada masa tu, jadi diorang buat secara rahsia dulu. R&D dan testing kira macam tersorok lah dulu. Bila dah ok untuk release produk barulah keluarnya jenama Line 6.

Ada Apa Dengan Nama Line 6?

Disebabkan pada permulaan ianya adalah rahsia, so tak semua yang dalam Fast-Forward Design tahu akan kewujudan department ini. Pengasas mereka, Marcus Ryle menceritakan yang masa tu line phone Fast Forward Designs ada 5 line sahaja.

Kesemua 5 line tu ikut setiap department yang berkaitan. So terpaksa tambah satu line lagi yang keenam bagi cukupkan. So bila orang nak bercakap dengan department efek gitar, jadi kenalah guna Line 6.

Daripada situlah timbulnya nama untuk brand ini. Nama yang simple dan cara dapat nama pun simple juga. Tapi kini menjadi suatu brand yang gah dan antara yang pioneer dalam digital effect processor untuk gitar.

Kenapa Line 6 dibuat secara rahsia tu masih menjadi tanda tanya pada admin. So nanti admin try korek lagi cerita pasal tu. Mungkin tak nak dedahkan sehingga dapat produk yang betul-betul cun agaknya. Tu andaian admin je lah kan.

Perlancaran Produk Line 6

Pada tahun 1996, Mereka mula mengeluarkan produk pertama iaitu digital modelling guitar amplifier. Amp yang diberi nama AxSys 212 (Gambar diatas), amplifier jenis combo yang menggunakan single 2×12″ speaker.

Seterusnya lebih banyak produk yang dihasilkan. Antaranya Amplifer model Flextone dan efek gitar POD. Diorang semakin menjadi terkenal dan sales pun semakin meningkat sekitar tahun 2000. Masa tu POD kira laris dan banyak pemuzik yang pakai.

Ini disebabkan konsep digital modelling yang dihasilkan. Ianya dibuat mengikut karakter unik yang ada pada instrument muzik berkaitan dan pro audio. Macam kompleks pulak nak faham bila tulis dalam ayat.

Senang cerita Line 6 ini cuba nak combinekan pelbagai efek gitar dan amplifier sampailah ke peralatan pro audio contohnya mic. Semua ini dimuatkan dalam satu effect processor. Ada banyak setting, efek dan pro audio system yang diorang tiru soundnya dan diletakkan dalam POD.

Pada masa tu kira diorang ini pioneer lah dalam modelling effect dan amp. Sound yang dihasilkan memang agak real. Menghampiri bunyi efek dan amp yang asal. Memanglah tak dapat sebijik sound. Tapi boleh lah kalau nak dibandingkan dengan harganya.

Kalau kita nak beli semua efek dan amp tu memang tak mampu dan abis penuh satu studio nak letak barang tu. Yang ini compact dalam satu multieffect. Berbaloi ke tak berbaloi?

Dibeli Oleh Yamaha Corporation

Selain daripada multiefek processor, diorang juga dah mula keluarkan peralatan lain sekitar tahun 2000. Antaranya adalah stomp box klasik, instrument muzik seperti gitar dan bass, serta wireless system untuk gitar dan bass.

Dipenghujung 2000 an, mereka dah mula move ke arah audio interface dan software untuk recording. Tapi multieffect processor masih lagi kekal menjadi ace produk mereka. Mereka terus berkembang maju dengan variasi produk digital.

Kemuncaknya pada tahun 2013, Line 6 telah dibeli oleh Yamaha Corporation. Namun pengurusan dan kilang masih remain yang sama. Cuma Line 6 telah jadi sebahagian daripada keluarga besar Yamaha Corporation.

Tak pasti sama ada mereka yang offer untuk jual saham mereka disebabkan masalah kewangan ataupun Yamaha yang rasa tergugat dengan popularity Line 6 yang semakin meningkat. Tapi yang pasti diorang akan bertambah mantap berada dibawah Yamaha Corporation.

Peneraju Digital Modelling Effect Processor

Brand Line 6 kini kekal antara yang paling popular sekiranya kita bercerita tentang effect processor. Diorang bukan sahaja keluarkan untuk gitar je tau. Untuk bass pun ada. Jadi senang cerita untuk efek untuk para pemuzik lah kan.

Dengan gabungan digital modelling effect processor, audio interface dan juga software menjadikan process untuk home recording menjadi lebih mudah. Semuanya digital. Sound pun mantap. Tak perlu untuk ke studio yang mahal nak buat recording.

Antara sebab utama admin beli POD X3 Live dulu pun adalah sebab nak buat home recording. Satunya sebab tak mampu nak pergi ke studio lah kan. Lepas tu nanti take banyak kali, sound engineer pun pening kepala.

Jadi kita try buat sendiri je lah. Banyak kali pun takpe sebab sendiri yang buat. Nak cepat siap kenalah buat betul-betul. Masa tu POD X3 tu ada USB interface. So connect terus ke PC dan dah boleh record direct.

Cuma ejas sound dekat POD dan terus main. Masa mula-mula beli tu agak terkial-kial juga lah nak fahamkan efek chain dalam tu. Distort letak dekat mana, modulation dekat mana, delay pulak nak letak mana.

Tapi ianya satu proses pembelajaran lah. Dari situ kita tahu cara nak susun dengan betul. Kalau kita try sendiri rasanya mungkin lambat dan banyak lah pedal nak kena beli baru ngam. Korang ada pengalaman guna Line 6 tak?

Mohon share dekat ruangan komen. Nanti admin akan carita pasal produk line 6 secara detail dekat artikel yang lain…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *