Marshall Amplification PLC – Pengeluar Amp Marshall

by | Dec 24, 2019 | Music

Bila kita sebut je pasal amplifier gitar, mesti terbayang brand ni dalam kepala. Marshall Amplification PLC adalah syarikat pengeluar amplifier untuk gitar dan bass jenama Marshall. Kini ianya terkenal hampir seluruh dunia. Sebut je amp Marshall kompem tau punya.

Admin sendiri pun admire amp brand ni. Dulu pernah ada 2 bijik. Satu MG100DFX made in India dan satu lagi AVT30 Valvestate Made in England. Lama punya cerita la ni. Sekitar tahun 2010 macam tu la. Beli kedua-dua amp tu second hand jek.

Tapi masih dalam keadaan yang cun dan sound ok. Memang sedap pakai. Admin guna untuk personal studio dan recording. Nak tau kenapa admin terpengaruh nak beli amp ni? Semuanya sebab Slash Guns n Roses.

Dulu selalu tengok video clips dan video konsert Guns n Roses. Secara automatic korang akan nampak amp Marshall ni dekat dalam video tu. Masa tu memang minat sound Slash. So tu yang sampai terbawa-bawa nak pakai amp Marshall gak.

Personal opinion, Marshall is one of the best la. Dia punya range produk dari yang kecil, murah sampailah ke yang besar semua ada. Jadi ini menjadikan ia satu pilihan terbaik untuk gitaris. Dari beginner sampailah ke yang professional pun boleh pakai.

Dari Kedai Jual Drum Ke Penghasilan Amplifier…

Pengasas kepada Marshall Amplification PLC adalah seorang yang bernama Jim Charles Marshall. Dilahirkan pada tahun 1923 di kota London. Beliau menghabiskan masa kanak-kanak kebanyakkannya di hospital akibat menghidap penyakit tulang tuberculosis.

Akhirnya berjaya pulih sepenuhnya dan mula meminati muzik. Alat muzik pertama beliau adalah drum. Dimana sekitar tahun 1930, Jim sudah mengajar dan bermain drum secara professional. Main gig sekitar London.

Pada tahun 1962, Jim Marshall mencuba sesuatu yang baru yakni membuka kedai menjual instrument muzik di Hanwell, London. Pada mulanya lebih kepada drum dan aksessori. Kemudian nya berkembang kepada pelbagai instrument lain.

Instrument yang dijual termasuklah amplifier. Pada masa tu kebanyakkan barang tersebut diimport daripada USA. Amp yang popular masa tu adalah dari jenama Fender. Tapi harga memang kaw-kaw punya mahal. Dan selalunya susah nak dapat stok sebab import.

Jadi masa tu, dapat idea untuk mencipta amp sendiri. Kebetulan memang terdapat banyak permintaan daripada rakan pemuzik sebelum tu. Jadi Jim Marshall dan team beliau mula mencipta amp sendiri lalu terhasilllah “Number One”.

Amplifier tersebut mendapat tempahan sebanyak 23 unit dalam masa sehari display dekat kedai. Jadi terciptalah JTM 45. Amplifier pertama yang dijual berjenama Marshall.

Dari Hanwell Ke Bletchey…

Selepas terciptanya “Number One” ataupun nama yang lebih komersil JTM45, permintaan terhadap amplifier Marshall semakin meningkat. Jadi makin ramai pemuzik disekitar London mula kenal brand Marshall sebagai jenama amplifier.

Pada tahun 1965, Pete Townshend (The Who) mula pakai amp Marshall dan minta dibuat suatu amp yang lebih kuat dan padu. Jadi dari permintaan tersebut, maka terciptalah Marshall JTM100 dan cabinet 4 x 12” yang menjadi ikon sehingga kini.

Tambahan pula, pengaruh Jimi Hendrix dan Eric Clapton yang mencanak naik sekitar penghujung tahun 1960 an membuatkan nama Marshall semakin terkenal. Disebabkan permintaan semakin bertambah, operasi juga tak lagi dibuat dekat kedai Jim Marshall.

Pada tahun 1967, semua operasi manufacturing telah berpindah ke kilang yang berada di Bletchley. Dimana kilang tersebut menjadi nadi kepada penghasilan mass production kepada amplifier Marshall sehingga ke hari ini.

JCM 800 Come Into Market...

Teknologi amplifier Marshall berkembang mengikut peredaran zaman. Mereka sentiasa mencipta sesuatu yang baru dan fresh untuk kekal relevan dalam industry. Pada tahun 1969, Marshall mula menggunakan PCB technologi bagi pembuatan amplifier.

PCB adalah Printed Circuit Board. Kira litar elektrik la senang cerita. Jadi bila guna PCB ni, production semakin mudah. Memandangkan permintaan semakin meningkat, so diorang terpaksa guna teknologi ini supaya dapat memenuhi permintaan.

Dalam masa yang sama, Marshall juga nak kekalkan kualiti bunyi yang dihasilkan oleh amplifier mereka. Jadi penggunaan teknologi ini tepat pada masanya. Memudahkan proses dan dalam masa yang sama sound yang mantap.

Hasil daripada penggunaan teknologi PCB ini maka terhasillah killer produk mereka yakni JCM800. Amp jenis ini terhasil pada tahun 1981. JCM800 ni kalau ikutkan sejarah adalah amplifier model lain yang telah diubahsuai atau upgrade.

Kemudiannya telah di re-design semula. Barulah terhasilnya JCM800 yang dikeluarkan pada tahun 1981 tu. Amp JCM800 ini telah menjadi famous dikalangan pemuzik hard rock dan heavy metal di seluruh dunia pada masa tu.

Kenapa Nama JCM800?

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa nama amplifier ni JCM800. Its pretty straight forward. JCM tu adalah nama pengasasnya. Iaitu Jim Charles Marshall. Tapi yang nombor 800 tu ape pulak kan? Kalau ikut Jim Marshall, 800 tu adalah nombor plate kereta beliau pada masa tu.

Nama tu kemudiannya menjadi series untuk amplifier yang seterusnya iaitu JCM900 dan JCM2000. Jadi kalau tengok dekat sini 800 tu menunjukkan dekad tahun penciptaan amplifier tersebut. Kalau JCM800 pada tahun 1980 an. Manakala JCM900 adalah pada tahun 1990 an.

Walaupun pada asalnya nama tu macam spontan jek kot keluar dari Jim Marshall. Tapi akhirnya ada makna pula disebalik nama tu. So boleh dikatakan JCM series ni adalah amp yang paling banyak terjual dan ianya juga menjadi key produk kepada Marshall Amplification PLC.

Admin pun pernah pakai amplifier Marshall JCM900 untuk beberapa show. Serius memang terbaek soundnya. Ditambah pulak dengan PA System yang tahap konsert rock. Lagilah mantap jadinya. Tu antara pengalaman menarik la yang admin pernah buat show setakat ini.

Terus Relevan Sehingga Kini…

Marshall amp terus menjadi kegilaan sehingga kini. Walaupun telah lebih 60 tahun dalam industry pembuatan amplifier tapi masih still standing. Masih diantara top amplifier manufacturer dan paling ramai artist pakai diseluruh dunia.

Walaupun pengasasnya telahpun meninggal dunia pada tahun 2012, namun legasi yang ditinggalkan terus mendominasi. Kalau tak percaya boleh check dekat list of endorsers diorang. Ramai gila gitaris terkenal yang pakai brand ni.

Itu dah cukup membayangkan yang Marshall adalah king of amplifier. Itu pada pendapat admin yang pernah pakai beberapa jenis amp Marshall ni la kan. So korang pulak macam mana? Ada pengalaman pakai amp ni tak?

Kalau de cer kongsikan dekat ruangan komen dekat bawah ini. Next admin akan share detail produk terkini yang Marshall Amplification PLC keluarkan sekarang ni. So tunggu…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *