Material Glove Motosikal Yang Selalu Digunakan

by | Dec 19, 2020 | Motorsports

Pada yang dah baca artikel jenis glove motosikal, next korang perlu tahu pulak material glove motosikal yang selalu digunakan. Ianya adalah suatu item yang penting bagi memastikan safety ketika ride.

Ciri-ciri yang perlu ada pada material glove adalah perlu tahan lasak dan geseran yang tinggi. Maklumlah, kalau jatuh motor selalunya bahagian tapak tangan lah yang selalunya akan luka. Sebab bila jatuh atas jalan tar, memang calar la jawabnya.

Jadi kalau pakai glove, dapatlah kurang kan sikit kecederaan. Bukanlah bermaksud lepas pakai glove terus kebal. Tapi ianya mampu untuk minima kan impak kecederaan pada tangan. Jom kita lihat apakah material glove motosikal yang commonly used.

6 Material Glove Motosikal Yang Digunakan

Secara amnya material yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kulit dan juga kain (textile). Tapi yang banyak yang bagus adalah kulit. Glove yang guna textile ini biasanya murah dan mudah didapati.

Jadi korang boleh pilih mengikut kesesuaian dan bajet. Tapi sebelum pilih korang kena tengok dulu material yang berkaitan. Tak tahu material macam mana nak pilih kan? Okay jom kita lihat senarai material glove motosikal. Check it out.

Material #1 – Cowhide

Boleh dikatakan kebanyakkan glove kulit yang berada dipasaran adalah daripada jenis cowhide atau dalam bahasa melayunya kulit lembu. Ianya memang terkenal dengan ketahanan yang tinggi tapi lembut dan selesa bila pakai.

Jika nak dibandingkan dengan glove kulit yang lain, cowhide ini lebih mudah didapati dan harga pun taklah terlalu mahal. Sebabnya raw material iaitu kulit lembu senang nak dapat. Ia juga banyak digunakan pada protective gear yang lain.

Material #2 – Kanggaro

Glove yang diperbuat daripada kulit kanggaro adalah antara yang termahal. Ini disebabkan oleh kualiti material ditambah lagi dengan raw material yang sukar diperolehi. Kanggaro Leather atau lebih dikenali sebagai k-leather.

Kelebihan kulit kanggaro adalah sebab ianya lebih nipis dan ringan. Tapi dari segi strength ianya lebih bagus daripada kulit lembu. Jadi sebab itu ianya menjadikan glove yang menggunakan material ini dikategorikan sebagai premium.

Material #3 – Goat

Selain lembu, kulit kambing juga boleh digunakan untuk dijadikan glove motosikal. In term of harga, ianya lebih kurang je sebab kambing pun tak lah susah nak didapati. So belum kira “rare” lah nak jumpa kambing.

Kelebihan kulit kambing adalah ianya lebih lembut dan mudah mengikut bentuk bila dipakai. Selalunya material ini digunakan pada bahagian tapak tangan gloves. Supaya tangan korang akan rasa lebih selesa.

Material #4 – Deer

Yang ni mungkin susah sikit nak jumpa. Deerskin ataupun kulit rusa juga ada digunakan sebagai material untuk glove motosikal. Tapi agak kurang berbanding kulit yang lain. Maybe kurang permintaan kot terhadap glove jenis ini.

In term of durability, ianya hampir sama dengan kulit lembu. Cuma ianya lebih lembut dan mengikut contour tangan apabila dipakai seperti kulit kambing. Kiranya rasa selesa macam tak pakai glove. Feel macam tangan sendiri walaupun pakai glove.

Material #5 – Synthetic Leather

Lebih dikenali sebagai artificial leather atau faux leather. Kini penggunaan synthetic leather dah semakin meluas. Bukan sekadar dalam pembuatan glove motosikal. Malah banyak protective gear motosikal juga guna material jenis ini.

In term of ketahanan ianya dikatakan menyamai kulit sebenar. Tapi boleh didapati pada harga yang lebih rendah. Tambahan pula ianya sesuai bagi mereka yang anti kepada produk haiwan. Maklumlah sekarang ni kan macam-macam.

Nak tak nak kenalah jaga juga sensitivity. Tapi glove synthetic leather ini harganya memang jauh lebih murah berbanding kulit original. Sekali imbas memang nampak sebijik. Kena cuba pakai dulu. Rasanya tak sama macam pakai glove kulit ori.

Material #6 – Textile

Okay yang terakhir ini of course lah material jenis textile ataupun kain. Tapi textile yang digunakan bukanlah biasa-biasa. Selalunya ianya adalah stretchable dan fit pada tangan bila dipakai. Ianya ada ruang “breathable”. Jadi kurang panas glove textile ni.

Memanglah kalau nak dibandingkan dari segi ketahanan, ianya tak sebagus kulit. Tapi masih boleh memberi protection yang basic pada tangan korang. Harga glove textile ni boleh kata memang mampu milik lah. Mudah jumpa dikedai berdekatan korang.

Material Glove Motosikal Mana Yang Paling Best?

Mula-mula admin pun agak confuse. Sebab banyak sangat jenis kulit. Kalau nak pilih antara kulit dan textile ianya memang senang lah nak beza. Tapi antara leather memang agak sukar nak bezakan. Melainkan kita biasa tengok kulit la kan.

Hasil daripada pemerhatian, jarang dalam satu glove guna satu jenis kulit sahaja. Biasanya akan combine 2 jenis kulit ataupun lebih. Mungkin ada yang campur sikit textile pada bahagian tertentu untuk bagi “ventilation” sikit pada tangan.

Akan tetapi selalunya glove yang premium akan dibuat daripada kulit lembu atau kanggaro. Sebelum beli korang boleh refer pada manufacturer punya website dan dekat sana ada detail material apa yang dipakai.

Ini tak menjadi masalah pada yang dah biasa kenal pasti jenis kulit haiwan. Tapi pada yang tak berapa nak pandai beza macam admin ni, kenalah buat research lebih sikit supaya mendapat informasi yang tepat dan betul.

Kalau nak dinilai dari segi yang mana satu bagus, kenalah cuba pakai dulu. Selesa atau tidak pakai. Tapi ianya juga bergantung kepada saiz dan cutting glove tersebut. Kalau tak kena dengan tangan pun tak selesa juga.

Itu pendapat admin lah kan. Sekiranya korang ada pengalaman pilih glove kulit atau sebarang tips nak bezakan antara leather, boleh share dekat ruangan komen dibawah ini…

Sumber : Revzilla, Olympia

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *