Microsoft Office Percuma – Software Alternatif Terbaek

by | Nov 19, 2020 | Bisnes

Rasanya kalau sebut Microsoft Office, semua orang tahu kot. Kecualilah orang tu tak pernah langsung guna computer. Dan semua orang tahu yang Microsoft Office bukan free. Kalau ada Microsoft Office percuma korang nak guna tak?

Bukan bermaksud admin nak bagi license “pirate” ataupun ciplak. Yang ini memang betul-betul free. Dalam artikel ini admin akan bagi software alternative untuk Microsoft Office yang percuma. Download, install dan terus boleh guna.

Tak perlu nak beli ataupun bayar licence. Boleh terus guna dekat laptop / PC korang. Pada yang dah tak larat nak membayar licence mocrosoft office tu boleh cuba salah satu daripada software yang admin listkan dekat bawah ini…

Software Alternatif Microsoft Office Percuma

Memang tidak dinafikan, Microsoft office adalah software yang paling ramai pengguna diseluruh dunia. Satunya sebab software ini wujud dah lama. Yang keduanya adalah features yang pelbagai. Jika dulu terhad pada Words, Excel dan juga Powerpoint.

Kini dah bertambah lagi. Tapi still majority pengguna hanya gunakan 3 applikasi ini sahaja daripada Microsoft Office. Yang lain tu sama ada jarang-jarang ataupun ada yang langsung tak pernah guna. Nampak macam membazir pula bila bayar mahal-mahal.

Software yang admin recommend dibawah kebanyakkannya dari sumber open source. So don’t worry. Komfem free punya. Ok jom kita lihat senarai alternative Microsoft Office Percuma.

Alternatif #1 – FreeOffice

Ini memang sebijik macam Microsoft Office. Terutamanya 3 applikasi yang admin highlight dekat atas. Layout dari segi susunan icon dan features hampir sama. Kiranya kalau korang install then boleh terus guna tanpa rasa kekok.

Cuma nama untuk applikasi sahaja ditukar. Mungkin isu copyright. Bagi mengelakkan insiden saman-menyaman, so lebih baik buat nama lain. TextMaker adalah untuk Words, PlanMaker untuk Excell dan juga Presentations untuk PowerPoint.

Group yang mengeluarkan FreeOffice ini adalah SoftMaker. Software FreeOffice ini boleh digunakan pada platform Windows, Linux dan juga MAC. Selain daripada Microsoft Office, dalam FreeOffice ini juga ada software PDF Editor. Dan yang paling penting itu pun percuma gak.

Alternatif #2 – OpenOffice

Pada yang gemarkan layout Microsoft Office yang lama iaitu version 2007 dan ke bawah, korang mesti suka dengan OpenOffice. Sebab layout keseluruhan software OpenOffice ini mirip dengan Microsoft Office yang lama.

OpenOffice adalah software daripada sumber open souce. Terdapat ramai programmer yang menyumbang kepada pembangunan software OpenOffice ini. Jadi jangan takut software korang outdated sebab programmer ini akan sentiasa buat update.

OpenOffice menawarkan 6 applikasi iaitu Writer, Calc, Impress, Draw, Base dan juga Math. Writer adalah untuk Words, Calc untuk Excell, Impress untuk Powerpoint dan Base untuk Access. Bagi Draw adalah lebih kurang macam Paint, manakala Math pula untuk persamaan matematik.

Untuk pengetahuan korang, OpenOffice ini wujud dah lama. Semenjak daripada admin study dekat university dulu pun dah ada. Admin pernah pakai dan dari segi functionality memang saling tak tumpah macam Microsoft Office.

Alternatif #3 – LibreOffice

Satu lagi software open source. LibreOffice ini adalah merupakan “klon” kepada OpenOffice. Tapi bukan sebarangan clone. Ianya berevolusi seiring dengan peredaran zaman teknologi masa kini. Joint developer untuk team LibreOffice develop Office untuk platform android dan ios.

Dari segi nama applikasi dan layout, ianya memang sama dengan OpenOffice. Masih mengekalkan Writer, Calc, Impress, Draw, base dan Math. Tapi apa yang menarik perhatian admin adalah LibreOffice ada version portable. Tak perlu install cuma download sahaja.

Tak kisah korang simpan dekat pendrive ataupun hardisk, then boleh digunakan dimana-mana laptop / PC. Memang terbaeklah kalau macam tu.

Alternatif #4 – WPS Office

Okay yang ini ada version free dan juga premium. Yang premium tu berbayar. Jadi untuk versi free mungkin ada limitation sikit. Tapi still boleh guna function penting yang ada. Pada asalnya WPS Office ini lebih terkenal sebagai Office dekat smartphone.

Admin pun dulu pakai yang versi android punya. Tak perasan pun yang sebenarnya ada version untuk Laptop / PC. WPS Office ada 4 applikasi utama yang ditawarkan iaitu Writer, Presentation, Spreadsheet dan juga PDF.

Writer untuk gantikan Words, Presentation untuk PowerPoint dan Spreadsheet untuk Excel. Manakala PDF pula membolehkan korang covert dan juga membuat editing pada file dalam format PDF. Boleh convert ke dalam format words.

WPS Office menawarkan alternative kepada Microsoft Office untuk Windows, MAC, Linux, Android dan juga IOS. Memang betul-betul tapaw semua. Tapi satu je yang admin tak suka guna dekat android sebab banyak iklan…

Alternatif #5 – Google Docs

Pada yang malas nak install software dekat laptop ataupun PC, admin sangat recommend guna Google Docs je. Sebabnya apa yang korang kena buat adalah hanya perlu ada account Google, dan kemudiannya pergi ke Google Docs.

Setel terus masalah korang tu. Inilah alternative Microsoft Office yang paling simple. Kira macam Microsoft Office versi online. Ataupun mirip pada Office 360. Yang paling penting sekali adalah nak guna Google Docs ini percuma je.

Applikasi yang ditawarkan adalah Docs, Spreadsheet, Slides dan Forms. Docs untuk Words, Spreadsheet untuk Excel dan Slides untuk PowerPoint. Applikasi ekstra adalah Forms, dimana korang boleh buat borang online.

Ianya sangat berkesan untuk buat survey dan juga data collection. Google Docs ini memang best walaupun feature yang ada agak simple tapi memadai untuk online office. Plus korang boleh terus simpan dokumen secara online.

Tapi korang kena sentiasa ada internet la kalau nak guna. Itu je lah downside nya. Kalau kawasan takde coverage ataupun tetiba data habis, memang terus tak boleh guna. So pastikan internet korang superpower untuk guna Google Docs.

Alternatif Microsoft Office Percuma Yang Terbaek…

Boleh katakan semua yang admin bagi ini setara levelnya. Memanglah tak dapat nak compare 100% dengan Microsoft Office yang memang dah establish. Tapi memandangkan software alternative ini percuma, it’s still a valid reason untuk korang guna.

Kalau ikut pandangan peribadi admin, FreeOffice paling best. Sebab admin sukakan layout yang sama macam Microsoft Office yang baru. Mungkin tak boleh “move on” dari Microsoft Office lagi kot. Apa-apa pun FreeOffice memang terbaek.

Second choice admin adalah Google Docs. Sebab boleh terus guna je, tak payah nak install. Lagipun file yang korang buat tu terus save dekat situ. Bila nak sambung kerja atau nak check balik, terus je buka google docs, semuanya ada dah dekat situ.

Itu pilihan admin. Korang pula macam mana? Setuju tak dengan cadangan admin? Ataupun korang ada pilihan sendiri. Mungkin juga ada Microsoft Office Percuma yang korang guna tiada dalam senarai diatas.

Mohon tinggalkan sebarang feedback, komen dan juga cadangan kepada admin pada ruangan yang telah disediakan dibawah…

Sumber : Saga.Co

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *