Music Tribe Global Brands Ltd – Pengeluar Produk Behringer

by | Jun 6, 2021 | Music

Kalau dengar Music Tribe Global Brands macam pelik pulak. Sebabnya itulah company yang memiliki jenama Behringer. Sebab bukan satu jenama sahaja yang bernaung dibawah mereka. Ada beberapa lagi brand dan jenis produk muzik.

Tapi jenama yang lain tu kebanyakkannya kurang popular di Malaysia. Ada 2 atau 3 jenama sahaja selain Behringer yang admin kenal dan ada di Malaysia. Nanti kita tengok senarai brand lain under Music Tribe Global Brands ni dekat bawah nanti.

Personal opinion admin, Behringer ini adalah suatu jenama yang mantap tapi pada harga yang mampu milik. Sebab admin pun ada pakai PA System Behringer masa setup studio mini dulu. Dari mixer, power amp, microphone sampailah ke loudspeaker semua satu set.

Baca juga : Jenama PA System Popular

Tapi barang first yang admin beli jenama ini adalah efek pedal. Namanya ultra metal. Pedal tu warna merah. Kalau bawak jamming dari jauh dah nampak pedal tu. Harga masa tu rasanya dalam RM100 je kot. Itu lah pedal paling murah yang admin jumpa masa tu.

Tu yang terus beli sebab urgent nak pakai untuk Battle of The Band. Gitar elektrik ada tapi pedal distort tak ada. Beli terus pakai. Pada admin not bad la sound yang dihasilkan. Dengan harga yang macam tu rasanya sangat berbaloi.

Behringer Inc

Pada tahun 1989, Uli Behringer seorang engineer kelahiran Swiss telah menubuhkan Behringer. Produk utama ketika itu adalah equipment audio. Produk pertama yang dihasilkan adalah UB-1 Syntesizer.

Sebelum itu lagi, Uli Behringer telah mula menunjukkan minat terhadap muzik dan technology. Buktinya adalah beliau mula mencipta synthesizer sendiri pada umur beliau 16 tahun. Beliau melanjutkan pelajaran ke Robert Schumann Conservatory di Düsseldorf, German.

Bidang utama beliau adalah sound engineering dan classical piano. Pada masa itu, sukar untuk dapatkan supply peralatan muzik bagi student. Ini memberi idea kepada beliau untuk menbuat alat muzik sendiri. Kawan beliau juga ada yang order daripadanya.

So sejak dari itu beliau mula terkenal diseluruh university. Bila dah terkenal ini so makin banyak lah order. Sampai tak menang tangan dibuatnya. Jadi beliau menubuhkan syarikat Behringer Inc untuk buat peralatan muzik pada masa tu.

Bermula daripada situlah syarikat terus berkembang menjadi diantara pengeluar peralatan muzik terbesar di dunia.

Dari Germany Ke China

Pada awal penubuhan Behringer Inc, mereka menumpukan untuk penghasilan peralatan audio untuk studio sahaja. Kemudiannya berkembang kepada amplifer gitar, loudspeaker, mixer, pedal efec, recording interface, microphones, digital piano, lighting equipment dan banyak lagi.

Masa tu semua production dibuat dekat plant Willich, Germany. Tapi lebih kepada assembly process sahaja. Sebabnya kebanyakkan parts dan components adalah diimport daripada tanah besar China. So bila import ni, harga pun up lah juga. Kena cukai dan duti import dan sebagainya.

Bagi mengurangkan kos untuk parts dan component, maka pada tahun 1990 production Behringer telah berpindah ke China. Dimana pada ketika itu, subcontractor telah di appoint untuk melakukan pemasangan bagi kesemua produk Behringer.

Kemudiannya, Uli Behringer sendiri telah berpindah ke China untuk supervise penghasilan produk Behringer dan memastikan kualiti adalah pada tahap terbaik. Selain itu beliau juga belajar dan mendalami budaya masyarakat China.

Bergabung Untuk Menjadi Lebih Besar

Uli Behringer mempunyai visi iaitu menghasilkan produk professional pada harga yang berpatutan. Disebabkan oleh prinsip beliau itulah membawanya terbang ke Asia pada tahun 1997. Sebab manufacturing industry lebih murah di Asia berbanding di tempat asal beliau iaitu di Eropah.

Jadi pada tahun 2002, Beliau menubuhkan Behringer City. Dimana ianya adalah kilang pertama Behringer yang terletak di Zhongsan, Guangdong, China. Sebelum ini ada 10 tempat yang berbeza. So dekat Behringer City ni combine semua sekali dekat satu tempat.

So senang lah nak manager. Terdapat 8 buah bangunan yang menghasilkan peralatan elektronik, speaker, gitar dan digital piano. Pendekatan ini adalah berbeza dengan jenama lain yang memilih untuk guna subcontractor pasang produk mereka.

Jadi bila ada production line yang diuruskan sendiri, ini memberikan kelebihan dalam memastikan kualiti produk yang dihasilkan. Kilang yang berkeluasan sebesar 1.2 juta kaki persegi ini menghasilkan 2.5 juta produk Behringer setiap tahun.

Kebanyakkan produk tersebut adalah untuk market export. Pengeluaran sebulan mencecah 50,000 unit mixer sebulan. Memang banyak tu beb. Satu kilang je pun da boleh cover demand seluruh dunia.

Bergabung Untuk Menjadi Lebih Besar

Uli Behringer mempunyai visi iaitu menghasilkan produk professional pada harga yang berpatutan. Disebabkan oleh prinsip beliau itulah membawanya terbang ke Asia pada tahun 1997. Sebab manufacturing industry lebih murah di Asia berbanding di tempat asal beliau iaitu di Eropah.

Jadi pada tahun 2002, Beliau menubuhkan Behringer City. Dimana ianya adalah kilang pertama Behringer yang terletak di Zhongsan, Guangdong, China. Sebelum ini ada 10 tempat yang berbeza. So dekat Behringer City ni combine semua sekali dekat satu tempat.

So senang lah nak manager. Terdapat 8 buah bangunan yang menghasilkan peralatan elektronik, speaker, gitar dan digital piano. Pendekatan ini adalah berbeza dengan jenama lain yang memilih untuk guna subcontractor pasang produk mereka.

Jadi bila ada production line yang diuruskan sendiri, ini memberikan kelebihan dalam memastikan kualiti produk yang dihasilkan. Kilang yang berkeluasan sebesar 1.2 juta kaki persegi ini menghasilkan 2.5 juta produk Behringer setiap tahun.

Kebanyakkan produk tersebut adalah untuk market export. Pengeluaran sebulan mencecah 50,000 unit mixer sebulan. Memang banyak tu beb. Satu kilang je pun da boleh cover demand seluruh dunia.

Daripada Behringer Inc kepada Music Tribe

Selepas pelbagai kejayaan ditempuh oleh Behringer Inc, Uli Behringer merasakan bahawa nama syarikat tersebut tidak lagi sesuai untuk meneruskan perjuangan. Mereka perlukan nama baru. Sebabnya terdapat pelbagai division lain yang wujud.

Ianya adalah hasil daripada pemilikan syarikat-syarikat lain yang telah diambil alih oleh Behringer. Dekat bawah ini adalah list kepada syarikat-syarikat tersebut:

  • Midas
  • Klark Teknik
  • Behringer
  • Bugera
  • Eurocom
  • Turbosound
  • TC Electronic
  • TC-Helicon
  • Lake
  • gruppen
  • Tannoy
  • TC Applied Technologies
  • CoolAudio

Kesemua syarikat ini bernaung dibawah Behringer Inc. Behringer kekal sebagai jenama tapi nama syarikat terdapat perubahan. Nama baru adalah Music Group. Semua subdivision adalah berada dibawah Music Group.

Namun management team untuk setiap division kekal sama. Tak berubah. Cuma nama untuk keseluruhan sahaja yang ubah. Nama Music Group terus digunakan sehingga pada tahun 2017, Uli Behringer decide untuk berubah ke nama lain.

Music Tribe Global Brands adalah nama terkini yang digunakan dan ia kekal sehingga kini. Sekarang ini management Music Tribe berpusat dekat Manila, Philippines.

Telinga Dijadikan Sebagai Logo

Gambar diatas adalah logo asal Behringer sebelum ditukar kepada yang lebih simple dan moden. Kalau kita amati betul-betul, figure asas kepada logo tersebut adalah telinga manusia. Tapi apa kaitan telinga dengan peralatan muzik?

Menurut Uli Behringer, The Ear adalah nickname beliau semasa belajar di university. Gelaran tersebut diberikan oleh pensyarah piano beliau. Ini kerana kedasyatan telinga beliau mengesan pitch yang sempurna.

Semasa beliau menubuhkan syarikat ini, nickname tersebut menjadi inspirasi untuk logo. Even logo yang baru pun adalah symbol telinga. Cuma telah di simplified kan. Yang tinggal stroke asas membentuk separa bulat macam telinga.

Yang pastinya, Music Tribe Global Brands kini semakin berkembang dan terus maju. Dengan penghasilan pelbagai jenis produk untuk professional audio seperti mixer, power amp, loudspeaker. Gitar, bass dan efek gitar pun ada.

Range produk yang agak besar untuk pemuzik dan penggiat seni. Admin akan share detail berkenaan Produk Behringer dekat artikel yang lain. So korang boleh logon ke laman tersebut untuk lihat apa produk yang ditawarkan.

So ada pembaca sini yang pernah pakai Behringer? Barang apa yang korang pakai? Share experience korang dekat ruangan komen dibawah….

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *