Muzik Background Percuma Untuk Video Youtube Korang

by | Dec 5, 2020 | Creative

Sekarang ni ramai yang dah jadi youtuber. Komfem ramai yang tengah mencari muzik background percuma untuk dimasukkan kedalam video youtube. So kali ini admin nak share beberapa website yang korang boleh download muzik background percuma.

Ingin admin tekankan disini, meskipun background muzik ini percuma tapi tak semestinya ia akan mengelak daripada video youtube korang terkena copyright. Jadi sebelum download pastikan ianya bebas copyright untuk digunakan.

Kalau tak rugi masa dan tenaga buat video. Bila upload tiba-tiba ada copyright. Dah satu kerja pula nak kena buat semula dan upload yang baru. Admin pernah kena situasi macam ini. Memang remeh dan memenatkan.

7 Website Download Muzik Background Percuma

Bila berkaitan dengan muzik ni memang susah sikit. Kena hati-hati. Admin upload video dekat youtube main lagu cover pun kena copyright. Last-last terpaksa biarkan je video tu. Bukan setakat di youtube. Dekat facebook pun sama.

Video yang ada muzik copyright akan mute. Memang sedih kalau kena macam tu pada video kita. Tapi kena terima hakikat yang orang yang bekerja membuat muzik tersebut lagi susah. Nak hasilkan satu lagu pun melalui pelbagai proses.

Jadi kita kena respek orang lain punya karya. Barulah orang pun akan respek kita. So untuk mengelakkan kejadian seperti itu terjadi, kenalah cari sumber yang percuma dan bebas copyright. Jom kita tengok port untuk download muzik background percuma.

Website #1 – Youtube Audio Library

Okay yang ini very straight forward. Dekat youtube ada sediakan library untuk korang gunakan secara percuma. Semua yang ada dalam Youtube Audio Library adalah bebas copyright. Kalau korang gunakan dalam video untuk youtube komfem selamat.

Jadi boleh try usha dekat audio library. Syaratnya adalah korang kena ada channel terlebih dahulu. Than baru boleh access ke audio library tersebut. Memang khusus untuk creator video sahaja. Tapi kalau dah ada account youtube, korang add channel je. Tak susah pun.

Website #2 – Free Music Archive

Selain daripada youtube, korang boleh juga usha muzik background dekat Free Music Archive atau FMA. Bukan factory machinery act tau. Ini untuk music sahaja. Takde kena mengena dengan factory. Jadi boleh search dan download muzik yang berkenan dekat situ.

Tapi satu je admin nak remind. Mohon baca pada Licence Guide yang ada pada FMA tu. Kemudian bila nak download, ianya akan tunjuk lagu tu dalam kategori licence yang mana satu. So baca dengan teliti pastikan korang fulfill apa yang dinyatakan supaya tak berdepan sebarang tindakan.

Website #3 – SoundCloud

Ini macam social media kepada pembuat muzik. Dekat Soundcloud, korang boleh create profile dan upload lagu yang dicipta ke akaun tersebut. Boleh jual lagu kalau korang nak. Pada yang memang selalu buat lagu tu boleh la cuba.

Itu pada yang membuat lagu. Untuk yang nak download muzik pula, korang boleh pilih lagu yang bersesuaian dekat SoundCloud; royalty free music – no copy right music. Sebelum download pastikan ianya royalty free dan takde copy right. Ada tulis dekat description.

Website #4 – Free Play Music

Jangan terpedaya dengan perkataan free dekat nama domain website Free Play Music. Memang boleh download sebanyak mana yang korang suka tapi ada licence tertentu yang perlu dipatuhi. Setiap licence kegunaan lagu, berbeza harganya.

Tapi licence yang free adalah untuk youtube personal sahaja. Untuk tujuan lain semua kena bayar. Tapi one time fee sahaja. Kira beli licence lepas tu boleh guna lagu tu banyak kali pun takpe. Nak tahu licence harga berapa, masa nak download nanti kena pilih type of licence.

Sekali imbas memang nampak macam kena beli sebab music tu korang kena “add to cart”. Tapi masa check out tu pilih licence yang percuma je lah. Then boleh download tanpa sebarang masalah.

Website #5 – Incomptech

Untuk laman web Incompetech ini pula, korang boleh download dan guna secara percuma dengan syarat kena letak credit kepada owner asal lagu tersebut. Memang ada mention masa nak download lagu tersebut. Kalau tak nak letak credit, kena purchase licence.

Tapi pilihan muzik agak terhad dekat sini. Tak banyak pilihan lagu yang ada berbanding website yang lain. Boleh try dengar dulu lagu dekat Incompetech. Mana tau kot ada lagu yang bersesuaian. Lagipun free download. It’s worth to try.

Website #6 – BenSound

Lebih kurang macam incompetech tadi, sekiranya korang nak download dan gunakan muzik background daripada Bensound ini kena letak credit. Baca dengan teliti requirement dekat licencing. Boleh guna untuk youtube dengan perlu letak credit pada owner lagu tersebut.

Salah satu rule yang paling penting adalah korang tak boleh claim yang lagu tersebut adalah lagu sendiri. Jangan pula korang pergi register youtube content id atau facebook right manager, claim lagu tu korang punya. Tapi admin yakin korang takkan buat macam tu kan?

Website #7 – ccMixter

Last but not least, ccmixter adalah website yang agak banyak pilihan dan resources. Tapi of course kalau nak guna lagu korang kena letak credit pada owner. Lagi satu sebelum korang download, kena tengok jenis licence yang dibenarkan pada lagu tersebut.

Sebab lain lagu, lain licence yang ditetapkan. Depends pada owner lag utu. Ada yang free download tapi tak boleh guna untuk commercial use. Maksudnya guna untuk youtube video boleh tapi nanti tak boleh monetize. Jem juga kalau jadi camtu. Better pilih yang free for commercial use.

Website Muzik Backgroud Percuma Pilihan Admin

Kalau ikut daripada senarai diatas, admin akan pilih youtube audio library. Sebab nak guna untuk youtube, kena lah guna muzik background dekat youtube. Lagi senang kalau macam tu. Pilihan lagu pun boleh tahan banyak. So takde masalah kata takde lagu yang sesuai.

Lagi satu sebab apa admin pilih dekat youtube adalah sebab lagu daripada website lain ini banyak yang free tapi takut ada orang yang tak bertanggung jawab “claim” lagu tu hak mereka. Walaupun sebenarnya bukan diorang buat pun lagu tu.

Bila ada orang register copyright dekat youtube, secara tak langsung korang tak boleh monetize video sebab ada copyright claim. Memang naya la kena macam tu. Padahal kita download dekat sumber yang sah tapi last-last ada copyright juga.

Kalau korang guna lagu dekat youtube tapi tiba-tiba ada copyright claim, then boleh terus request dispute dan jelaskan sumber adalah daripada youtube. Lagi senang nak setel sebab ada dalam library youtube. Just letakkan tajuk lagu atau screenshot je terus dalam library tu then hightlight lagu yang mana satu korang guna.

Tapi itu apa yang admin buat sebelum ini. Korang boleh je cuba guna daripada website yang lain dalam senarai diatas. Sekiranya terdapat sebarang komen dan cadangan, mohon berbuat demikian pada ruangan yang telah disediakan dekat bawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *