Onexox Data Buffet – Revolusi Terbaru Pelan Postpaid

by | Dec 15, 2020 | Bisnes

Mungkin ada yang perasan admin ada highlight sedikit mengenai onexox data buffet dalam artikel pelan onexox black. Sebab ianya adalah sebahagian daripada pelan tersebut. Dekat situ admin takde explain detail sebab panjang.

Jadi better admin story dekat sini. Lebih fokus dan detail. Korang nak refer pun senang. Onexox data buffet adalah suatu yang baru. Sebabnya korang boleh guna data dengan cara yang lebih fleksibel. Nak tahu kenapa? Teruskan baca sampai habis…

Apa Itu Buffet?

Mesti korang tertanya-tanya kenapa dipanggil data buffet kan? Agak pelik sebab selalunya bila sebut pasal buffet, orang akan terbayangkan makanan di restoran mewah atau hotel. Belum pernah lagi orang cerita data internet bila sebut buffet.

Admin membuat sedikit carian untuk memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut. Buffet bermaksud:

“Buffet ialah kaedah penyajian makanan di mana makanan ditempatkan di kawasan umum yang boleh dikunjung dan dilihat orang ramai melayani diri sendiri mendapatkan makanan diingini.”

Sumber : Wikipedia

Macam pening pulak bila baca ayat kamus. Diringkaskan Buffet ni adalah cara hidangan makanan. Semua makanan letak dekat satu meja. Dan semua orang ambil makanan dekat situ. Lepas tu makan pula dekat meja yang disediakan.

Tapi apa kena mengena buffet dengan data? Still tak boleh nak kaitkan antara kedua-dua item ini? Jangan risau admin sambung cerita dekat bawah…

General Concept Data Buffet

Admin nak bagi satu contoh buffet sebagai analogy untuk korang lebih faham apa kaitan dengan onexox data buffet. Biasanya makan di buffet akan dikenakan satu bayaran tetap sahaja. Sekali masuk dan korang boleh makan sebanyak mana yang boleh.

Contoh mula-mula korang ambik nasik. Lepas tu ambil buah dan pencuci mulut. Dah habis yang tu terasa nak makan kuih pulak. Begitulah seterusnya sampai korang kenyang. Selagi masih ada makanan dekat meja buffet tersebut.

Tapi kalau makanan tu dah habis, then korang makan apa yang ada je lah. Selalunya korang akan berhenti makan sebelum makanan dekat meja buffet tu habis. Sebab banyak giler makanannya.

Konsep yang sama digunakan pada onexox data buffet. Dimana korang akan diberi suatu kuota data yang ditetapkan mengikut pelan yang korang subscribe. Kemudiannya korang boleh guna data tersebut mengikut blok tertentu dalam sebulan.

Contoh korang gunakan 1st blok sebanyak 10GB sehingga habis. Kemudian data korang akan ditambah lagi untuk blok kedua sebanyak 10GB. Bila habis ianya akan ditambah lagi untuk blok ketiga. Begitulah seterusnya sehingga sebulan.

Untuk next month, balance pada blok terakhir akan carry forward dan dicampur dengan data pada blok pertama bulan hadapan. Kira macam tapaw makanan juga la yang ni. Admin akan explain detail pada pelan dibawah.

Onexox Black B59DB

Untuk pelan ini, korang akan dapat manfaat 44GB data, 100 sms percuma serta unlimited call. Yang ada blok hanyalah pada data sahaja. Untuk sms dan call tiada allocation macam tu. Blok data yang admin maksudkan bagi pelan B59DB adalah seperti dibawah:

  • Blok Pertama : 12 GB
  • Blok Kedua : 8 GB
  • Blok Ketiga : 8 GB
  • Blok Keempat : 8 GB
  • Blok Kelima : 8 GB

So total data allocation adalah 44 GB setiap bulan. Masa start je korang akan diberi data seperti blok pertama iaitu sebanyak 12 GB untuk digunakan. Apabila blok pertama berbaki kurang daripada 1 GB, data blok kedua akan ditambah iaitu sebanyak 8 GB.

Begitulah operasinya sehingga blok yang kelima habis digunakan.Kalau baki data pada blok yang terakhir kita guna masih ada, then ianya secara automatic carry forward ke bulan hadapan. Sebagai contoh korang guna sampai blok ketiga.

Hujung bulan masih ada baki 4 GB. Jadi data sebanyak 4 GB ini akan ditambah ke blok pertama bulan depan. Data blok pertama bulan depan akan jadi 16 GB. Illustrasi contoh ini adalah seperti dibawah.

Onexox Black B89DB

Konsep yang hampir sama dengan B59DB. Cuma bezanya blok data je yang lain. Untuk pelan ini korang akan dapat manfaat 100 GB data, 200 sms percuma serta unlimited call. Blok data yang korang akan dapat adalah seperti dibawah:

  • Blok Pertama : 20 GB
  • Blok Kedua : 20 GB
  • Blok Ketiga : 20 GB
  • Blok Keempat : 20 GB
  • Blok Kelima : 20 GB

Total 100 GB setiap bulan yang korang boleh gunakan. Cara blok berfungsi sama macam yang admin terangkan dekat atas tadi. Kalau nak lebih faham boleh lihat illustrasi contoh B89DB dibawah. Mungkin lagi senang nak relate dengan pelan ini…

Onexox Black VS Data Buffet

Maafkan admin sebab terlupa nak letak harga kedua-dua pelan Data Buffet diatas. Untuk B59DB adalah RM 59 sebulan manakala D89DB pula RM89 sebulan. Rasanya kedua-dua pelan ini harganya memang mampu milik kan.

Tapi kalau compare spec data yang korang dapat rasanya sangat berbaloi jika dibandingkan dengan pelan telco yang lain. Persoalannya sekarang ni yang mana satu lebih berbaloi: onexox black ataupun data buffet?

Ramai yang tanya admin tentang perbandingan kedua-dua pelan ini. Honestly kedua-duanya pun bagus. Setiap pelan ada kelebihan tersendiri. Jom tengok comparison berkenaan kedua-dua pelan ini:

Onexox Black

Untuk onexox black kalau kita lihat ianya mempunyai kelebihan dari segi bayaran bulanan yang rendah. Sangat sesuai bagi mereka yang tak suka komitmen terlalu tinggi setiap bulan serta penggunaan data yang minimum.

Ianya juga sesuai untuk kegunaan satu family dimana korang boleh berkongsi data sesama sendiri. Contoh kalau wife korang data habis dan pada masa tu data korang banyak lagi. Tak perlu topup add-on mahupun season pass.

Boleh terus share je data korang. Kan lebih mudah dan menjimatkan. Lagipun takdelah membazir data korang yang tak guna lagi tu.

Data Buffet

Manakala data buffet pula kalau dilihat ianya agak tinggi sikit bayaran bulanan. Tapi berbaloilah dengan apa yang kita bayar. Kuota data yang jauh lebih tinggi daripada yang ada pada pelan onexox black biasa.

Ditambah lagi dengan unlimited call menjadikan ianya antara pelan yang termantap setakat ini. Pelan Data Buffet ini sangat sesuai bagi mereka yang memerlukan banyak penggunaan data setiap bulan. Yang run bisnes online memang sangat sesuai.

Mungkin ada yang dekat rumah tiada broadband internet, jadi pelan data buffet ini memang boleh cover usage data untuk sebulan. Bayaran bulanan pun still rendah kalau nak dibandingkan dengan telco lain.

Summary Onexox Data Buffet

Pada yang masih confuse sama ada nak pilih Pelan Onexox Black ataupun Data Buffet, admin sangat recommend supaya korang pilih Data Buffet. Sebab ianya sangat berbaloi. Data allocation yang banyak, boleh carry forward dan unlimited call.

Itu je summary admin tentang onexox data buffet. Ringkas dan padat. Tapi walau macam mana pun korang bebas untuk survey mana-mana telco yang setara. Pada yang berminat untuk subscribe data buffet, boleh click pada button dibawah:

Maybe ada yang masih tak berapa jelas mengenai pelan ini. Boleh terus hubungi admin melalui applikasi whatsapp ataupun tinggalkan soalan kroang pada ruangan yang disediakan dekat bawah…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *