Part Gitar Elektrik Dan Akustik Yang Perlu Diketahui

by | Nov 29, 2020 | Music

Sebelum ini admin ada share pasal jenis gitar yang ada dipasaran. Kali ini kita akan go lebih detail mengenai gitar iaitu part gitar elektrik dan juga gitar akustik yang korang mesti tahu sebelum mula bermain gitar.

Pada yang dah pandai main tu pun mungkin kena usha juga tengok senarai part gitar elektrik ni kot-kot ada yang lupa ataupun belum tahu. Admin cuba list kan selengkap yang boleh dengan harapan tiada part yang tertinggal. So cekidaut list part tersebut dekat bawah ini.

16 Part Gitar Elektrik & Akustik Yang Wajib Tahu

Admin bukanlah expert tentang pembuatan gitar. Tapi dah experience main gitar lebih 20 tahun je. Untuk gitar elektrik dah lebih 15 tahun. Jadi rasanya boleh la kot cerita yang basic pada para beginner yang nak tahu pasal gitar.

Setiap part gitar elektrik dan akustik ini memainkan peranan masing-masing. Selalunya akan effect kita punya playability, tone dan juga feel ketika bermain sesebuah gitar. Senang cerita lain gitar dan part, akan rasa lain bila kita main. So jom kita tengok senarai part yang admin maksudkan.

Part #1 – Body

Ini adalah komponen sangat penting. Sebab semua construction pada gitar terletak dekat sini. Ada pelbagai jenis body gitar. Berbeza bentuk dan juga material. Of course bila beza material, sound yang dihasilkan juga berbeza.

Construction body juga memainkan peranan penting. Sama ada hollow, semi hollow ataupun solid juga mempengaruhi sound yang dihasilkan.

Part #2 – Neck

Komponen ini disambung terus pada body gitar. Neck untuk gitar elektrik berbentuk separa bulat. Ini bertujuan untuk memudahkan kita untuk bermain gitar. Ada macam-macam jenis neck gitar. Berbeza mengikut material dan “shape” curve separa bulat yang admin nyatakan tadi.

Keselesaan bermain gitar memang sangat bergantung kepada neck. Sebab most of the note akan dimainkan dekat bahagian neck.

Part #3 – Headstock

Bahagian atas sekali pada gitar. Headstock disambung pada hujung neck gitar. Ada macam-macam bentuk headstock sebab berbeza mengikut kreativiti pembuat gitar tersebut. Tapi trend gitar sekarang dah mula yang tak ada bahagian headstock. Bukan semua lah. Jenama tertentu sahaja.

Part #4 – Bridge

Ini bukan jambatan ye. Bentuk nya sahaja lurus macam jambatan. Terdapat beberapa jenis bridge gitar yang berada dipasaran. Ianya berbeza ikut jenis gitar elektrik. Fungsi utama bridge adalah untuk hold the tension of guitar string.

Part #5 – Pickup

Salah satu komponen gitar yang paling penting kalau nak main menggunakan amplifier. Baik elektrik mahupun akustik, kena pakai pickup. Secara umum ada 2 jenis pickup yang biasa digunakan iaitu pickup pasif dan juga aktif.

Tujuan pickup adalah transmit bunyi daripada tali ke amplifier. Dalam pickup tu ada coil magnet yang menghasilkan daya electromagnet. So daya ini yang menyebabkan bunyi keluar ke speaker amp.

Part #6 – Potentiometer

Macam kompleks je bunyinya kan. Potentiometer ini terbahagi kepada dua iaitu volume pot dan juga tone pot. Selalunya orang akan sebut Pot je. Fungsi utama potentiometer adalah mengawal arus. Jika pada volume pot untuk laras kekuatan bunyi manakala tone pot pula untuk sensitivity.

Part #7 – Input Jack

Dalam bahasa mudahnya adalah lubang cable. Input jack selalunya terletak pada bahagian bawah potentiometer. Gunanya adalah untuk menyambungkan gitar dengan amplifier menggunakan cable. Kalau takde input jack, memang takdelah bunyi ke amplifier.

Part #8 – Selector Switch

Kebiasaannya gitar akan ada lebih daripada satu pickup. Selector switch hanya akan dipasang apabila ada dua atau tiga pickup. Tujuan utama selector switch ini adalah untuk control pickup mana yang berfungsi ketika tengah main.

Part #9 – Fret Board

Komponen ini akan dipasang pada bahagian neck gitar yang flat. Fret board berbeza mengikut material yang digunakan. Sound yang dihasilkan juga lain-lain. Kebiasaannya akan ada inlay atau dot untuk memudahkan korang kenalpasti kedudukan ketika bermain gitar.

Part#10 – Fret

Besi yang dipasang pada bahagian permukaan fret board. Fret biasanya menggunakan besi yang tahan karat sebab ianya banyak contact dengan jari yang mungkin berpeluh. Kebiasaannya fret standard ada 18 sehingga 24 fret pada sesebuah gitar. Yang lebih pun ada tapi tu custom made.

Part #11 – Machine Head

Jika bridge untuk pegang tension tali gitar, Machine Head pula untuk menentukan tension tali gitar. Lagi banyak korang pusing, maka lagi tinggi lah ketegangan tali. Selalunya orang akan panggil tuner. Tapi istilah yang betul adalah machine head. Sebab tuner tu adalah alat untuk tune.

Part #12 – Truss Rod

Sebatang besi yang berada dibawah fret board dan di tengah-tengah neck. Truss rod ini seumpama tulang belakang kepada neck gitar. Truss rod bertujuan untuk memberi reinforcement kepada neck bagi mengelakkannya daripada mudah bengkok.

Jika neck bengkok, maka kena buat adjustment pada truss rod untuk luruskan semula. Bila neck lurus barulah sedap untuk kita main gitar. Kalau bengkok selalunya akan ada masalah “buzzing”.

Part #13 – Nut

Fungsi yang sama seperti bridge tapi kedudukannya adalah dekat neck. Kira macam pair kepada bridge untuk pegang tension tali gitar korang. Nak tentukan “relief” pada sesebuah gitar juga sangat bergantung kepada kedua-dua komponen ini.

Part #14 – Pick Guard

Tak semua model gitar yang ada gunakan pick guard ini. Fungsi utama adalah untuk mengelakkan calar pada body guitar. Material yang digunakan adalah plastic. Jadi kalau calar pada pick guard, korang boleh beli je yang lain dan terus ganti. Kalau body yang calar susah sikit nak repair. Kena hantar pergi cat semula.

Part #15 – Strap Button

Setiap gitar elektrik mesti ada strap button. Tujuannya adalah menjadi tempat untuk korang sangkutkan strap. Ianya sangat berguna kalau korang nak perform atau jamming dalam keadaan berdiri. Memang namanya button tapi material yang digunakan adalah besi. Tak sama pun macam butang.

Part #16 – String

Yang terakhir adalah tali gitar. Komponen yang paling penting bagi gitar. Kalau beli gitar mahal, body mantap, neck sedap, pickup branded tapi bila takde tali gitar tetap tak bunyi juga korang main. Ada dua jenis tali gitar yang selalu digunakan iaitu nylon dan steel.

Sama Ke Part Gitar Elektrik Dengan Gitar Akustik?

Banyak juga part gitar ni kalau nak hafal semua. Masa mula-mula dulu admin pun sebut pakai bantai je. Tak tahu istilah yang betul. Hasilnya bila pergi kedai gitar nak beli part tu mulalah sembang macam ayam dengan itik. Last sekali ambil gitar dan tunjuk yang mana satu.

Barulah orang kedai tu faham admin nak part yang mana. Itu kalau pergi kedai, macam mana pula kalau nak beli part secara online dekat shopee atau lazada. Kalau salah nama part, memang korang takkan jumpa la sampai bila-bila jawabnya.

Sebab tu penting untuk tahu nama standard untuk part-part yang ada pada gitar elektrik dan juga akustik. Berbalik pada soalan sama ada part gitar elektrik ni sama ke dengan gitar akustik? Kalau guna part untuk gitar elektrik dekat akustik apa yang akan terjadi?

Untuk pengetahuan korang daripada senarai diatas, part #5 hingga #8 biasanya hanya ada pada gitar elektrik. Sebahagian gitar akustik sahaja yang ada part tersebut. Dari segi kegunaan pula, korang boleh guna mana-mana asalkan fit ke gitar korang.

Contohnya input jack gitar elektrik nak pasang dekat gitar akustik. Takde masalah sebab saiz input cable adalah universal. Cuma mungkin wiring dan juga lubang pada body gitar kena ejas sebab mungkin tak sama saiz. Tapi seelok-eloknya pastikan ianya bersesuaian dulu baru guna.

Survey information atau bertanya pada luthier untuk kepastian. Itu sahaja daripada admin tentang part gitar. Boleh tinggalkan komen atau pandangan sekiranya korang rasakan ada part lain yang admin tak senaraikan dalam artikel ini. Tq in advance…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *