Payment Gateway Di Malaysia Yang Terbaik & Mantap

by | Jun 5, 2021 | Website

Penggunaan payment gateway di Malaysia bukanlah suatu perkara yang asing lagi. Terutamanya bagi kebanyakkan laman web eCommerce. Even pembayaran kepada jabatan kerajaan sekarang pun dah banyak guna payment gateway.

Kepesatan teknologi kini menyebabkan transaksi online telah menjadi suatu kemestian. Ada sesetengah negara maju seperti China sudah lama beralih kepada “cashless” transaction. Bak kata orang semuanya dihujung jari sahaja.

Mungkin ada yang masih keliru dan belum tahu payment gateway tu apa sebenarnya. Ada juga yang pernah dengar tapi tak tahu apa fungsinya. Untuk lebih detail admin ada share mengenai apa itu payment gateway. Boleh usha info dekat sana.

Baca juga : Cara Buat Website eCommerce

Top 9 Payment Gateway Untuk Website E-Commerce Korang

Sejujurnya memang ada banyak gila payment gateway yang ada di dunia ni. Tapi persoalannya, yang mana satu kita boleh gunakan terutamanya untuk menerima bayaran daripada website kita sendiri? Masalah utama adalah akaun bank.

Tak semua payment gateway ada access kepada bank yang ada di Malaysia. Jadi kalau kita decide nak guna sesuatu payment gateway kena pastikan ianya boleh transfer duit ke akaun korang. Kalau tak jenuh pula. Sales masuk tapi duitnya tak masuk.

So kali ini admin nak highlight payment gateway di Malaysia yang boleh korang gunakan untuk website. Jadi boleh pilih salah satu daripada senarai dibawah. Jom kita lihat lebih detail dekat bawah. Check it out…

List #1 – Billplz

First of all, Billplz adalah boleh dikatakan sebagai payment gateway yang paling popular di Malaysia. Tapi jangan salah faham pula. Artikel ini tidak dibayar. Ini adalah berdasarkan pandangan peribadi dan survey pada rakan-rakan yang gunakan gateway.

Kebanyakkannya akan recommend Billplz untuk digunakan pada website. Admin pernah gunakan untuk salah satu kedai online. Setakat ini prestasi agak mantap dan meet the expectation. Untuk maklumat lanjut boleh usha dekat website Billplz.

List #2 – Senangpay

Second in a list juga antara yang famous dikalangan ecommerce player di Malaysia. Kira Billplz dan Senangpay adalah saingan terdekat. Memang agak sengit juga. Kalau tanya orang mesti sebut 2 gateway ini sahaja.

Tapi untuk website ecommerce yang kecil dan sederhana je lah yang banyak gunakan. Teruskan membaca untuk ketahui kenapa. Senangpay pun admin pernah guna. No big issue setakat admin guna dulu. Maklumat lanjut boleh tengok dekat web Senangpay.

List #3 – Toyyibpay

Ini mungkin agak kurang kedengaran namanya. Tak sepopular yang lain. Ini disebabkan Toyyibpay boleh dikatakan sebagai “junior”. Ianya wujud agak baru juga. Kalau tak silap admin mula tahun 2018. Info tak sahih. Nanti admin komfemkan.

In term of feature dan pricing, ianya lebih kurang dengan Billplz dan Senangpay. Integration support pun boleh tahan. Cuma yang ini admin tak pernah guna. Pernah tolong set-up kan untuk client je sebelum ini. Untuk maklumat lebih terperinci boleh layari laman Toyyibpay.

List #4 – Ipay88

Okay enough with small payment gateway. Sekarang kita akan masuk ke senarai gergasi. Sebabnya hanya syarikat atau website yang besar je yang mampu untuk gunakan. Of course sebab caj yang agak tinggi. Kira level kayangan je la yang mampu.

Tapi still boleh korang gunakan untuk website sekiranya ada keperluan. Ipay88 memang terkenal tapi tak ramai yang guna. Maksud admin dikalangan small & medium website. Boleh usha corporate profile dekat website Ipay88.

List #5 – Razer

Ini juga salah satu daripada payment gateway level “kayangan” selain Ipay88. Memang kira dah otai dalam market. In term of function memang advanced. Kebanyakkan syarikat gergasi menggunakan system ini. Antara yang paling terkenal adalah Shopee.

Admin bagi satu contoh je dah cukup menggambarkan ianya memang bukan biasa-biasa. Ada banyak lagi memang tak larat admin nak list kan. Korang boleh tengok sendiri dekat profile pada laman web rasmi Razer.

List #6 – E-GHL

Satu lagi payment gateway untuk big names. E-GHL kira saingan untuk Ipay88 dan Razer. Antara senarai pengguna yang menggunakan system E-GHL adalah Touch n Go dan Grabpay. Rasanya tak perlu cerita lebih detail sebab memang awesome. Boleh usha dekat web E-GHL.

List #7 – Stripe

Okay kalau tadi senarai payment gateway level kayangan, kali ini kita tengok pula international payment gateway. Selalunya ini sering digunakan jika korang menjual barangan direct ke oversea. Terutamanya market US atau Europe.

Stripe adalah salah satu diantara international payment gateway yang boleh korang gunakan untuk website ecommerce. Paling mudah nak integrate kalau korang guna Shopify atau easystore. Boleh lihat lebih detail dekat website Stripe.

List #8 – PayPal

Antara payment gateway international yang paling awal wujud didunia ni. Paypal memang dah lama digunakan bagi transaksi payment antarabangsa. Mostly kebanyakkan platform website didunia ini acknowledge kewujudan Paypal.

Biasanya akam dimasukkan secara default pada setting. Cuma satu je yang admin tak berapa nak berkenan adalah transaction fees yang agak tinggi untuk transfer duit ke akaun bank Malaysia. Tapi dari segi integration memang “no problem at all”.

List #9 – 2Checkout

Yang terakhir dalam senarai payment gateway adalah 2checkout. Gateway international ini juga sangat mudah digunakan pada platform Shopify. Jika nak dibandingkan in term of function, ianya lebih kurang dengan Stripe. Boleh tengok detail dekat web 2Checkout untuk maklumat lanjut.

Yang Mana Satu Payment Gateway Di Malaysia Yang Terbaik?

Kalau nak nilaikan mana satu yang terbaik memang sukar sebab ianya subjektif. Sangat bergantung kepada kegunaan pada website korang. Jika hanya untuk receive payment semata-mata, maybe admin boleh kata Billplz adalah pilihan yang mantap.

Tapi jika korang consider ada pelbagai feature lain yang ditawarkan termasuk penerimaan payment, maybe kena consider gateway kayangan seperti Ipay88, E-GHL atau Razer. Atau korang consider untuk received payment daripada oversea market.

Then option paling bagus adalah Paypal. Sebab ianya universal dan most of the platform akan support. So tak ada masalah untuk integration. Compare Stripe atau 2Checkout yang tak semua platform support, mungkin paypal akan menangn tanpa bertanding.

So korang kena nilaikan semula apa fungsi gateway yang korang perlukan then baru boleh decide yang mana satu. Nasihat admin bagi yang baru nak mula bisnes online, korang boleh cuba Billplz, Senangpay atau Toyyibpay.

Terutamanya bagi yang menggunakan woocommerce untuk kedai online. Cara nak intgrate sangat mudah. Hanya install plugins untuk hubungkan API website dengan gateway then terus boleh guna. Simple je sebenarnya. Bila baca ianya kelihatan complex.

By the way semua dalam artikel ini termasuklah senarai payment gateway diatas adalah pada pendapat admin. Mungkin korang ada pandangan sendiri. Mohon kongsikan sebarang pandangan, cadangan ataupun komen pada ruangan dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *