Pearl Musical Instrument Company – Jenama Drum Ternama

by | May 24, 2021 | Music

Selain daripada Tama Drums, Pearl adalah pesaing terhebat untuk drumset paling mantap. Syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan brand ini adalah Pearl Musical Instrument Company. Admin rasa sama hebat kedua-dua jenama ini.

Admin pernah pakai drum Pearl ini masa ada studio dulu. Sebelum-sebelum tu pun kalau jamming, kebanyakkan studio jamming selalunya pakai drum Pearl. Jadi kalau nak bagi cadangan ataupun review nanti macam tak fair pulak.

Sebab admin tak pernah gunakan Tama. Lagi satu admin tak berapa hebat main drum. Tengok orang main hebat la. Masa dulu admin beli Pearl sebab ada orang jual 2nd hand. Tak plan pun nak cari brand mana-mana. Asalkan dapat yang branded kira ok dah.

Kebetulan ada orang nak tolak drum set. Admin pun dengan pantas terus deal harga, esoknya terus pergi ambik sendiri barang. Set masih dalam keadaan cun. Nampak macam jarang main. Bunyi ok lah cuma kalau nak lagi best kena tukar skin.

Skin drum standard bunyi kurang menyerlah. Tapi tu sebab admin beli drum murah. Kalau korang mampu beli model yang mahal sikit ok kot. Panjang pulak bercerita. Ok jom kita sambung pasal Pearl Musical Instrument Company.

Pearl Industry Ltd

Pengasas Pearl Drum adalah Katsumi Yanagisawa. Pada awalnya beliau menubuhkan Pearl Industry Ltd pada tahun 1946 di Tokyo, Japan. Produk yang dihasilkan dekat kilang beliau pada masa itu adalah music stand.

Kemudiannya pada tahun 1950, barulah mereka fokus untuk membuat drum. Masih menggunakan nama Pearl Industry Ltd sehinggalah tahun 1953, nama syarikat ditukar kepada Pearl Musical Insturment Company.

Pada masa tu mereka dah mula menghasilkan drum set, marching drums, timpani, Latin percussion instruments, cymbals, stands, dan accessories. Tapi produk yang keluar masih belum guna brand Pearl yang ada sekarang ini.

Pearl Musical Instrument Company semakin kedepan apabila anak sulung Yanagisawa iaitu Mitsuo menubuhkan export division. Kebetulan pada masa itu muzik Rock n Roll tengah rancak. Permintaan terhadap drum juga semakin meroket jadinya.

Jadi pada tahun 1961, Pearl telah membina kilang mereka yang pertama di Chiba. Ianya berkeluasan 15,000 kaki persegi. Kilang tersebut akan mengeluarkan pelbagai jenama drum. Antaranya adalah Apollo, Coronet, Maxwin, Werco, Revelle, Lyra, Majestic dan banyak lagi.

Drumset Pertama Pearl

Seperti yang admin explain dekat atas. Pearl Musical Instrument Company sememangnya berpengalaman dalam pembuatan drum. Malahan mereka juga ada manufacturing line yang berkapasiti besar untuk industry.

Tapi masih belum ada produk sendiri. Cuma pasang produk orang lain je. Hampir 30 jenama lain yang diorang pasang. Kira dasyat jugalah kan. Jadi bila sebenarnya diorang nak keluarkan drum set sendiri menggunakan nama Pearl?

Pearl “President Series” adalah jawapan kepada soalan diatas. Pada tahun 1966, model tersebut mula dihasilkan dan dipasarkan. Selepas banyak pasang drum jenama lain, akhirnya muncul juga drumset sendiri.

Itupun sebab Yanagisawa decide untuk tumpukan pada brand sendiri. Tak nak pasang untuk orang lagi dah. Selepas itu semakin banyak model-model drum set Pearl dikeluarkan. Sehinggalah sekarang ini, masih continue keluar model baru.

Apa Yang Special Dengan Drum Pearl?

Pengalaman pasang drum jenama lain menjadikan Pearl lebih teliti dalam penghasilan produk mereka. Jadi sebab tu diorang launch President series agak lambat. Terdapat beberapa keistimewaan pada drum Pearl yang tiada pada yang lain masa tu.

Sekitar tahun 1970 an, material yang digunakan untuk shell Pearl adalah kayu bersama-sama fiber-glass lining. Ada juga yang pakai bahan komposit Phenolic. Kira pada masa tu diorang adalah pioneer drum manufacturer yang gunakan material tersebut.

Pearl juga adalah yang pertama memperkenalkan “combined roto toms”. Roto-toms tu adalah 3 toms tapi pendek. Combined maknanya diletakkan sekali. Susunan roto-toms tu korang boleh refer dekat gambar bawah ini.

Drum pearl juga terkenal dengan hinged type. Diorang memperkenalkan hinged tube tom-arm. Ini memudahkan proses pasang dan bukak drum. Jadi kalau nak alih drum, takdelah susah nak buat. Tapi bila dah pasang, masa korang main ia stabil dan tak tercabut.

Penghasilan shell drum tama juga agak unik. Mereka menggunakan technology SST atau Superior Shell Technology. Dimana setiap lapisan kayu diletakkan dekat satu silinder ikut saiz. Kemudian dimampatkan melalui tekanan dari luar dan dalam shell.

Semasa tekanan shell dibuat, ianya dipanaskan. Ini akan membuatkan gam yang melekatkan lapisan kayu menjadi cair dan meresap lebih baik ke dalam kayu. Hasilnya gabungan shell yang sangat kuat dan kemas. Ia dipanggil “seemless” drum.

Pearl Group

Permulaan Pearl Musical Instrument Company adalah di Japan. Kilang utama mereka adalah di Chiba. Ianya masih kekal sehingga kini. Chiba juga adalah merupakan HQ kepada Pearl Group diseluruh dunia.

Terdapat beberapa syarikat lain yang bernaung dibawah Pearl Group. Setiap syarikat mewakili beberpa region tertentu. Salah satunya adalah Pearl Corporation yang menjadi distributor kepada produk Pearl di USA.

Pearl Corporation beroperasi di Nashville, USA. Mereka memiliki facility seluas 140,000 kaki persegi merangkap office, customer service, sales department, warehouse dan distribution. Terdapat sebuah lagi distribution centre dekat Pennsylvania untuk cover east USA.

Untuk distribution di Eropah pula, Pearl Music Europe akan cover untuk zone eropah. Ianya berpusat di Belfeld, Netherland. Jadi diorang akan import drum daripada kilang di Japan, China dan Taiwan. Simpan dekat warehouse lepas tu distribute seluruh eropah.

Selain kilang di Chiba, terdapat 2 lagi kilang yang menghasilkan produk Pearl. Nama syarikat yang bertanggungjawab untuk kedua-dua fasiliti ini adalah Pearl Musical Instrument Co, of Taiwan dan Republic of China Pearl Musical Instrument (Hangzhou) Co.Ltd.

So in total ada 3 kilang yang keluarkan produk Pearl untuk tampung demand di seluruh dunia. Yang disenaraikan ini adalah company yang besar dan bernaung bawah Pearl Group sahaja. Ada banyak lagi dealer disetiap negara untuk cover sales dan distribution.

Pearl Terus Maju Kehadapan

Setelah lebih 50 tahun penubuhan Pearl Musical Instrument Company, mereka masih gah berdiri. Pearl kini menjadi antara pengeluar drumset yang paling popular dan dikenali diseluruh dunia. Ramai drummer professional yang pakai.

Pearl juga telah mengeluarkan pelbagai model drum untuk pelbagai lapisan pemuzik. Dari beginner sehinggalah kepada pemuzik professional. Of course la kualiti antara model tersebut agak berbeza dari segi hardware dan material.

Kualiti sound yang dihasilkan juga lain. Bezanya pada hargalah. Kalau murah tu, kualiti kurang lah sikit. Nak yang kualiti dan sound yang mantap kena beli yang mahal sikit lah. Boleh share dengan admin tak korang pakai drumset model apa?

Kalau drum pearl korang pernah guna model yang mana satu? Share dekat ruangan komen dibawah. Produk detail admin akan share dekat Pearl Produk nanti. Boleh check it out dekat sana nanti.

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.