Peavey Electronics Corporation – Peavey Brand

by | Nov 17, 2020 | Music

Sebuah syarikat daripada USA yang bernama Peavey Electronics Corporation adalah pemilik kepada jenama Peavey. Mereka menghasilkan pelbagai produk yang berkaitan audio dan muzik. Antaranya adalah gitar, bass, amp gitar & bass serta PA System.

Brand ini admin mula kenal sejak zaman sekolah lagi. Ingat lagi masa first time jamming pakai amp gitar Peavey. Set PA System dekat jamming tu pun sama. Kira satu set lah tu. Time rasa memang dah best la. Maklumlah first time dapat jamming.

Nak beli gitar elektrik masa sekolah dulu mana mampu. Nak mintak mak ayah, jangan harap la nak dapat. So bila pergi jamming je lah dapat merasa. Dulu tak tau pun yang Peavey ni agak branded sebab memang totally zero pasal amplifier.

Sebenarnya susah nak describe apa main produk diorang ni. Sebab semua yang dihasilkan pun laku keras. So tak tahu yang mana satu sebenarnya yang paling top. Tapi bagi admin, Peavey sebenarnya lebih kepada amplifier dan PA System.

Yang lain tu mungkin bukan yang utama bagi mereka. Just produce untuk kelihatan lebih banyak variasi produk. Tapi bukanlah bermaksud yang produk lain tu tak bagus. Ada yang mantap juga. Macam gitar Peavey Wolfgang. Mantap tu…

Peavey’s Melody Music

Pengasas bagi Peavey Electronic Corporation, Hartley Peavey telah mula mencipta amplifier gitar yang pertama sekitar tahun 1957. Masa tu beliau bekerja dekat kedai muzik kepunyaan bapa nya iaitu Peavey’s Melody Music.

Dari awal lagi memang Hartley berhajat nak jadi seorang gitaris rock n roll. Sampai gitar akustik pun boleh convert ke gitar elektrik. Buat amp sendiri lagi. Kira memang berbakat besar lah Hartley ini. Even daripada High School lagi beliau dah lukis design gitar sendiri.

Pada tahun 1965, akhirnya jenama Peavey mula diperkenalkan. Ianya menggantikan operasi kedai muzik yang sedia ada kepada Peavey Electronics Corporation. Maka bermulalah operasi pembuatan amplifier yang Harley design sebelum ini dan dijual ke pasaran.

Pada masa itu, dah banyak syarikat yang mengeluarkan amplifier. Peavey terpaksa bersaing bagi menaikkan jenama tersebut. Jadi diorang menetapkan motto mereka iaitu “quality gear at a fair price”. Dengan kata lain barang kualiti tinggi pada harga yang rendah.

Hartley Peavey

Diversify The Business…

Permulaan dengan penghasilan amplifier gitar. Seterusnya pada tahun 1968, Peavey mula mempelbagaikan produk mereka. Terciptalah PA System yang pertama brand Peavey iaitu model PA-3. Memang laku keras PA System ni sebab harganya murah tapi sound cun.

Akibat daripada peningkatan jualan, permintaan terhadap amplifier gitar dan PA System semakin bertambah. Jadi Hartley terpaksa membuka sebuah kilang berdekatan dengan tapak kedai muzik sebelum ini. Ianya dinamakan sebagai Plant 1.

Lepas manufacturing dibuat dekat kilang, Peavey semakin dikenali ramai. Pada tahun 1972, production rate mereka mencecah 2000 unit amp, mixer dan PA System. Kejayaan ini membolehkan Peavey menjadi manufacturer kedua terbesar didalam industry.

Ini menambahkan keyakinan kepada Hartley yang membuat keputusan untuk mula mengeksport amp dan kelengkapan PA System ke luar USA. Seperti yang dijangka, produk diorang laku keras beb. Jadi sales terus meningkat.

Operasi Plant 1 tak lagi dapat menampung permintaan yang tinggi yang terhasil daripada export program. Pada tahun 1974, Plant 3 dibina bagi menjadikan kapasiti kilang lebih besar. Ianya dua kali ganda daripada volume operasi Plant 1.

Hartley Peavey

Industry First Education Program…

Pada suatu hari Hartley ada join satu event. Masa tu hujung minggu la. Beliau sangat terkesan dengan sound system yang teruk. Maklumlah, orang yang dah pro setting mesti rasa tak syok bila dengar PA System tak setting cun.

Jadi Hartley dengan bermurah hati cuba untuk menolong event organizer terbabit untuk set semula PA System. Alangkah terkejutnya beliau bila mendapati barangan tersebut adalah dari jenama Peavey. Macam mencemarkan reputasi brand dia pulak kan.

Nanti orang akan cakap yang brand Peavey ni tak bagus. Sedangkan setting je yang tak betul. Dan mungkin cara diorang pakai barang tu tak betul. Lantaran itu Harley tergerak untuk melakukan satu seminar dan training berkenaan PA System.

Dimana Hartley dan team beliau akan bagi training berkenaan setting dan setup barang-barang kepada dealer dan salesman mereka. At least diorang ada pengetahuan tentang barang apa yang mereka jual. Tak adalah sekadar menjual je kan.

Pelopor Kepada Modern Guitar Production

Peavey T-60

Kebanyakkan pengeluar gitar pada masa itu menggunakan kaedah manual. Maksudnya adalah menggunakan skilled labour untuk potong body guitar ikut bentuk. Jadi bila skilled labour, gaji pun mahal lah. Tapi production rate rendah.

Peavey Electronic Corporation telah merevolusikan industry dengan menjadi manufacturer pertama yang guna CNC machine dalam penghasilan gitar pada tahun 1975. Model gitar T-60 menjadi gitar Peavey pertama yang dikeluarkan guna teknologi baru itu.

Dengan penggunaan CNC, ianya dapat menambahkan volume production dengan keadaan kualiti yang terkawal. Operasi kilang meningkat dengan penghasilan model gitar T-60 dan gitar bass T-40. Ini menjadikan Peavey pengeluar gitar terbesar di USA pada tahun 1978.

Mereka terus mengorak langkah dengan mengeluarkan pelbagai model untuk gitar, bass, amplifier dan PA system demi memenuhi pemintaan pasaran. Pada tahun 1985, Peavey telah bina kilang baru di UK bagi menampung jumlah production untuk market export.

Kejayaan Demi Kejayaan Terus Dicipta

Peavey T-60

Dengan jumlah permintaan yang semakin meningkat. Ditambah pula dengan pengenalan pelbagai jenis teknologi baru yang menjadi benchmark kepada industry. Peavey Electronics Corporation telah mendapat pelbagai pengiktirafan daripada kerajan US.

Serius banyak gila award. Kalau admin nak listkan boleh jadi satu artikel lagi khusus untuk award sahaja. Tapi bagi yang tak percaya, boleh tengok dekat laman Peavey Award. Kompem korang terkejut punyalah.

Sampai Presiden USA pun pernah datang melawat kilang production dan mengiktiraf Peavey sebagai pengeluar instrument dan sound equipment yang hebat. Bukan senang beb nak ajak Presiden datang lawat. Nak jumpa presiden pun susah, apatah lagi dia sendiri yang datang melawat.

Maknanya bukan calang-calang lah tu kan. Kalau biasa-biasa je, tak ada lah sampai dia datang ke kilang ye tak. Bukan setakat daripada kerajaan US, malahan pelbagai award lagi yang lain daripada pelbagai pihak yang mengiktiraf mereka sebagai pioneer dalam bidang ini.

Kejayaan yang Hartley Peavey membawa Peavey Electronics Corporation menjadi terkenal diseluruh dunia dengan pelbagai inovasi dan peralatan yang bagus menjadikan Peavey sebagai antara jenama yang disegani ramai.

Produk range memang banyak sebab macam-macam yang diorang jual. Nanti admin akan story dekat Produk Peavey. So boleh usha dekat sana nanti. Boleh share sikit pengalaman korang atau sebarang komen pada ruangan komen dibawah

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *