Peluang Kerjaya Sebagai Ejen Jana Pendapatan 5 Angka

by | Nov 25, 2020 | Bisnes

Bila dengar perkataan ejen je mesti teringat movie mission imposible. Tapi yang admin maksudkan peluang kerjaya sebagai ejen dekat atas bukanlah macam dalam cerita tu. Ejen atau wakil kepada sesuatu syarikat mahupun agensi.

Ada banyak syarikat dan juga agensi yang membuka pengambilan sebagai ejen sah mereka. Cuma korang perlu tahu apa jobscope sebagai ejen. Sebabnya lain syarikat / agensi, akan menawarkan jobscope yang berbeza. Produk pun lain-lain.

So kena study dulu background sebelum mencuba. Kalau nak try “luck” pun takde masalah. Cuma nanti bila sangkut, mulalah rasa rugi masa dan nak cuba yang lain pula. Anyway admin ada story lebih detail dekat bawah. So teruskan membaca…

Top 6 Peluang Kerjaya Jadi Ejen Untuk Jana Pendapatan

Mungkin ada yang memperkecilkan peranan sebagai ejen. Nampak macam “low class” je jadi ejen ni kan. Dengan banyak appointment, kejap dekat sana, kejap dekat sini, nak layan kerenah client yang sedia ada lagi. Macam takde masa untuk diri sendiri je.

Tapi itulah harga yang perlu dibayar untuk jana income sebagai ejen. Bukan calang-calang tau income ejen ni. Boleh kata average komfem 5 angka. Ada yang dah senior boleh cecah 6 angka. Terpulang sama ada nak percaya atau tidak.

Ada pelbagai bidang yang memerlukan ejen untuk memasarkan produk mereka. Antaranya adalah seperti dibawah:

Ejen #1 – Hartanah

Ini adalah salah satu diantara ejen yang paling masyuk. Kalau korang boleh jual 5 bijik rumah sebulan pun dah super mantap. Komisen komfem 5 angka punya. Of course bergantung kepada harga property yang dijual serta peratus komisen yang agensi bagi.

Daripada apa yang admin dapat info, komisen untuk penjualan rumah adalah 3% daripada jumlah harga jualan. Kemudiannya komisen itu dibahagi antara ejen dan juga agensi. Itu depends pada agensi bagi berapa. Selalunya 70% akan dapat pada ejen.

Cara korang nak jadi ejen hartanah adalah bermula dengan menghadiri Negotiator Certification Course. Kemudian perlu join mana-mana real estate agency. Then korang dah boleh mula menjual rumah dekat orang ramai.

Simple je kan? Tapi hakikatnya ianya tak semudah yang disangka. Memanglah nak register tu tak susah. Yang susah adalah menjual rumah tu. Jadi korang kena berlajar dengan otai-otai hartanah untuk ketahui trick untuk dapat jualan.

Photo by David McBee from Pexels

Ejen #2 – Insurans / Takaful

Kalau rasa macam tak yakin nak jual rumah, boleh cuba untuk jadi ejen insurans atau takaful. Mungkin ada yang belum tahu, boleh baca dekat artikel insurans atau takaful untuk ketahui perbezaan antara kedua-dua item ini.

Ianya sama tapi tak serupa. Produk yang berlainan. Tapi cara nak jadi ejen tetap sama. Untuk membolehkan korang untuk layak bergelar ejen insurans atau ejen takaful, mesti lulus exam PCE (insurans) / TBE (Takaful) terlebih dahulu.

Bila dah lulus then boleh sertai mana-mana agensi yang korang minat. Untuk pengetahuan, insurans / takaful ada 2 kategori iaitu general dan life. Bagi general insurans / takaful, korang akan jual produk perlindungan untuk kereta dan rumah.

Manakala untuk life insurans / takaful pula, produknya adalah lebih tertumpu kepada personal health protection. Lain jenis produk, maka lain jugalah exam yang kena ambil. Nanti admin akan terangkan lebih jelas pada artikel ejen insurans.

Photo by Scott Graham on Unsplash

Ejen #3 – Unit Amanah

Bila dengar je unit amanah ni ramai yang goyang. Sebab ianya berkaitan dengan pelaburan. Tapi ini bukan ejen atau broker saham ye. Ini just wakil kepada syarikat pelaburan tertentu. Ada beberapa yang popular antaranya adalah Public Mutual, CWA dan Kenanga.

Cara nak jadi ejen unit amanah ini hampir sama dengan ejen insurans / takaful. Cuma exam yang kena ambil lain. Macam biasa korang boleh register untuk ambil exam. Lepas dah lulus then boleh join mana-mana agensi yang bersesuaian.

Selalunya unit amanah ini orang boleh laburkan guna duit KWSP akaun 1. Jadi tak melibatkan wang tunai. Lebih mudah berbanding nak mintak orang invest dekat company guna saving atau cash. Tapi kalau ada yang nak buat macam tu pun boleh.

Korang hanya uruskan sahaja. Tapi nak uruskan duit orang ni bukanlah suatu yang mudah. Kenalah ada ilmu tentang pasaran saham dan juga market dunia. Sebab nak tahu dana mana yang letak pelaburan client korang.

Ejen #4 – Penapis Air

Ini agak straight forward. Apa yang korang perlu buat adalah jual barang iaitu penapis air. Sekarang ini boleh dikatakan setiap rumah memerlukan penapis air. Ianya kerana kualiti bekalan air agak kurang memuaskan sebenarnya.

Lagi satu orang sekarang ini dah malas nak guna cerek masak air untuk minum. Lagi senang guna air yang ditapis. Ditambah pula ada feature temperature control membuatkan ianya lebih digemari. Nak air sejuk, panas dan suhu bilik. Semua pun boleh.

Sekarang ini brand yang tengah popular adalah Coway dan Cuckoo. Kedua-dua jenama ini saling bersaing walaupun berasal daripada negara yang sama iaitu Korea. Produk yang dihasilkan pun sama hebat. Bezanya pada ejen yang promote je.

Bila barang popular ni rasanya senang je kot korang nak jual. So boleh daftar jadi ejen melalui agensi yang dirasakan sesuai. Mungkin kena pergi training dan sebagainya sebelum korang boleh menjual produk tersebut.

Ejen #5 – Produk Kesihatan & Kecantikan

Ada bermacam-macam produk kesihatan dan kecantikan yang berada dipasaran sekarang ini. Ianya bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Memang banyak. Pelbagai jenama dan jenis. Korang pilih je apa yang korang nak guna.

Semua ada. Nak putih, nak tinggi, nak besar, nak panjang dan pelbagai lagi. Tapi persoalannya yang mana satu korang boleh jadi ejen? Okay biasanya setiap jenama produk mesti ada open untuk jadi ejen atau dealer. Cuma yang mana satu produk yang okay digunakan.

Antara jenama produk kesihatan yang paling ramai orang jadi ejen sekarang ini adalah Shaklee. Tapi macam biasa, sebelum start jual korang kena beli dulu produk Shaklee. Then lepas tu baru boleh dapat harga jualan. Lebih detail dekat sini.

Ejen #6 – Telco

Okay ini yang terakhir admin review. Memandangkan sekarang ini zaman serba canggih. Boleh kata hampir semua orang menggunakan smartphone. Kalau jumpa orang yang tak guna handphone tu kira sangat rare la.

Ditambah pula kini internet dah semakin laju. Akses terhadap internet semakin mudah. Coverage pun dah semakin meluas. Jadi telco juga berkembang seiring dengan peredaran teknologi. Jika dulu kita ada beberapa jenama besar telco sahaja.

Kalau nak pakai line, jenama tu sahaja lah yang ada. Sekarang ini dah macam-macam ada. Jadi ejen telco juga dah boleh jadi salah satu sumber pendapatan. Simple je sebab korang hanya perlu jual simkad. Setiap kali orang topup atau bayar bulanan, korang dapat komisen.

Terdapat bebrapa telco yang menawarkan system ejen seperti ini antaranya adalah Onexox, Redone dan Tonexcel. Nanti admin akan explain lebih detail tentang macam mana nak jadi ejen telco dalam artikel yang lain.

Summary Peluang Kerjaya Sebagai Ejen Untuk Jana Pendapatan

Sememangnya ada banyak peluang kerjaya ejen yang boleh dicuba untuk menjana pendapatan sama ada secara aktif mahupun pasif. Jadi ejen ini juga boleh buat secara fulltime atau part time. Bergantung pada korang nak yang macam mana.

Tapi macam biasalah. Janganlah harapkan income yang mantap kalau korang buat secara part time. Biasanya korang tak boleh nak fokus 100% pada kerjaya ejen sebab ada kerja hakiki yang dibuat pada waktu office hour.

Advice admin adalah korang boleh cuba dulu buat secara part time beberapa bulan. Dan kalau rasakan boleh “go on” dengan kerjaya sebagai ejen tu, then boleh proceed untuk buat full time. Tapi pastikan korang ada saving untuk survive bila dah berhenti kerja.

Untuk permulaan biasanya income taklah banyak mana. Tapi lama kelamaan income korang akan start bertambah. Jadi nak survive sehingga income stabil tu biasanya akan ambil masa. Agak-agak okay tak jadi ejen ni?

Apa pendapat korang? Sekiranya korang ada pendapat, cadangan dank omen, sila berbuat demikian pada ruangan yang disediakan dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *