Platform Bisnes Online Yang Mantap Dan Padu

by | May 9, 2021 | Bisnes

Zaman kini memang ramai yang dah mula buat bisnes online. Korang pulak macam mana? Pada yang baru nak start tu memang kena tau apa platform bisnes online yang boleh korang gunakan untuk mula menjual barang secara online.

Maklumlah sekarang ini kalau diikutkan, gaji yang diperolehi daripada satu sumber pendapatan sahaja kadang-kadang tak mencukupi. Kena pula bagi yang tinggal dikawasan yang mana “living cost” agak tinggi seperti di KL dan Selangor.

Jadi bagi mengatasi masalah tersebut, terpaksalah buat sesuatu “kerja tambahan” selain daripada kerja hakiki. Selalunya orang akan buat bisnes la kan. Ada lagi job lain yang korang boleh buat selain dari bisnes. Nak tahu boleh baca dekat artikel side income job.

Apakah Platform Bisnes Online Yang Selalu Digunakan?

Buat bisnes adalah salah satu cabang untuk kita menjana pendapatan tambahan. Dalam artikel cara buat bisnes online, ada admin huraikan serba sedikit basic tentang bisnes online. So kali ini kita lebih fokus kepada platform yang ada untuk jalankan bisnes atas talian.

Secara general, kita boleh kategorikan platform bisnes online ini kepada 2 jenis iaitu ecommerce website dan social media. Tak kisah mana satu pun korang pilih, mana-mana pun boleh untuk start buat bisnes online.

Of course ada banyak platform yang boleh korang gunakan. Cuma ada yang memerlukan bayaran, ada juga yang kena ada company dan sebagainya. Jadi admin listkan seberapa banyak option untuk korang pilih mengikut kesesuaian. Check it out…

Platform #1 – Shopee

Boleh dikatakan buat masa ini, Shopee adalah laman ecommerce tumpuan ramai. Dengan senarai pengguna yang begitu ramai, jadi ianya adalah satu lubuk bagi peniaga untuk jual barang. Korang tak perlu iklan kan web atau apps.

Sebab Shopee sendiri akan buat marketing untuk tarik pengguna “membeli belah” pada laman web atau apps mereka. Apa yang korang perlu buat adalah kena pastikan barang korang tersenarai dalam list carian. Barulah orang akan tengok dan beli.

Panjang kalau admin nak huraikan satu persatu macam mana caranya nak dapat sales dekat Shopee. Detail nanti admin explain dalam artikel shopee bisnes guide.

Platform #2 – Lazada

Ini merupakan pesaing utama kepada Shopee. Lazada adalah website dan apps ecommerce yang mempunyai ramai pembeli. Kalau diikutkan, Lazada ini wujud terlebih dahulu berbanding Shopee. Tapi sekarang ini dah sama level.

Alternatif kepada Shopee adalah Lazada. Tapi it’s good to use both of them. Sebab kedua-duanya pun lubuk untuk berbisnes. Cuma untuk register sebagai seller dekat Lazada, korang mesti ada company dan berdaftar dengan SSM.

Kalau taka da company, korang boleh register sebagai user sahaja. Tapi tak susah pun nak register company. Boleh check it out step by step dekat cara daftar syarikat SSM.

Platform #3 – Carousell

Ini mungkin kurang popular berbanding Shopee dan Lazada. Tapi boleh kata diantara yang ramai pengguna juga lah. Carousell ini lebih terkenal sebagai website ecommerce bagi penjual barangan preloved. Tapi ramai je yang jual barang baru.

Korang boleh register account tanpa sekatan. Cuma untuk menjual, deal jual beli perlu dibuat diluar platform ini. Selalunya seller kena letak phone number untuk buyer contact mereka. Step seterusnya sama ada nak COD atau Pos, bergantung kepada korang punya deal.

Carousell tak akan bertanggunggjawab keatas segala masalah sekiranya korang tertipu bila deal dengan scammer dan sebagainya. Jadi kalau korang yang menjual pun kena berhati-hati takut tertipu dengan pembeli yang scammer.

Platform #4 – Lelong

Mungkin generasi sekarang ini kurang tahu mengenai Lelong. Sebab ianya adalah satu platform ecommerce yang paling lama bertahan dekat Malaysia. Ianya wujud sejak admin sekolah menengah lagi. Terus bertahan sehingga kini.

Of course, Lelong telah berevolusi dengan pesat seiring dengan peredaran zaman untuk terus relevan mengikut market terkini. Cuma Lelong ini kalau korang nak register kena ada SSM dan juga perlu keluarkan modal untuk create account.

Platform #5 – Mudah

Ini kira saing-saing Lelong juga ni. Tapi Mudah lebih dikenali sebagai web jualan barang preloved. Mudah telah mempelopori konsep tu sebelum Carousell buat lagi. So kira Mudah ini “old timer” la kan. Nak register pun senang je.

Korang boleh create account personal seller tapi limited boleh jual satu barang sahaja. Pada yang nak jual banyak produk, perlu register account Pro Niaga. Kena ada SSM dan juga ada sedikit bayaran untuk setiap produk yang dipaparkan.

Platform #6 – Facebook

Okay cukup dengan ecommerce website. Kita beralih pula pada social media. Facebook merupakan diantara social media yang paling ramai pengguna. Jadi korang sebagai penjual, kena gunakan peluang ini untuk dapatkan sales.

Lagipun ianya free je untuk register. Ada pelbagai cara untuk korang dapatkan sales daripada Facebook. Depends kepada skala bisnes korang, boleh mula dengan yang percuma terlebih dahulu. Kemudian bila dah mula sales naik, then boleh berubah ke iklan berbayar.

Platform #7 – Instagram

Selain daripada Facebook, Instagram juga merupakan social media yang menjadi lubuk kepada peniaga. Namun begitu ianya tak semantap Facebook. Itu pada pendapat admin lah kan. Sebab tak semua barang yang boleh jual dekat Instagram.

Tapi walaubagaimanapun, masih tetap menjadi port untuk peniaga menjual barang. Seperti Facebook, Instagram juga free untuk register. Korang boleh terus menjual selepas create account. Nanti admin share sikit tips bisnes dekat Instagram.

Platform #8 – Personal Blog

Kepada yang ada personal blog, korang boleh gunakan blog yang sedia ada untuk mulakan online bisnes. Bezanya korang perlu buat post untuk produk yang korang jual. Then mula promote. Kalau blog korang memang ada traffic, letakkan link pada blog post yang ramai pengunjung.

Pada yang belum ada blog pun boleh buat. Terus setup satu blog khusus untuk menjual produk yang korang rasakan sesuai. Ada banyak platform blog percuma yang korang boleh gunakan. Detail boleh baca dekat artikel laman web percuma.

Platform #9 – eCommerce Web

Upgrade kepada personal blog adalah mempunyai ecommerce website sendiri. Kelebihannya adalah korang tak bergantung kepada laman web kepunyaan orang lain. Tapi on the other side, semuanya korang kena uruskan sendiri. Terutama sekali marketing.

Konsep yang sama macam Shopee dan Lazada, cuma domain, hosting dan web design korang bebas untuk buat ikut suka. Nak letak direct payment dari website terus ke account korang pun boleh. Boleh tiru dari Shopee atau Lazada apa yang korang suka.

Yang mana dirasakan tak best atau korang tak suka, boleh abaikan. Tapi pengurusan laman web semuanya korang kena buat sendiri. Pada yang nak tahu lebih detail boleh baca dalam artikel cara buat website ecommerce.

Yang Mana Satu Admin Recommend?

Okay yang ini susah sikit nak jawab sebab bergantung kepada bisnes apa yang korang nak buat secara online. Produk apa yang korang nak mula jual. Sebab ada sesetengah platform tak sesuai untuk produk tertentu. So admin cuba bagi beberapa cadangan basic.

Untuk yang pilih modul dropship, sangat sesuai untuk gunakan Shopee atau Lazada. Sebab lebih senang nak dapatkan sales dekat situ. Korang kena pastikan harga jualan yang ditetapkan berada dalam range market bagi memastikan peluang cerah untuk dapat sales.

Kalau terlalu tinggi harga, of course untung korang lebih. Tapi nak dapat sales sangat susah sebab banyak persaingan. Selain guna Shopee dan Lazada, korang juga boleh cuba promote dekat facebook marketplace. Sebab ianya percuma.

Kena ada account facebook je. Rasanya sekarang ni semua orang pun ada akaun facebook kan? So why not cuba cara yang mudah. Instagram pun boleh kalau korang dah ada account. Terus iklan je. Tak perlu buat akaun baru.

Pada yang nak jual produk khusus atau jenama sendiri, admin sarankan terus buat ecommerce website sendiri dan mula plan marketing. Ianya jauh lebih berkesan untuk jangka masa panjang berbanding gunakan Shopee, Lazada atau yang lain-lain.

Itu pada pendapat admin tentang platform bisnes online. Korang pula macam mana. Mungkin ada yang berpengalaman buat bisnes online boleh share sikit dengan pembaca. Sila tinggalkan komen pada ruangan yang telah disediakan dekat bawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.