Polisi Takaful Lapsed – Perlindungan Semua Jadi Zero

by | Nov 10, 2020 | Bisnes

Memiliki polisi takaful adalah suatu yang bagus. Namun begitu ada je pun tak berguna juga kalau polisi takaful lapsed. Ianya akan jadi beban pula pada diri sendiri dan juga waris kita nanti. Daripada boleh claim, terus perlindungan jadi zero.

Banyak orang diluar sana lebih concern mengenai apakah pelan takaful yang terbaik, mantap, protection bagus dan macam-macam lagi. Tapi konsep takaful yang paling penting seolah-olah diabaikan. Ambil polisi takaful ni ibarat macam membeli barang.

Contohnya kalau kita pergi ke pasaraya. Bila tengok banyak barang, mulalah rambang mata nak pilih. Beli itu, beli ini. Tapi hakikatnya mungkin ada barang yang dibeli tu kita tak perlukan pun. Lepas tu bila balik baru tersedar yang dah terlebih membeli.

Nasi dah jadi bubur masa tu. Nak jual balik memang tak boleh. Selalunya barang tu terbiar je la camtu. Jadi tukun, buat semak dekat dalam rumah. Lama-kelamaan terus buang. Begitu jugalah dengan polisi takaful.

Pertama sekali korang harus ada perlindungan takaful. Yang kedua make sure polisi takaful yang korang ada tu adalah berstatus aktif dan bukan dalam status lapsed. Pada yang tak paham lapsed tu apa, saya explain dekat bawah ni…

Apa Itu Lapsed?

Dari segi maksud perkataan, lapsed adalah bererti luput didalam Bahasa Melayu. Macam roti ada tarikh luput. Kalau kita makan yang dah expired, memang sakit perut lah jawabnya. Kalau polisi takaful pula lapsed maksudnya sudah tak melindungi korang lagi.

Sebagai contoh korang ambil medical card. Tapi status dah lapsed. Tiba-tiba ada emergency korang kena masuk wad di hospital. Nak guna medical card masa tu guarantee letter (GL) akan reject. Sebabnya polisi korang tu dah lapsed.

Begitu juga dengan sum insured bagi perlindungan hayat. Contohnya dalam pelan yang korang subscribe tu, nilai pampasan untuk kematian adalah RM 100,000. Tapi polisi korang dah lapsed. Waris hantar tuntutan tapi kena reject oleh syarikat takaful.

Polisi takaful lapsed ni senang cerita apa sahaja manfaat dalam tu semua korang dah tak boleh guna. Ibarat macam tinggal sebuah buku je lah polisi tu. Sepatutnya ada protection, tapi terus jadi tak berguna sebab lapsed.

Kenapa Polisi Jadi Lapsed?

Persoalannya sekarang adalah kenapa boleh jadi lapsed. Apakah perkara yang menyebabkan polisi tersebut jadi tak berfungsi? Jawapannya senang sahaja. Ini semua disebabkan oleh syarikat tidak menerima bayaran sumbangan bulanan atau tahunan.

Saya cuba nak bagi contoh lain tapi tak ada yang paling senang nak gambarkan situasi ini. Senang cerita polisi takaful ini macam loan kereta. Kalau tak bayar dalam 3 bulan, akan keluar notis penarikan kereta korang.

Halnya samalah juga dengan perlindungan takaful. Kalau tak bayar dalam suatu jangka masa yang ditetapkan, polisi secara automatic akan lapsed. Tak kisahlah korang bagi alasan apa sekalipun. Cukup bulan protection stop.

Biasanya kebanyakkan jadi lapsed ni sebab ada financial problem secara tiba-tiba. Terdesak nak pakai duit. Bila kira balik duit dah short pakai ke emergency tadi. Jadi terpaksalah memilih untuk tak membayar takaful.

Keadaan tu kadang-kadang memang boleh terjadi. Selalunya terpakai duit bila anak nak masuk sekolah, persiapan raya, kenderaan rosak dan sebagainya. Bila jadi bertimpa-timpa pulak. Adus pening kepala dibuatnya.

Tapi ada juga yang bagi alasan terlupa nak bayar. Untuk yang ini sepatutnya tak berlaku. Sebab selalunya ejen takaful akan hantar reminder. Akan tetapi, nak buat macam mana. Kadang-kadang dah ingatkan pun boleh terlupa lagi.

Cara Elak Dari Jadi Macam Tu…

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Cuma kita kena usaha dan berfikir untuk menanganinya. Kalau short duit tu memang payah sebenarnya. Saya juga pernah menghadapi masalah kewangan sehingga menjadi tertekan. Nasib baik tak gila je.

Paling penting sekali nak elak polisi takaful lapsed ini kena jaga payment. Tapi ada juga yang sengaja tak nak bayar. Cuba korang fikir balik, masa mula-mula nak ambil takaful dulu atas sebab apa? Kenapa dulu terasa takaful itu penting?

Bila dah separuh jalan dah hilang kepentingan ke? Ianya masih sama. Tetap penting bagi korang. Tambahan pula bagi yang dah berkeluarga. Mulakan dengan prioritize keperluan. Cuba urus duit yang ada dulu. Kalau betul-betul tak boleh then baru kita try another option.

Apa yang kita boleh lakukan adalah mungkin kena usaha untuk cari side income untuk tambahkan pendapatan. Tak banyak pun takpe asalkan ada menambah sikit pun jadilah. Tapi saya rasa kalau boleh urus kewangan dengan baik, tak jadi masalah kot.

Pada yang bagi alasan terlupa nak bayar tu boleh gunakan pelbagai option pembayaran automatic. Korang boleh gunakan debit card, kredit card dan juga schedule payment yang setting dekat perbankan online. Jadi tak ada lah terlupa lagi kan…

Kalau Polisi Lapsed, Apa Yang Perlu Dilakukan?

Jika sempat elak dari polisi lapsed, segerakan buat pembayaran. Tapi kalau dah terlepas tarikhnya, dah tak boleh nak buat apa dah. So nak tak nak kenalah berhubung dengan ejen takaful korang. Bincang apa yang patut dibuat.

Ada 2 option yang boleh korang lakukan untuk aktifkan semula perlindungan takaful. Tapi bergantung kepada jenis polisi yang diambil. Pertama korang boleh buat bayaran yang tertunggak plus bulan terkini untuk cover semua payment yang sangkut.

Contohnya korang dah tak bayar selama 2 bulan. Jadi korang kena bayar untuk 2 bulan yang tertinggal tu ditambah dengan bulan yang sekarang ni. Kira advance payment la. Tapi kena ingat, ada sesetengah polisi yang dah lapsed, ada jangka masa untuk aktif semula.

Biasanya paling cepat seminggu selepas pembayaran dibuat, barulah status jadi aktif. Itu saya bagi contoh 2 bulan tak bayar. Macam mana pula kalau tak bayar dalam jangka masa yang lama? Takkanlah nak kena bayar balik semua yang tertunggak?

Tak semua polisi boleh disambung semula seperti yang saya bagi contoh dekat atas. Ada yang sebulan tak bayar terus lapsed dan tak boleh sambung lagi. So kalau terjadi macam tu apa yang nak kena buat? Jawapannya kenalah apply semula.

Terpaksalah lalui proses permohonan takaful. Kalau yang dah ada history sakit, mungkin terpaksa buat medical checkup. Dan yang paling penting kalau dah sakit, permohonan baru belum tentu lulus tau. Berkemungkinan tak boleh buat semula yang baru.

Final Thought

Itulah risiko jika polisi korang lapsed. So jangan kata abam tak payung. Dah cerita awal-awal. Seelok-eloknya kalau dah ada polisi tu, make sure pastikan status sentiasa aktif. Kena pastikan juga payment korang cantik.

Pemilihan protection yang bersesuaian dengan bajet adalah sangat penting. Kalau tengok brochure memang best. Pelbagai manfaat ditawarkan. Tapi kena ingat, lagi banyak manfaat so lagi banyak lah kena bayar.

Sebelum ambil kenalah ukur baju dibadan sendiri dulu. Kena tengok juga mampu atau tak nak bayar. Tapi selalunya ejen takaful akan buat fact finding dulu sebelum suggest pelan yang sesuai. Korang kena bagi info yang betul supaya diorang tak salah bagi advice.

Nanti dikemudian hari bila jadi kes polisi lapsed ni, ejen lah yang dipersalahkan. Kalau korang yang datang jumpa takpelah. Masih boleh explain. Macam mana pula kalau waris yang datang nak buat tuntutan sum insured?

Sedangkan pada ketika itu, polisi korang sememangnya lapsed lama dah. Jenuh lah ejen takaful tu nak explain. So please make sure your contribution payment is up to date. Bagi mengelakkan perkara macam ni terjadi.

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *