POLISI

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi mengunjungi blog buckree.com. Sekiranya anda melayari laman ini, anda perlu baca kesemua maklumat dibawah dengan teliti. Anda perlu memahami dan bersetuju untuk terikat dengan polisi & terma laman ini.

PRIVACY POLICY

Di dalam blog ini terdapat borang online yang disediakan untuk anda memasukkan detail mengenai diri anda. Contohnya Nama, Email dan No Telefon.

Data tersebut akan saya gunakan untuk tujuan memudahkan komunikasi dua hala. Sekiranya anda masih ragu-ragu untuk memberikan maklumat peribadi anda kepada saya, anda boleh baca privacy policy dibawah bagi mendapatkan kepastian.

A. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) telah berkuatkuasa pada 15 November 2013. Akta ini mengetengahkan perihal memproses data peribadi dalam transaksi komersial.

Untuk tujuan Polisi Privasi ini, terma “memproses” “Data Peribadi” dan “Data Peribadi Sensitif” adalah seperti maksud yang tertakluk di dalam Akta.

Anda boleh layari laman rasmi Perlindungan Data Peribadi. (http://www.pdp.gov.my/index.php/my/) atau klik sini untuk download pdf copy terbaru Akta Perlindungan Data Peribadi.

B. Bagaimanakah Akta ini Melibatkan Anda?

Saya akan berusaha untuk melindungi privasi Data Peribadi anda yang merangkumi Data Peribadi Sentitif (kolektif, “Data Peribadi”). Polisi Privasi ini mengutarakan bagaimana saya mengumpul, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda selaras dengan undang-undang dan peraturan yang digunakan untuk perlindungan data.

Anda tidak diwajibkan untuk memberi Data Peribadi yang diminta, namun jika anda tidak memberikannya, saya tidak boleh memproses permintaan anda sama ada untuk tujuan pertanyaan atau order daripada anda.

C. Pengumpulan Data Peribadi

Saya mengumpul data peribadi melalui laman ini. Tertakluk kepada borang online yang anda isi bagi tujuan diatas. Selain dari itu, saya perolehi data peribadi daripada sumber lain iaitu social media (Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain) bagi memudahkan komunikasi berlaku.

D. Penggunaan Data Peribadi

Sekiranya anda mengisi dan ‘submit’ borang online yang terdapat pada laman ini, maka anda telah bersetuju supaya saya menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan yang tertentu. Tertakluk kepada jenis borang online yang diisi.

Saya juga akan menggunakan data peribadi anda bagi tujuan lain yang dianggap perlu atau sesuai. Sebagai contoh, update terbaru pada blog, produk baru yang dilancarkan serta promosi terbaru yang dijalankan.

E. Pendedahan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga

Saya tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda dengan sengaja kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan tanpa mendapatkan izin anda terlebih dulu, melainkan anda melanggar syarat yang tertakluk dalam terms & condition, disclaimer serta privacy policy ini.

F. Hak Penyimpanan

Saya berhak untuk mempelbagaikan atau meminda Polisi Privasi ini pada bila-bila masa dan atas budi bicara semata-mata dan sepenuhnya bagi memastikan Polisi Privasi ini konsisten dengan perkembangan semasa, trend industri dan/atau sebarang perubahan dalam keperluan perundangan atau peraturan.

Apabila anda mengakses halaman ini, maklumat teknikal tanpa nama mungkin dikumpulkan mengenai aktiviti anda pada halaman itu (contohnya, alamat IP anda, waktu dan tarikh anda mengakses laman tersebut, maklumat berkaitan dengan pelayar dan sistem pengendalian, laman-laman dilawati, dll).

Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Saya tidak mempunyai kawalan terhadap kandungan laman web pihak ketiga berkenaan atau cara laman web berkenaan mengendalikan Data Peribadi anda.

Anda wajar menyemak semula polisi privasi yang digunakan untuk laman web pihak ketiga berkenaan bagi memahami cara pihak ketiga terbabit mungkin menggunakan Data Peribadi anda.

Saya akan menyimpan Data Peribadi anda selama mana dirasakan perlu untuk mencapai tujuan ia dikumpulkan dan mematuhi keperluan perundangan.

Jika saya tidak lagi memerlukan Data Peribadi anda untuk apa-apa tujuan, saya akan mengambil langkah sewajarnya untuk memadamkan atau melupuskan Data Peribadi anda secara selamat.

TERMS & CONDITION

Maklumat yang dipaparkan pada laman ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri, rakan-rakan dan juga beberapa sumber rujukan lain. Contoh rujukan lain adalah Buku, Majalah, Laman Blog Antarabangsa & Tempatan.

Semua maklumat ini juga tertakluk kepada perubahan & penambahbaikan dari semasa ke semasa. Seiring dengan perubahan zaman yang semakin laju, saya akan sedaya upaya untuk sentiasa ‘update’ untuk memberikan maklumat yang terkini pada anda.

A. Notis Hakcipta

Saya dan team saya adalah yang bertanggungjawab menerbitkan kandungan dalam laman ini. Seperti yang dinyatakan di atas, kandungan dalam laman ini adalah berdasarkan pengalaman dan sumber-sumber tertentu.

Anda BOLEH memuat turun atau mencetak bahagian-bahagian individu laman ini untuk kegunaan peribadi dan untuk maklumat sahaja, dengan syarat bahawa anda mengekalkan hak milik semua hak cipta dan lain-lain notis.

Anda TIDAK BOLEH menghasilkan semula (secara keseluruhan atau sebahagian), mengubah suai, menyusun, membongkar atau menyiarkan atau menggunakan mana-mana bahagian maklumat yang terkandung di dalam laman ini untuk apa-apa tujuan komersial, tanpa perlu menghubungi saya dan mendapatkan persetujuan bertulis.

DISCLAIMER

A. Content

Sebagai langkah berjaga-jaga, saya akan memastikan bahawa maklumat yang dipaparkan dalam laman ini adalah terkini, tepat dan lengkap pada tarikh penerbitan.

Namun begitu, saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda mengalami sebarang kerugian yang timbul secara langsung atau tidak langsung dari penggunaan atau apa-apa tindakan yang diambil dengan bergantung pada maklumat yang ada pada laman ini.

Saya juga akan berusaha bagi memastikan keselamatan para pengguna laman ini. Namun tiada jaminan diberikan bahawa laman ini adalah bebas dari sebarang kesilapan, kecacatan, malware atau lain-lain program yang berniat jahat atau makro.

B. Pautan (Link)

Didalam laman ini akan terdapat pautan (link) yang menghalakan anda kepada laman tertentu. Kesemua link yang tersebut adalah bagi menunjukkan sumber maklumat yang saya perolehi serta untuk anda mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan sesuatu.

Saya tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan dalam apa jua cara untuk kandungan dan maklumat di laman lain tersebut, termasuk produk, perkhidmatan atau barangan lain yang ditawarkan melalui pautan yang ada pada laman ini.

Saya juga tidak akan bertanggungjawab atas keselamatan anda ketika melayari laman lain (cth: malware & spam) melalui pautan yang disediakan pada laman ini.