Program Affiliate Di Malaysia Yang Sesuai & Boleh Jana Income

by | Jan 9, 2022 | Bisnes

Seperti yang admin nyatakan dalam artikel cara buat bisnes online, salah satu daripada caranya adalah dengan buat bisnes affiliate. Untuk mulakan bisnes ini, korang kena join program affiliate di Malaysia terlebih dahulu. Sebab kalau tak join memang sampai sudah tak dapat income.

Setiap program affiliate ada produk atau niche tertentu. Ada juga yang agak broad range. So korang boleh pilih mana-mana yang dirasakan sesuai dan mudah untuk start bisnes affiliate. Ianya bergantung cara korang nak promote juga. Ada dalam artikel cara promosi bisnes affiliate.

Top 6 Program Affiliate Di Malaysia Yang Korang Boleh Cuba

Kalau nak diikutkan ada banyak lagi program affiliate yang ada dekat Malaysia ni. Memang tak logic lah ada 6 je program yang boleh korang join. Tapi tak dapat admin nak senaraikan semua sebab terlalu banyak dan tak semua admin tahu detail.

Jadi admin hanya review yang common dan dah ramai orang berjaya buat. Bukan bermaksud program affiliate yang lain tak boleh buat duit ye. Mana-mana program affiliate pun boleh jana income asalkan dibuat dengan cara yang betul. Yang paling penting program tu legit dan bayar komisen korang.

Ada juga yang promote affiliate last sekali tak dapat payment sebab program tu “flop”. Korang juga yang rugi. Tapi yang admin senaraikan ini memang komfem owner tak lari punya. Dah terbukti memang ada komisen kalau buat sales. Jom kita tengok program affiliate di Malaysia yang korang boleh join.

Affiliate #1 – Shopee

Admin yakin korang mesti tahu Shopee tu apa. Boleh kata semua orang gunakan Shopee sekarang ini untuk membeli barang secara online. Tapi tahu tak yang sebenarnya korang boleh buat duit dekat shopee. Selain menjual barang, korang juga boleh join program affiliate di shopee.

Seperti yang korang ketahui, shopee ada jumlah produk yang sangat banyak. Pelbagai kategori produk yang dijual. Jadi secara tak langsung ianya memudahkan korang untuk buat affiliate. Pilih produk yang berkaitan dengan niche korang, then boleh letakkan link affiliate ke produk tersebut.

Untuk dapat link, korang mesti join program dekat affiliate shopee terlebih dahulu. Register guna account shopee yang sedia ada dan kemudiannya tekan daftar. Proses approval akan mengambil beberapa hari. Lepas approve barulah boleh mula promote link.

Affiliate #2 – Lazada

Competitor kepada Shopee pun ada affiliate program beb. Lazada merupakan salah satu daripada eCommerce website yang paling berpengaruh di Malaysia. Konsep mall online ini memang menarik minat ramai penjual letak barang dekat sana.

Bila banyak barang, so ramai jugalah pembeli. Lazada juga ada wujudkan program affiliate. Sebenarnya dah lama wujud tapi sebelum ini ianya dikendalikan oleh satu website lain. Tapi sekarang Lazada dah buat satu platform affiliate sendiri. Untuk maklumat lanjut boleh ke Lazada Affiliate Program.

Affiliate #3 – Hotel

Jika gemar bercuti atau travel, mungkin mengunjungi website booking hotel adalah suatu rutin kehidupan korang betul tak? Memang terdapat banyak website seperti itu contohnya Booking, Agoda, Trivago dan Traveloka. Komfem korang biasa gunakan servis mereka kan?

Tapi korang tahu tak yang setiap daripada website ini mempunyai program affiliate tersendiri. Dimana korang boleh promote link booking hotel selepas join program affiliate mereka. Boleh try tengok dekat laman web untuk maklumat lanjut.

Disebabkan ada banyak sangat website, takkan korang nak join semua. Better pilih satu yang korang rasakan paling sesuai. Admin cadangkan supaya join program affiliate hotel combined. Sebab ianya adalah kombinasi kepada semua website booking hotel yang ternama.

Affiliate #4 – Tim Infokerjaya

Mungkin kurang popular program affiliate tentang kerjaya ni. Tapi percayalah, ini adalah diantara salah satu program affiliate yang korang boleh jana income dengan banyak. Sebab komisen yang korang dapat setiap jualan adalah 50% daripada harga produk.

Susah nak jumpa affiliate program yang bagi komisen produk ebook sebanyak itu. Bagi yang berminat boleh join di Tim Infokerjaya. Admin nasihatkan pada yang nak join program ini supaya buat dengan cara blogging. Sebab ramai yang berjaya adalah dikalangan blogger.

Affiliate #5 – Klikjer

Satu lagi program affiliate yang produk utamanya adalah ebook. Program affiliate ini dah lama bertapak dalam industry affiliate ini. Cuma mungkin kurang diketahui orang ramai. Tapi memang ramai yang join program affiliate Klikjer ini. Ada banyak ebook yang mantap dijual dekat sana.

Affiliate #6 – Hosting

Rasanya ramai yang tahu hosting tu apa. Kalau nak buat website sendiri mesti ada hosting. Ada banyak hosting dalam dan luar negara. Most of them akan ada program affiliate. Korang boleh join mana-mana yang dirasakan sesuai. Kalau boleh promote yang korang gunakan.

Testimoni lebih kuat. Tapi nak promote yang lain pun boleh. Tak ada halangan. Yang penting perlu join terlebih dahulu program affiliate dan dapatkan affiliate link. Lepas tu boleh start promote. Contoh satu daripada program affiliate hosting adalah GB Network.

Nak Pilih Program Affiliate Di Malaysia Yang Mana Satu?

Soalan yang sukar untuk dijawab sebab ianya depends pada cara korang nak buat. Contohnya kalau buat guna blog, kena tengok juga niche pada blog korang tu. Sesuai dengan program affiliate yang mana satu. Kalau yang “fresh” dan belum buat apa-apa, then bebas pilih mana-mana je.

Bagi yang baru nak bermula, admin nasihatkan agar mula dengan blog. Bina satu blog yang fokus pada satu niche. Niche itu pula mestilah berkaitan dengan program affiliate yang korang join tu. Sebagai contoh korang nak join program affiliate Tim Infokerjaya.

First of all korang kena buat blog dan publish artikel yang berkaitan dengan kerjaya. Kena brainstorm terlebih dahulu idea-idea untuk artikel. Selain itu kena juga study keyword yang sesuai untuk artikel tersebut. Sebab nak kena consider juga SEO ranking.

Perlu juga buat review competitor korang dalam niche tersebut. Kena try usha blog-blog yang berkaitan dengan kerjaya. Kemungkinan besar blog tersebut juga join program affiliate yang sama dengan korang. So boleh cuba analyze blog content mereka dan implement pada blog korang.

Rasanya setakat ini sahaja yang dapat admin kongsikan berkenaan program affiliate di Malaysia. Diharap ianya dapat membantu korang menjana income melalui bisnes affiliate. Admin mendoakan agar korang terus berjaya dalam apa jua bisnes yang korang buat nanti.

Sekiranya terdapat sebarang komen, cadangan dan pendapat, boleh berbuat demikian pada ruangan yang telah disediakan dekat bawah ini. Thank you in advance…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.