Roland Corporation – Pengeluar Peralatan Muzik Dari Japan

by | Jan 3, 2021 | Music

Masa awal admin main muzik, tak kenal pun Roland Corporation. Walaupun masa tu sebenarnya dah guna pun barang yang diorang keluarkan. Tapi cuma nama yang digunakan lain. Ianya adalah sesuatu yang normal bagi syarikat besar ada beberapa nama brand.

Walaupun syarikat yang sama, kilang yang sama tapi guna nama jenama yang berbeza. Hmm macam ayat iklan Trivago pulak. Selalunya diorang nak fokuskan jenama pada sesuatu range produk tertentu sahaja. So itulah strategi dan sebab kenapa diorang buat macam tu.

Roland ini lebih dikenali sebagai pengeluar instrument muzik digital. Contohnya keyboards, synthesizers, digital piano, digital drum dan amplifier gitar. Mereka juga ada keluarkan effect gitar tapi menggunakan nama jenama Boss.

Kalau korang seorang kibodis, mungkin Roland bukanlah suatu nama yang asing. Tapi kalau pemain gitar mungkin kurang tahu. Sebab kalau pakai effect namanya Boss. Kecuali kalau korang guna amplifier gitar Roland. So mungkin boleh tau dari situ lah kan.

Berasal Daripada Negara Matahari Terbit…

Mula-mula dengar Roland Corporation terus terbayang mat saleh yang jadi pengasas kepada syarikat dan jenama ini. Tapi bila baca Roland History, semuanya meleset. Jauh sangat. Pengasas Roland adalah berasal daripada negara Japan.

Pada tahun 1972, Ikutaro Kakehashi mengasaskan Roland di Osaka, Japan. Sebelum Roland Corporation, beliau telah ada sebuah syarikat lain semenjak tahun 1960 iaitu Ace Electronics Industries Inc.

Boleh dikatakan Ace Electronics adalah Roland Corporation. Satu, pengasas yang sama. Keduanya produk mereka adalah sama. Nampak macam continuity antara Ace Electronics. Kemudiannya sambung ke Roland.

Namun tiada apa-apa cerita sahih yang menunjukkan perkaitan antara kedua-dua syarikat ini. So tak boleh lah nak 100% cakap Ace adalah Roland. Mungkin ada sesuatu perkara yang berlaku semasa Ikutaro Kakehashi dekat Ace menyebabkan beliau keluar dan wujudkan Roland.

Tapi itu anggapan admin sahaja. Perkara yang sebenar tiada siapa yang tahu. Kalau para pembaca ada informasi yang lebih jelas, mohon share dengan admin…

Miniaturization, Affordability & Simplicity

Pada masa Roland ini ditubuhkan, memang dah terdapat banyak persaingan dalam penghasilan produk yang macam diorang buat ini. Antaranya adalah Moog dan ARP. Dimana mereka menyasarkan penjualan produk mereka kepada pemuzik professional.

Tapi tidak untuk Roland. Ikutaro Kakehashi mempunyai visi yang jelas bertentangan dengan pesaingnya. Beliau cuba untuk hasilkan produk yang lebih mesra amatur. Maksudnya sesuai untuk semua golongan yang meminati muzik.

Ikutaro Kakehashi ini tak pernah belajar muzik secara formal. Tapi beliau meminati muzik. Visi beliau nak hasilkan peralatan muzik yang mudah untuk dimainkan pemuzik terutamanya mereka yang beginner. Disamping itu dengan harga yang mampu milik.

Betul juga kan. Kalau kita asyik buat sesuatu untuk orang yang professional, mereka memang mahir dalam muzik. Jadi tiada masalah nak memainkan peralatan muzik walaupun ianya kompleks. Mereka juga memang berkemampuan. Kalau barang mahal pun diorang mampu beli.

So apa pula nasib orang yang marhaen ni? Jadi sebab tu produk Roland dicipta bagi memudahkan semua lapisan pemuzik. Disebabkan inilah, produk Roland diterima ramai dan laris terhangat dipasaran masa tu.

Kenapa Pilih Untuk Guna Nama Roland?

Seperti yang admin terangkan dekat atas tadi, Roland adalah company dari Japan. Tapi kenapa guna nama Mat Saleh. Bukan seperti syarikat dari Jepun yang lain guna nama pengasas mereka sebagai nama syarikat. Contohnya Honda, Yamaha dan banyak lagi.

Selain mempunyai visi dalam penghasilan Produk, Ikutaro Kakehashi juga mengambil berat masa depan secara jangka masa panjang untuk syarikat yang beliau tubuhkan. Penggunaan nama Roland adalah untuk tujuan market export.

Senang nak disebut dan ingat adalah salah satu kriteria yang beliau tetapkan untuk pilih nama brand pada masa tu. Yang uniknya, beliau jumpa nama tersebut dengan mencari dalam direktori buku telefon. Kalau dekat Malaysia ni macam Yellow Pages.

Hmm mungkin budak zaman sekarang tak tau macam mana rupa buku telefon dan kegunaannya. Boleh rujuk gambar dekat atas ini sebagai panduan. So dalam buku ini ada senarai Nama dan nombor telefon bagi seluruh negara pada masa tu lah.

Roland telah dipilih sebab beliau rasakan nama tu simple dan mudah diingat. Tambahan pula pada masa tu tiada jenama lain yang bermula dari huruf R. So sebab tu logo Roland pun simple je, guna huruf R. Bila senang ingat, barulah lagi ramai yang tahu pasal jenamanya.

Bermula Dengan 7 Orang Pekerja…

Tak semua syarikat yang berdiri teguh kini adalah terus jadi macam tu seawal penubuhan mereka. Mesti ada sejarah dan liku-liku yang terpaksa ditempuh sebelum berjaya. Begitu juga dengan Roland Corporation. Diorang start dengan 7 orang pekerja sahaja.

So termasuk Ikutaro Kakehashi, total jadi 8 orang je. Itu pun 7 orang pekerja tu direkrut daripada syarikat lama beliau iaitu Ace Electronics Industries. Tapi dengan pengalaman dan semangat yang ada, diorang terus build up produk yang pertama mereka.

Rhythm 77 merupakan drum machine pertama yang dilancarkan oleh Roland. Diikuti dengan TR-33 dan TR-55 yang turut dilancarkan pada tahun yang sama. Ianya menjadi sumber inspirasi bagi mereka terus melancarkan produk-produk lain selepas itu.

Pada tahun 1974, amplifier gitar pertama dari Roland telah dilancarkan. Ianya dikeluarkan dalam 2 varian. JC 60 dan JC 120 atau nama panjangnya adalah Jazz Chorus. Specialnya amplifier tu adalah built in efek stereo chorus.

Ianya adalah yang pertama seumpama itu dalam pasaran amplifier gitar. Dan disebabkan itulah, Jazz Chorus masih kekal relevan sehingga kini. Boleh cakap sebagai killer produk pada Roland. Walaupun Roland tak keluarkan banyak amplifier gitar.

Tapi model ni memang famous dan memang antara yang terbaik yang ada dipasaran. Admin pernah pakai sekali masa show. Sound clean yang dasyat. Kuat gila volume amp ni. Memang design untuk performance atas stage.

Terus Menguasai Market Electronic Music

Setelah terhasilnya Jazz Chorus, Roland terus berkembang dengan penghasilan pelbagai jenis produk. Mereka lebih kepada instrument untuk electronic music seperti drum machine dan synthesizer.

Even sampai sekarang mereka masih lagi mengekalkan konsep mereka semenjak awal penubuhan. Masih keluarkan produk fokus kepada electronic music. Fact, sebuah majalah muzik di UK menggelarkan Roland sebagai:

“Arguably did more to shape electronic music than any other company in history”

Produk selain itu ada juga dihasilkan tapi guna brand lain dan juga beberapa subsidiaries lain. Antaranya efek gitar, digital audio recorder dan peralatan audio dan video professional. Semua tinggail di bawah satu bumbung Roland Corporation.

Admin akan share lebih detail pada produk diorang dekat Produk Roland. Kalau free boleh baca dekat sana. Mohon tinggalkan sebarang komen, pendapat dan info pada ruangan komen dibawah. Terima kasih…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *