Sebab Claim Takaful Reject Yang Perlu Diketahui

by | Dec 19, 2020 | Bisnes

Isu ni agak panas untuk admin kongsikan. Maklumlah memang ramai yang mengamuk bila bayar takaful bulan-bulan tapi bila nak claim tak boleh. So terpaksalah admin ceritakan sikit sebab claim takaful reject.

Memang kalau GL declined ataupun claim reject rasa bercampur baur. Marah dan kecewa tu dah tentu. Dan kena ingat bukan korang je yang rasa macam tu. Ejen takaful korang pun turut sama merasakan tekanannya.

Siapa yang tak marah kalau benda yang sepatutnya melindungi kita tapi akhirnya membuatkan kita terbeban. Tapi korang kena faham yang syarikat takaful tak akan suka-suka reject claim ye. Mesti ada sebab kenapa jadi macam tu.

So rilek jangan panic. List dekat bawah ni adalah diantara sebab claim takaful reject. Boleh go through dulu kesemua list ini. Kalau ada yang berlaku selain dari list ini, sila contact ejen takaful untuk pencerahan lebih lanjut.

Reason #1: Polisi Lapsed

Ini adalah sebab yang paling banyak terjadi. Bila korang tak jaga contribution punya payment, inilah yang akan terjadi. Bergantung kepada jenis polisi, kebanyakkannya akan lapsed sekiranya syarikat takaful tidak menerima bayaran.

Sebagai contoh, nak guna medical card untuk masuk wad dan polisi korang dah lapsed sebab tak bayar. Secara automatic GL korang tak approve. Selalunya macam tu lah. Bila dah decline barulah nak bising dekat ejen sebab apa tak boleh guna.

Padahal korang yang tak bayar. Ejen dah remind pun masih buat tak tau. Whatsapp pun blue tick je. Mungkin ada yang siap block lagi. Kalau call lagi la tak jawab kan. Dah macam along pula nak tuntut hutang.

Ini bukan cerita rekaan ye. Memang sering terjadi macam ini. Bila dah tak boleh pakai, kena keluar duit poket sendiri bayar bil hospital. Lepas tu marah dekat ejen. Kalau dah lapsed tu, ejen takaful biasanya memang tak dapat nak tolong ejas dah.

Melainkan dia bermurah hati tolong bayarkan pakai duit poket sendiri la J. Kalau korang dapat ejen macam tu memang bertuah la sangat. Tapi kena ingat, ejen takaful bukan jaga satu client je. Ramai lagi. Kalau semua dia nak bayarkan, miskin terus jadinya.

Reason #2: No Coverage

Yang ni korang kena refer semula polisi. Mohon baca dan fahamkan betul-betul sebelum nak buat apa-apa. Nak marah ke, apa ke kena baca dekat dalam polisi dulu. Kalau betul ada dalam polisi tapi tak boleh claim then korang wajib mengamuk.

Akan tetapi kalau memang ada state dekat mana-mana dalam polisi yang benda tu “tak cover” ataupun coverage tersebut memang langsung tidak disebut dalam polisi, maknanya memang tak boleh claim. Korang buat lah complaint sekalipun, tetap tak boleh.

Sebagai contoh korang ambil polisi life protection. Nak dijadikan cerita, korang accident motor contohnya. Kena hantar ke hospital untuk dapatkan rawatan. Kena buat X-Ray, simen dan sebagainya. Lepas tu keluar bil hospital caj semua tu.

Untuk pengetahuan korang, life protection tak bererti akan cover untuk accident ye. Melainkan korang ada tambah rider untuk accident. Then baru boleh claim caj hospital untuk rawatan seperti diatas. Kalau korang ada medical card pun boleh claim.

Tapi kalau tak ada dalam pelan takaful korang, memang tak dapat nak tolong. Tak boleh nak claim sebab tiada dalam polisi. Jadi pastikan apa protection yang korang ambik. Kalau tak clear, mohon tanya pada ejen untuk explain detail.

Reason #3: Over Limit

Ini hanya akan terjadi untuk medical card. Sebab itu je protection yang ada limit claim. Kalau untuk pampasan biasanya sekali claim je terus dapat semua. Then lepas tu tak boleh nak claim lagi dah. Ini berbeza dengan medical card.

Untuk isu ini pun sama. Korang kena tengok balik polisi. Semak semula berapa limit yang korang boleh gunakan. Limit tu untuk tahunan kena tahu untuk seumur hidup. Kebanyakkan medical card ada limit untuk kedua-dua ni.

Yang korang kena perhatikan betul-betul adalah limit tahunan. Sebab biasanya limit seumur hidup ni memang besar jumlahnya. Sebagai contoh medical card korang cover RM 150,000 setahun. Manakala untuk seumur hidup RM 1.5 juta.

Andai kata korang terpaksa buat operation yang kosnya RM 200,000. Medical card hanya boleh guna sampai maksimum limit RM 150,000 sahaja. So balance RM 50,000 tu terpaksa bayar sendiri. Walaupun limit seumur hidup masih ada balance banyak lagi.

Semua information ini ada tertulis dekat dalam polisi korang. Kalau tak sure, boleh tanya pada ejen. Mereka boleh explain lebih lanjut.

Reason #4: Fraud Declaration

Satu lagi yang sering memeningkan kepala ejen takaful. Bila nak claim tak boleh sebab dah ada existing history penyakit atau disability. Tak boleh claim sebab tak declare masa apply takaful. Selalunya alasan tak declare sebab takut tak lepas application.

Ada gak yang tak nak buat medical check up semula. Mungkin juga sebab history tu dah lama dan dianggap tak wujud lagi dah. Selalunya kes macam ini agak rumit. Bila tak declare dan tiba masa nak claim, masa tu lah salahkan sana sini.

In the end, korang juga yang tersepit sebab takde protection. Masa tu nak marah-marah pun dah tak berguna lagi. Nak salahkan ejen pun tak boleh juga. Sebab korang sendiri yang tak cakap. Ejen bukan doctor boleh scan korang sakit apa.

Bagi yang ada history sakit atau disability, admin nasihatkan korang declare je masa nak apply. Sebab bukan ejen yang tentukan permohonan korang lulus atau tidak. Pihak underwriter dari syarikat takaful punya tanggungjawab.

Tapi tak salah kalau kita mencuba. Mungkin boleh lepas dengan condition. Boleh baca detail dekat status permohonan takaful. Dekat situ admin ada explain lebih detail.

Reason #5: Waiting Period

Kewujudan waiting period bagi setiap polisi adalah mengelakkan daripada kisah dalam reason #4 diatas. Dah sakit tapi tak nak declare. Lepas application lulus je terus nak guna manfaat takaful. Terutamanya medical card.

Semua jenis perlindungan ada waiting period tersendiri. Dari life protection, critical illness dan medical card. Selalunya medical card paling lama waiting period iaitu selepas 120 hari barulah boleh guna untuk rawatan dan sebagainya.

Pada yang belum tahu, waiting period tu adalah suatu waktu menunggu bagi perlindungan tertentu aktif. Sekiranya korang nak pakai juga sebelum tamat waiting period, memang tuntutan akan reject. Kecuali untuk kes kemalangan.

Untuk kemalangan, waiting period hanyalah 24 jam bagi kebanyakkan syarikat takaful. Lepas waktu tu sekiranya terlibat dalam kemalangan, boleh terus guna manfaat yang ada dalam perlindungan takaful korang. Medical card pun boleh pakai untuk accident.

Admin ada kongsikan lebih detail mengenai waiting period. Boleh baca dekat sana bagi yang nak tahu maklumat lebih terperinci.

Dah Tahu Sebab Claim Takaful Reject Kan?

Okay sekarang korang dah tahu sebab claim takaful reject. Hopefully korang dapat info yang berguna selepas korang baca artikel ini. Yang paling penting sekali rasanya adalah point yang pertama dan keempat. Ini sepatutnya dielakkan.

Mohon jangan terjadi kes tak boleh claim sebab ini. Sebab ini adalah within korang punya control. Jaga payment bulanan atau tahunan. Pastikan declare dengan jujur tahap kesihatan korang semasa submit application takaful.

Semoga para pembaca terhindar daripada sebarang penyakit dan sihat selalu. Walaupun ada takaful, admin yakin takde orang yang nak sakit. Jika terdapat sebarang pendapat dan komen, sila berbuat demikian pada ruangan dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *