Software Buat Animasi Percuma Yang Korang Kena Try

by | Dec 23, 2020 | Creative

Kalau sebelum ini admin highlight berkenaan software edit video percuma dekat korang. Tapi pada kali ini sedikit berbeza iaitu Software Buat Animasi Percuma yang boleh cuba untuk digunakan bagi projek bisnes dan marketing korang.

Maklumlah sekarang ini dah ramai yang mula buat bisnes online. Ditambah pula dengan keadaan semasa Covid-19 yang melanda menyebabkan ramai yang terjejas. So memang perlu untuk buat sesuatu untuk terus survive.

Senarai Software Buat Animasi Percuma Yang Terbaek

Antara teknik yang sangat menarik untuk marketing adalah menggunakan video. Ada sesetengah orang berkeupayaan untuk rekod video sambil bercerita dan mempromosikan produk. Tapi tak semua orang yang boleh buat macam tu.

Alasan mungkin malu berhadapan dengan kamera atau gugup untuk present pasal produk sendiri. Jadi alternative yang terbaik adalah dengan menggunakan animasi. Animasi yang admin maksudkan bukanlah extreme macam anime atau movie.

Itu dah “different level”. Just cukup dengan simple animation video yang boleh explain tentang produk dengan lebih berkesan dengan menggabungkan visual serta audio. So jom kita tengok software buat animasi percuma yang boleh bantu korang.

Software #1 – Blender

Salah satu software open source yang paling ramai komuniti penggunanya. Diantara sebab Blender menjadi kegemaran ramai adalah ianya suatu software yang multifunction. Korang boleh buat simple animation sehinggalah complex 3D animation.

Lepas tu nak guna untuk edit video pun boleh. So satu software tapi complete solution bagi video creation. Lagipun ianya free sahaja. Cuma untuk beginner mungkin rasa agak complex nak guna walaupun untuk tujuan simple animation.

Sebab software Blender ini memang design untuk detail setting. Tapi korang jangan risau. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Disebabkan komuniti user yang ramai, so tutorial untuk guna Blender ini berlambak di Youtube. Komfem boleh buat punyalah.

Software #2 – K-3D

Satu lagi software open source yang boleh digunakan untuk tujuan animasi. Tapi software K-3D ini lebih kepada 3D animation. Untuk 2D boleh juga buat tapi kebanyakkan orang yang guna software ini untuk 3D sebab feature yang menarik.

Start dengan modelling dan kemudian boleh gunakan untuk animation. Dari segi layout ianya lebih kurang software Blender. Tapi ianya agak kurang popular dan kurang orang guna. Tutorial dekat youtube pun agak limited. Susah sikit nak cari.

Software #3 – Pencil2D

Tengok nama software pun dah boleh agak ini untuk 2D. Pencil2D ini sesuai untuk korang buat simple animation untuk 2D. Sama ada gunakan gambar ataupun lukis sendiri. Bagi user yang advance, korang boleh gunakan drawing pad.

Lupa nak mention, Pencil2D ini juga merupakan software open source. Jadi korang tak perlu risau nak kena beli dan sebagainya. Software is totally free dan selalu update. Komuniti pengguna juga agak ramai.

Pada yang baru nak mula cuba guna software Pencil2D ini tak perlu risau. Korang boleh search je dekat youtube untuk tutorial berkenaan Pencil2D. Akan muncul banyak video yang berkaitan. Boleh tengok dan belajar slow-slow.

Software #4 – Synfig

Sorilah banyak pulak software open source. Synfig juga salah satu daripadanya. Tapi admin memang suka yang open source sebab free. Software Synfig ini sekali imbas ianya lebih kurang macam Adobe Animate. Simple layout dan senang nak guna.

Ianya lebih untuk animasi 2D. Daripada simple animation sehinggalah yang complex. Nak belajar guna software synfig ini pun tak lah susah sangat. Tutorial dekat youtube pun boleh tahan banyak. So tak perlu risau kalau “stuck”, try cari solution dekat youtube.

Software #5 – Animation Paper

Bagi yang gemar melukis mungkin Animation Paper adalah yang sesuai dengan korang. Ianya sesuai untuk buat animation 2D yang berasaskan lukisan. Sebelum ini software ini namanya lain iaitu Plastic Animation Paper (PAP).

Yang version lama PAP ni free je. Masih available untuk download dan guna. Cuma version yang baru ini ada “alpha version” dan Paid version. Untuk gunakan alpha version adalah percuma tapi korang kena register untuk dapat link download.

Software #6 – Microsoft PowerPoint

Okay yang ini rasanya semua pun tahu. Tapi agak pelik bila berada dalam senarai software buat animasi percuma. Firstly Microsoft Office kena beli. Yang keduanya PowerPoint ni kan biasanya orang gunakan untuk presentation.

Memang Microsoft office ni kena bayar tapi most of the laptop atau PC mesti ada betul tak? Orang memang kena install sebab perlu gunakan office untuk kegunaan harian. Secara tak langsung PowerPoint pun ada sekali bundle dalam Microsoft Office.

Seperti yang ramai ketahui, PowerPoint berkeupayaan untuk buat simple animation. Even untuk slide presentation pun kita boleh add animation. Kalau takat basic 2D animation, pakai powerpoint pun cun dah. Kalau tak percaya boleh usha dekat youtube tutorial.

Software Buat Animasi Percuma Yang Terbaik

Setakat ini admin listkan yang free dan banyak feedback yang okay hasilnya. Memang ada banyak lagi yang boleh dapat secara percuma tapi mungkin kurang popular dan tak ramai orang pakai. Bila tak ramai orang pakai secara tak langsung nampak macam tak ok lah software nya.

Honestly admin ada selalu guna Blender je kalau melibatkan animation. Sebabnya ada advantage boleh buat 2D sekali dengan 3D dalam satu software sahaja. Tak perlu nak install banyak software. Proses belajar pun senang kalau satu software.

Selain daripada itu kalau admin nak buat simple explaination video, admin paling suka guna PowerPoint. Mesti ramai yang underestimated kemampuan software ini hanya sebab kegunaannya lebih terarah kepada urusan kerja.

Kalau takat flat 2D animation rasanya hasil daripada PowerPoint agak mantap. Lagipun korang nak guna pun senang. Rasa semua orang tahu gunakan PowerPoint. Cuma nak tahu advance setting untuk setup animation yang nice.

Itu apa yang selalu admin gunakan. Korang pula macam mana? Mungkin ada software lain yang percuma korang gunakan tapi tak tersenarai dalam ni. Mohon share experience dan pandangan korang pada ruangan yang disediakan dekat bawah ini…

Sumber : Learn G2

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *