Software Buat Engineering Design Yang Nice & Awesome

by | Jun 8, 2021 | Creative

Sebelum ni admin banyak cerita tentang software yang berkaitan dengan design tapi bukan engineering design. So kali ini kita go through software buat engineering design. Kebanyakkan software ini digunakan didalam industry terutamanya yang melibatkan engineering.

Software engineering design ini tak sama dengan software design biasa kerana engineering selalunya banyak melibatkan exact dimension serta kena buat analysis pada design. Jadi software design biasa memang tak sesuai untuk tujuan tersebut.

Lagipun ianya lebih kepada 3D design modelling. Kalau 2D pula lebih kepada lukisan layout atau pelan. Which is required precise dimension. Sebab itulah engineering. Tak boleh simply “sketch”. Kena ada ukuran yang betul dan tepat.

Top 5 Software Buat Engineering Design Yang Selalu Di Gunakan

List software yang admin senaraikan dibawah adalah diantara yang ramai orang guna dan boleh kata diterima oleh majority dalam industry engineering. Of course ada banyak lagi software yang boleh digunakan untuk engineering design yang tiada dalam ini.

Tapi kita fokus pada yang popular sahaja. So admin senaraikan top 5 sahaja. Mungkin kalau ada kelapangan nanti admin akan share pula software yang lain pada artikel yang berlainan. Okay jom kita lihat apakah software buat engineering design yang admin maksudkan dibawah ini…

Software #1 – AutoCAD

Jika sebut pasal software engineering design, confirm orang akan tanya pasal AutoCAD. Kalau seorang engineer tapi langsung tak pernah dengar AutoCAD rasanya memang sangat rare. At least kalau tak expert pun, mesti pernah guna masa buat assignment dekat universiti.

Untuk pengetahuan korang, AutoCAD adalah satu software dibawah group developer Autodesk. AutoCAD telah wujud sejak tahun 1982. Ianya sangat popular sebab multifunction dan boleh digunapakai oleh pelbagai disiplin engineering.

Ini termasuk mechanical, electrical dan civil. Semua pun boleh. Setiap cabang engineering tersebut ada versi AutoCAD khusus. Tapi pada yang nak gunakan yang general pun ada. Basiccally dari segi function ianya sama. Cuma AutoCAD khusus tersebut lebih membantu dalam bidang tertentu.

Contohnya AutoCAD Electrical lebih mudah digunakan untuk buat electrical wiring diagram. Kebanyakkan symbol electrical ada disediakan. Korang cuma perlu pilih je. Begitu juga dengan Mechanical dan Civil.

Software AutoCAD sebenarnya lebih sinonim dengan drawing 2D seperti layout, diagram ataupun pelan. Tapi itu tak bermaksud korang tak boleh buat design 3D. Boleh buat tapi ianya agak sukar berbanding software yang lain. Nak tahu software 3D apa yang bagus? Teruskan membaca dekat bawah ini.

Software #2 – CATIA

Jika AutoCAD tadi lebih kepada 2D, CATIA pula adalah sebaliknya. First kita kena tahu apakah maksud disebalik perkataan CATIA tu dulu. CATIA bererti Computer Aided Three-dimensional Interactive Application. Dekat nama pun dah mention 3D.

So memang fokus CATIA lebih untuk design 3D. Pada asalnya software ini digunakan khusus untuk rekabentuk kapal terbang. Ianya telah dibangunkan pada tahun 1982 di France oleh syarikat yang bernama Dassault Systèmes.

Even sampai sekarang ianya masih kekal sebagai salah satu daripada software design 3D yang paling canggih dan advanced serta digunakan oleh banyak syarikat gergasi seluruh dunia. CATIA digunakan dengan meluas dalam bidang aeronautic dan automotive.

Selain daripada design 3D, software ini juga berkemampuan untuk buat simulation untuk motion. Jadi on the spot korang boleh detect design yang dibuat ada masalah tak. Terutamanya jika ianya melibatkan pelbagai combination part.

Software #3 – Solidworks

Ini lagi satu software engineering design yang melibatkan 3D. Solidworks juga kira saingan hebat bagi AutoCAD dan CATIA. Tapi ianya lebih marhaen jika nak dibandingkan dengan CATIA. Lebih open dan lebih mudah digunakan berbanding CATIA.

In term of application, ianya tak banyak beza dengan dengan software buat engineering design 3D yang lain. Cuma tambahan yang menjadi plus point untuk Solidworks adalah ianya berkeupayaan untuk buat simulation dan Computer Aided Engineering (CAE) analysis.

Kini Solidworks bernaung dibawah syarikat yang sama dengan CATIA iaitu Dessault System. Tapi kalau dilihat pada sejarah development, Solidworks sebenarnya telah dibangunkan oleh Jon Hirschtick, graduan daripada Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Versi pertama yang release adalah pada tahun 1995. Disebabkan moto mereka yang ingin menghasilkan suatu 3D CAD software yang mudah digunakan, mampu milik dan boleh digunakan pada Windows desktop, ini menarik minat ramai orang mencuba dan gunakan Solidworks.

Disebabkan mendapat sambutan ramai, jadi Dassault System melihat potensi pada Solidworks. Jadi syarikat tersebut membeli Solidworks dan menjadikan Jon Hirschtick salah seorang daripada Board of Director. Untuk maklumat lanjut boleh usha dekat laman web Solidworks.

Software #4 – Inventor

Ini adalah satu lagi software yang telah dikeluarkan oleh Autodesk. Bernaung dibawah developer yang sama tapi fungsi yang nyata berbeza daripada AutoCAD. Inventor lebih kepada 3D design, Simulation dan analysis. Kira ianya lebih kurang dengan Solidworks.

Ianya telah mula dikeluarkan sejak tahun 1999. Tapi ianya agak kurang popular jika dibandingkan 3 software yang admin senaraikan dekat atas ini. In term of feature ianya boleh dikatakan setanding dengan Solidworks.

Cuma software Inventor ini lebih mudah digunakan untuk mechanical design. Daripada solid, sheet metal, assembly, tube dan pipe design sehinggalah simulation. Memang software ini cover agak wide range. Untuk lebih detail boleh tengok feature Inventor dekat website Autodesk.

Software #5 – Rhinoceros 3D

Last but not least, software yang terakhir ini kedengaran macam Badak maksudnya. Sebab logo untuk software ini adalah Rhino. Tapi admin tak pasti apa kaitan badak dengan software 3D design. Mungkin ianya boleh design apa sahaja kot. Admin agak-agak je.

Okay software ini telah dibangunkan pada tahun 1980 oleh Robert McNeel & Associates. Sama seperti CATIA, ianya lebih fokus kepada 3D design untuk industry. Dimana software Rhino3D ini banyak digunakan pada watercraft dan automotive industry.

Bezanya software Rhino3D ini berbanding yang lain dalam senarai ini adalah ianya adalah berasaskan NURBS mathematical model, dimana lebih fokus kepada penghasilan sesuatu bentuk berdasarkan pengiraan matematik menjadi suatu curves dan freeform surfaces dalam grafik.

Secara jujurnya, admin tak pernah guna software Rhino3D ini. Cuma pernah dengar nama je sebab ada member yang gunakan untuk kerja. Tapi apa pun ianya adalah satu software yang mantap. Setanding dengan yang lain-lain. Tak percaya boleh tengok feature lain dekat website Rhino3D.

Yang Mana Satu Software Yang Paling Best?

Pendapat peribadi admin, takde satu software yang boleh dikategorikan sebagai yang paling best sebab semua pun susah nak belajar sebenarnya. Terutama sekali CATIA. Memang agak complex. Tapi hasil design adalah terbaik.

Untuk software yang lain-lain dalam senarai pun sama je. Admin selalu guna AutoCAD sebab dalam kerja banyak bermain dengan layout dan diagram. So memang AutoCAD lah yang paling sesuai. Kalau perlu guna 3D barulah guna CATIA.

Sangat penting untuk kita ketahui sesuatu software itu dimana strong point nya supaya kita boleh selesaikan kerja lebih cepat. Contohnya kalau perlu buat layout, kita secara automatic akan guna AutoCAD sebab ianya lebih mudah.

Manakala kalau nak buat design part yang memerlukan 3D, then kita boleh pilih sama ada CATIA, Solidworks, Inventor atau Rhino3D. Cuma nak guna yang mana satu, bergantung kepada situasi tempat kerja korang. Seeloknya gunakan yang ramai pakai.

Sebab nanti bila nak exchange file lebih mudah. Itu pendapat admin. Korang pula macam mana? Sekiranya terdapat sebarang pendapat, cadangan mahupun komen, sila berbuat demikian pada ruangan yang telah disediakan dekat bawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *