Software DAW Percuma Tapi Mantap Yang Patut Tahu

by | Nov 13, 2020 | Music

Zaman sekarang ini nak produce music dah menjadi semakin mudah. Dengan peralatan yang simple pun okay dah. Software DAW percuma pun dah banyak dibangunkan. Ini membuatkan process untuk rakaman audio setel sekelip mata.

Dulu kalau kita nak rekod lagu, nak kena masuk dalam proper studio. Jika nak rekod sendiri, terpaksa beli mixer,mic dan lain-lain lagi untuk setup recording. Itu belum tengok lagi nak setting setiap equipment tu.

Kalau tak setting betul-betul, tak jadi juga. Software DAW pula nak kena beli. Barulah boleh buat recording. Panjang ceritanya. Tapi sekarang even pakai smartphone pun dah boleh buat recording. Dihujung jari je.

Top 5 Software DAW Percuma Yang Awesome

Mungkin ada yang tak tahu DAW tu apa benda. DAW tu acronym untuk Digital Audio Workstation. Fungsi software ini adalah untuk rekod audio dalam PC / laptop. Lepas tu boleh buat process mixing dan mastering untuk jadikan audio file.

Terdapat pelbagai jenis DAW dipasaran. Daripada yang basic function sehinggalah untuk yang digunakan oleh professional. Tapi kali ini kita fokus pada yang percuma sahaja. Siapa yang tak suka bila ada barang free kan?

Cuma bila free ni orang selalu cakap ianya tak berkualiti. So nanti kita lihat dekat bawah senarai software DAW percuma yang korang kena check it out sebab ianya awesome. Let’s go guys…

Software #1 – Audacity

Kita mulakan senarai ini dengan software yang paling simple dan senang nak guna. Even korang yang tak ada pengalaman guna software DAW sebelum ini pun boleh terus pakai. Audacity merupakan software dari sumber opensource.

Sebab itu ianya percuma. Kalau kita lihat gambar layout software Audacity ini memang sangat simple. Button pun tak terlalu banyak. So process nak belajar guna DAW ini memang cepat. Yang penting korang perlu set input dulu.

Lepas tu memang boleh terus buat recording dengan tekan button merah tu. Audacity ada FX plugins untuk korang enhance audio yang korang record. Contohnya reverb, chorus, delay dan banyak lagi. Ianya sangat membantu bila nak buat mixing dan mastering.

Cuma kekurangan yang paling ketara pada Audacity adalah buat masa ini ianya tak support VST Plugin. Korang hanya boleh gunakan Plugin yang ada dalam tu sahaja. Tak boleh add-on yang lain. Tu je yang kurang. Tapi masih mantap kan?

Software #2 – Waveform

Ianya terbahagi kepada 2 iaitu Waveform free dan juga Waveform Pro. Yang version Pro tu berbayar. Jadi pada kali ini kita fokus pada Waveform Free sahaja. Walaupun free tapi features yang ditawarkan agak mantap juga.

Yang paling admin suka adalah boleh add-on 3rd party VST Plugin. Basic plugin memang ada built-in. Tapi mungkin tak kena dengan selera. So korang boleh tambah plugin yang diperlukan. Barulah senang sikit nak buat kerja.

Untuk permulaan korang boleh je gunakan yang free. Nanti bila dah “hustler” dan banyak projek masyuk then boleh convert ke plan yang berbayar. Tapi kalau korang rasa pakai yang free pun dah cukup, kenapa nak kena bazirkan duit pula kan?

Software #3 – Pro Tools

Jangan keliru ye. Pro Tools ini ada yang berbayar. Untuk yang percuma adalah Pro Tools First. Jadi masa nak download dan install kena select yang “First”. Laman web nak download sama je cuma kena select yang mana satu.

Function yang ditawarkan dalam Pro Tools First agak terhad. Tapi masih memadai kalau korang just nak guna untuk buat home recording. Contohnya korang hanya boleh record 16 tracks sahaja untuk satu projek. Input hanya boleh set 4 sahaja.

Itu antara beberapa function yang ada “caped” berbanding yang berbayar. Tapi 16 track tu pun sebenarnya dah banyak tu. Setakat nak buat lagu, rasanya 7 ke 8 track pun dah cukup banyak. Tak tau la kalau korang perlukan lebih dari 16 track.

Then korang kena pertimbangkan untuk guna software lain ataupun subscribe Pro Tools yang berbayar. Satu kelemahan pada Pro Tools adalah ianya hanya support plugin yang disediakan sahaja. Tak boleh nak add-on dari sumber yang lain.

Software #4 – Cakewalk by Bandlab

Mungkin ada yang pernah dengar Cakewalk sebelum ini. Sememangnya software Cakewalk ni dah lama berada dipasaran. Dulu dipanggil Cakewalk Sonar. Pada asalnya dulu ianya adalah software DAW berbayar. Antara yang paling top dulu.

Ramai professional yang pakai untuk buat recording. Tapi akibat daripada pelbagai software DAW lain yang muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan, Cakewalk Sonar agak tenggelam. Kemudian ianya dijenamakan semula sebagai Cakewalk by Bandlab.

Bila Bandlab takeover software Cakewalk, then terus jadi DAW yang percuma. Tapi korang jangan salah anggap. Bila free je komfem software tak best. Cakewalk by Bandlab adalah setaraf dengan DAW untuk produce professional audio.

Features memang up to date. Support semua jenis VST plugins. So tak ada masalah kalau nak masukkan add-on VST untuk kegunaan projek korang. Cuma satu je kelemahan yang admin rasa ramai pun perasan bila tengok screenshot dekat atas.

Layout memang nampak professional. Tapi untuk beginner memang “total lost” lepas install software. Admin pun mula-mula pening nak pakai. Ambil masa juga nak biasakan diri dengan layout Cakewalk by Bandlab ini.

Tapi jangan risau sebabnya software DAW ni ramai orang pakai. Jadi tutorial macam mana nak guna pun berlambak dekat youtube. Korang search je “how to use cakewalk by bandlab” komfem jumpa tutorial. Tinggal nak study je lagi.

Software #5 – Bandlab

Last but not least, Bandlab adalah software DAW percuma yang terakhir admin kongsikan kali ini. Basically, Bandlab ini bukan software. Apa yang admin boleh kategorikan sebagai “online DAW”. Nak guna kena go online.

Login ID account korang, lepas tu boleh terus buat recording. Memang lagi canggih la kan. Even pakai smartphone pun boleh buat recording. Yang penting input korang kena setting. Mungkin kena guna interface untuk connect ke smartphone.

Dekat Bandlab pun ada section ala-ala vst plugins. Korang boleh create loops untuk jadikan music. Contohnya drum beat, bass track, synthesizer dan lain-lain lagi. Boleh explore macam-macam ada dalam tu. Cuma limitation boleh buat 2 jenis loops sahaja untuk satu instrument.

Satu lagi kelemahan Bandlab adalah online connection. Kalau korang nak gunakan Bandlab pastikan internet cun. Kalau tak, memang akan lag dan komfem stress bila buat recording. Risiko untuk ada “latency” pun tinggi. Tapi tak salah untuk try. Mana tahu kot-kot serasi.

Bandlab ni juga macam social media untuk musician. Korang boleh upload lagu yang dibuat untuk orang lain dengar. Kalau nak JV dengan musician lain pun boleh. Banyak lagi yang korang boleh buat. So better check it out now dekat Bandlab.

Software DAW Percuma Pilihan Admin

Kalau tanya pendapat admin, of course akan jawab guna Cakewalk by Bandlab. Sebab sebelum ini admin pernah pakai Adobe Audition. Dari segi features Cakewalk hampir sama dengan Adobe Audition. Tapi bezanya Adobe Audition perlu bayar lesen tahunan.

Cuma satu je la Cakewalk ni kalau nak install, korang kena register account Bandlab. Kiranya bundle sekaligus Cakewalk dan Bandlab. Terpaksa register kalau tak, mana boleh download software nya. Pada admin, ok je register. It’s not a big deal.

Pada yang baru nak berjinak-jinak dengan home studio recording, boleh try Audacity. Sebab memang simple je nak guna. Tak perlu tengok tutorial pun boleh guna. Cuma kalau nak edit audio mungkin kena refer dekat youtube.

Itu pada pandangan admin lah kan. Korang pulak rasa macam mana? Mungkin boleh share software DAW yang korang tengah guna sekarang. Mohon tinggalkan komen atau cadangan pada ruangan dibawah…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *