Software Edit Gambar Percuma Yang Patut Korang Cuba

by | Nov 16, 2020 | Creative

Jika sebelum ini admin ada share pasal sotware edit video percuma. So kali ini admin nak fokus pada software edit gambar percuma pula. Sebab edit gambar pun satu skill yang korang kena tahu juga. Sekarang ini memang sangat penting.

Apabila sebut pasal photo editing ini selalunya orang akan terbayang Photoshop sebagai reference. Tak dapat dinafikan, Adobe Photoshop adalah antara software edit gambar yang paling popular dan ramai pengguna diseluruh dunia.

Akan tetapi, untuk gunakan software tersebut korang terpaksa mengeluarkan duit untuk bayar licence secara tahunan. Ianya tak menjadi masalah kalau korang memang photo editor professional yang memang buat duit dengan edit gambar.

Tapi kalau yang cuma guna untuk edit gambar sendiri ataupun untuk kegunaan marketing bisnes sendiri, mungkin agak membebankan nak keluarkan duit sebanyak itu. Tiap-tiap tahun pulak tu. Kalau beli software sekali boleh terus pakai sampai bila-bila takpe lah juga.

Software Edit Gambar Percuma – Alternatif Kepada Photoshop

Sebagai contoh, admin pun guna software juga untuk edit gambar. Editing diperlukan untuk gambar dalam website, youtube channel dan lain-lain social media. Tapi admin bukan fulltime buat semua ini. Jadi kalau nak pakai photoshop, memang pokai la jawabnya.

Memang ada crack untuk photoshop. Boleh download je terus pakai. Akan tetapi ianya tak legal bila pakai software “pirate” ini. Buat apa pakai software cetak rompak sedangkan ada alternative lain yang percuma? So jom kita lihat software yang admin maksudkan…

Software #1 – GIMP

Alternatif yang paling ramai guna setakat ini. GIMP adalah singkatan kepada GNU Image Manipulation Program. Ianya adalah software percuma dalam katergori opensource. Kebanyakkan features yang ada dalam photoshop, ada dalam GIMP.

Cuma tak semua lah kan. Terutamanya function yang advance. Tapi apa yang menarik adalah korang boleh add-on features menggunakan plugins. Jika ada yang function yang korang nak gunakan tapi taka da by default, boleh cari plugin dan install.

Lepas tu boleh guna function tersebut dalam GIMP. Banyak plugin yang ada dekat online. Tinggal korang kena cari yang mana paling sesuai. Dari segi layout, GIMP mungkin agak berbeza sikit dengan Photoshop. Dimana button function totally lain.

Tapi semua tu tak menjadi masalah sekiranya korang tak pernah guna Photoshop sebelum ini. Just refer user manual. Kalau malas nak baca panjang sangat, korang boleh search tutorial dekat youtube. Berlambak ada tutorial GIMP sebab komuniti pengguna agak ramai.

Software #2 – Medibang Paint

Secara jujurnya admin tak pernah guna Medibang Paint ini untuk edit gambar. Just try untuk tengok features yang ada sahaja. Medibang Paint ini ada 2 version iaitu Free version dan juga Pro version. Dimana Pro Version tu adalah berbayar.

Apa yang menarik tentang Medibang Paint ini adalah ianya boleh digunakan across platform. Maksudnya korang boleh pakai dekat windows, Mac, iOS dan juga Android. So dekat smartphone dan ipad/iphone juga boleh pakai.

Dari segi layout boleh kata ianya lebih kurang menyerupai Photoshop. Jadi bagi pengguna photoshop mungkin tak ada masalah jika nak beralih ke Medibang Paint ini. Komuniti pengguna pun agak ramai. So banyak tutorial berada dekat youtube.

Software #3 – Krita

Ini adalah salah satu lagi software dalam kategori opensource. Mungkin ada yang tak tahu apa itu software opensource. Boleh refer dekat artikel ini. Krita ni antara yang admin paling suka sebab bila install je memang terus rasa macam pakai Photoshop.

Layout configuration, susunan button dan juga features memang kebanyakkannya sama. Siap boleh buat animation lagi. Jadi memang terbaek lah kalau nak pakai Krita ni untuk projek korang. Its among the best dan yang paling penting it’s free.

Pengguna Krita ni memang ramai diseluruh dunia. So kalau korang nak cari tutorial memang tak susah. Taip je “Krita Tutorial” dekat google ataupun youtube, komfem korang akan jumpa. Pilih je yang mana satu topic atau benda yang korang nak tahu pasal Krita.

Software #4 – Inkscape

Another opensource software in the list. Tapi ianya sedikit berlainan dengan apa yang admin senaraikan diatas. Inkscape adalah salah satu software vector image. Dengan kata lain ianya lebih banyak digunakan untuk design. Bukan khusus untuk image editor.

Kalau nak bandingkan, Inkscape lebih diperkatakan sebagai alternative kepada Adobe Illustrator. Tapi masih boleh guna untuk image editor bagi function yang simple. Lagipun free kan. Pada yang tak suka banyak software dalam PC/Laptop boleh guna Inkscape.

Edit gambar pun boleh, disamping itu kalau nak buat design artwork pun boleh. Kira 2 in 1 la kan. Depends pada kegunaan korang perlukan. Tutorial pun belambak. Boleh cari dan belajar dari situ je. Komfem korang boleh guna terus.

Software #5 – Raw Therapee

Okay admin janji. Ini last software opensource. Sebab ini yang terakhir dalam list ni. Raw Therapee adalah software untuk edit gambar. Purely editing sahaja. Kalau nak tambah text atau advance editing memang tak boleh.

Kiranya ianya lebih kepada Adobe Lightroom punya function. Tapi kalau korang nak enhance raw image daripada camera DSLR, memang Raw Therapee yang terbaik. Software ini pun memang simple nak guna. Admin yakin korang install je terus boleh guna.

Kecuali untuk detail punya function mungkin kena refer kepada tutorial. Tapi tutorial untuk Raw Therapee ini agak kurang berbanding software lain yang ada dalam list ini. Walaubagaimanapun still available untuk korang buat reference.

Software Edit Gambar Percuma Mana Satu Pilihan Admin

Setakat ini software edit gambar percuma yang menjadi favorite admin adalah GIMP. Dah lama admin guna sejak beralih ke software percuma dan opensource. Salah satu sebab utama adalah sebab ramai komuniti pengguna diluar sana.

Admin nak cari tutorial cara nak guna GIMP masa mula-mula dulu senang dan terus jumpa. Itu yang lekat sampai sekarang. Selain itu admin juga ada gunakan Inkscape kalau nak buat design. Tapi admin tak berapa creative buat design.

So kira macam tak berapa nak guna sangat lah Inkscape tu. Lebih banyak kepada guna GIMP sekarang ini. Tapi lepas survey software lain yang percuma untuk artikel ini, nampak review banyak kepada Krita. Nampak macam best features nya.

Sebelum ini admin pakai photoshop. Jadi layout Krita ini lebih kurang photoshop. So admin rasa nak try Krita lepas ini. Tunggukan admin punya review ye. Kalau best nanti admin akan buat tutorial sekali. Itu kalau kita tengok software edit gambar la kan.

Sekarang ini banyak laman web yang tawarkan feature untuk image editing. Lagi senang sebab tak payah install dekat laptop / PC korang. Just login account dan boleh terus guna. Nak tahu dekat mana laman web yang admin selalu guna boleh refer dekat Website Edit Gambar.

Senarai software edit gambar percuma di atas hanyalah pandangan admin. Tak semestinya sama dengan keinginan atau keperluan korang. So boleh kongsikan software apa yang korang pakai dan cadangan sekiranya ada yang lagi best dari senarai diatas. Nanti admin try software tu.

Mohon tinggalkan sebarang cadangan dan komen pada ruangan dibawah…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *