Software Edit Video Percuma Yang Awesome Dan Terbaek

by | Nov 12, 2020 | Creative

Menggunakan software bagi edit video kini telah menjadi suatu lumrah. Maklumlah zaman youtube. Ramai yang berlumba-lumba nak jadi youtuber. Korang nak tahu tak software edit video percuma yang boleh korang gunakan.

Jangan cakap abam tak payung ye. Nanti kalau dah jadi youtuber terkenal, jangan la lupa kat admin dah la. Memang berlambak video editing software berada di pasaran. Daripada yang simple sampailah ke professional.

Jika memang ada modal, then boleh proceed je mana-mana yang korang rasa bersesuaian. Admin punya fokus kali ini adalah untuk youtuber atau vlogger yang baru nak bermula. Seeloknya guna dulu software yang free. Then kalau dah consistence boleh upgrade.

6 Software Edit Video Percuma Untuk Korang

Kebanyakkan orang agak “sceptical” bila dengar perkataan “percuma”ni. Diorang beranggapan bila barang free ini kualitinya tak bagus. Kalau nak relate dengan software pula, selalu dikaitkan video yang terhasil tak cun atau sebagainya.

Tapi barang yang free ni tak semua yang cikai. Senarai software yang admin letak dalam ini ada diantaranya yang boleh hasilkan video tahap “filem Hollywood”. Dengan syarat skill pun level Hollywood juga lah kan.

Jadi jom kita tengok software yang admin maksudkan. Lets go…

Software #1 – KdenLive

Pada yang belum tahu, boleh refer dekat artikel apa itu opensource. Admin ada cerita dekat situ. KDenLive salah satu daripada software dalam kategori Opensource. Ianya percuma dan layout pada software memang mudah nak digunakan.

Dari segi function dan feature memang terbaek. Sebab ada pelbagai feature advance video editing. Software bagi KDenLive ini korang boleh download dekat official website iaitu kdenlive.org. Boleh digunakan pada platform windows, Mac dan juga linux.

Satu benda yang paling admin suka adalah Kdenlive ini ada standalone version. Maksudnya korang boleh download software tu dan gunakan tanpa install pada computer / laptop. Kalau letak dalam pendrive pun boleh. Then bila nak pakai baru cucuk pendrive semula.

Software #2 – Blender

Ianya sama tapi tak serupa. Yang ini bukan blender “pengisar” makanan tu ye. Ini adalah software untuk edit video. Bukan setakat edit malahan banyak lagi function advance yang boleh dilakukannya. Dan yang paling penting sekali adalah ianya percuma.

Sebab Blender ini adalah software opensource. Selain daripada edit video, Blender juga boleh buat 2D dan 3D animation. Multipurpose punya software lah kiranya ni. Dan banyak features video editing yang advance ada sekali.

Namun begitu, disebabkan banyak function yang mantap dan juga feature yang menarik, Blender ini agak sukar digunakan. Terutamanya kepada beginner. Masa mula-mula try edit video dengan Blender ni, admin terkial-kial gak. Sebab banyak sangat button.

Tapi hasilnya memang nice lah. Cuma kena ambil masa sikit untuk belajar menggunakan software ini. Apa-apa pun, Blender merupakan antara software yang admin paling suka guna. Sebab features dan juga paling penting ianya FREE…

Software #3 – DaVinci Resolve

Kepada yang nekad untuk belajar video editing secara professional, mungkin inilah software yang paling berbaloi untuk korang belajar serta gunakan. Kalau tak percaya boleh usha dekat laman web mereka iaitu Black Magic Design.

DaVinci Resolve merupakan software level professional. Setanding dengan Adobe Premiere Pro. Kalau nak buat filem pun boleh. Untuk pengetahuan korang, software ini bukan opensource. Tapi ianya free. Untuk professional user ada option berbayar.

Kalau ada yang free kenapa perlu berbayar pulak kan? Beza ada beberapa feature advanced hanya ditawarkan pun version “Pro” sahaja. Tapi kalau kita teliti balik, feature yang ada pada Free version ni pun dah cukup mantap.

Yang paling admin kagum adalah feature “color correction”. Ia membuatkan video korang manjadi lebih cun walaupun file asal kurang menyerlah. Dan semestinya nak guna software ni agak susah sikit bagi para beginner. So kena study lebih sikit kalau nak pakai DaVinci Resolve ni.

Software #4 – Lightwork

Pada yang belum pernah guna software untuk edit video sebelum ini, Lightwork mungkin untuk korang. Layout yang simple dan easy to understand. Features yang ada pun kira okay la juga. Agak berbaloi bagi software yang percuma.

Lightwork bukan opensource. Tapi ianya dibangunkan oleh company yang bernama LWKS Software Ltd. Buat masa ini licence untuk Lightwork semuanya free lah. Tapi tak pasti kalau nanti berubah ke macam mana bergantung kepada keadaan.

Sementara percuma dan boleh pakai ni, so korang grab je lah peluang yang ada. Mana tahu lightwork akan jadi software yang bersesuaian dengan korang.

Software #5 – Openshot

Satu lagi software opensource dalam senarai ini. Tengok nama pun dah mula dengan “open”. Dah cukup untuk menunjukkan ianya software free. Openshot ini dulu admin pernah guna. Masa tu terdesak nak cari video editor yang simple dan free.

Sebab nak guna untuk potong dan sambung video sahaja. Cari punya cari, akhirnya jumpa lah dengan software Openshot ni. Terus try install dan guna. Seriously memang korang akan terus boleh pakai immediately after install.

Tak susah pun guna. Tapi feature yang ada memang hanya untuk simple editing sahaja. Agak terhad benda yang boleh kita buat. Pada admin as long as ianya boleh deliver item yang kita nak, then it’s still okay. Lagipun free.

Software #6 – Kinemaster

Okay yang ini kira bonuslah. Admin bagi yang nak edit video guna smartphone. Kinemaster ini bukan software tapi apps untuk phone. Maklumlah sekarang ni phone pun dah canggih. Macam-macam jenis apps dah ada. Even lebih dari software computer pun ada.

Cuma kinemaster ini tak sepenuhnya free. Korang boleh guna yang free untuk edit. Kesemua features yang ada boleh guna tapi bila save video secara automatic akan ada watermark kinemaster. Kalau korang perasan dekat youtube banyak video yang ada watermark camni.

Pada yang tak kisah, okay je kalau ada watermark asalkan boleh edit video dengan bagus. Untuk permulaan boleh guna then bila ada bajet boleh upgrade ke yang berbayar.

Boleh Tahan Banyak Software Yang Free Ni…

Ini baru admin tunjuk 6 je. Sebenarnya banyak lagi. Cuma beberapa software yang ada dalam list ini boleh pakai untuk professional editing. Alang-alang belajar guna software untuk video editing ini biarlah cari yang features pro.

Walaupun kita takdelah nak jadi pengarah filem dan sebagainya. Tapi at least kita puas hati dengan kerja yang kita hasilkan. Recommendation admin pada yang betul-betul nak serius dalam bidang edit video ini, korang boleh cuba Davinci Resolve.

Memang agak complicated pada permulaan tapi bila dah biasa guna, korang takkan tukar ke software yang lain dah. Kualiti video yang dihasilkan memang setanding dengan software edit video yang berbayar yang lain.

Manakala bagi yang cenderung kepada animation sama ada 2D atau 3D, admin cadangkan start belajar Blender. Pakej software yang lengkap daripada modelling 3D, animation dan video editing. Kalau korang betul-betul kuasai semua, memang superb.

Terus boleh buat movie animation. Cam upin-ipin, boboiboy dan ajen ali. Mungkin ada yang rasa admin bergurau. Kalau tak percaya boleh tengok dekat list movie yang team blender buat dekat blender project. Komfem korang tercengang tengok hasilnya.

Itu pendapat admin tentang software edit video percuma. Mungkin korang ada pendapat sendiri. Mohon tinggalkan sebarang pendapat, cadangan dan komen pada ruangan dibawah.

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *