Software Open Source – Definisi Dan Kelebihan

by | Nov 18, 2020 | Creative

Selalunya kalau nak guna apa-apa software, kalau boleh nesti nak cari yang percuma. Sebab kebanyakkannya adalah berbayar. Kalau korang pun rasa macam tu, then software open source adalah penyelesaian kepada masalah tersebut.

Tapi admin komfem ramai yang tak pernah dengar tentang open source ini. Malahan ada juga yang dah guna tapi tak tau yang software dipakai itu dari kategori open source. Sebab dari layout software tu takde menampakkan apa-apa pun.

Kalau nk dibandingkan dari segi function, pun lebih kurang je. Kadang-kadang setanding dengan software yang premium. Walaubagaimanapun, jom kita tengok dulu apa sebenarnya open source tu. Barulah clear sikit.

Takrif – Apa itu Software Open Source

Mengikut rujukan daripada laman web Opensource.com, maksud opensource adalah merujuk kepada sesuatu yang orang ramai boleh “access” dan edit serta share. Ianya tak menjadi satu kesalahan sekiranya berbuat demikian.

Manakala sotware open source pula bermaksud source code untuk software tersebut adalah terbuka kepada orang ramai untuk menyemak, edit dan juga membuat penambahbaikan. Tidak tertakluk kepada team tertentu sahaja.

Source code adalah file “programming” yang menghasilkan sesebuah software. Biasanya source code inilah “senjata” kepada programmer untuk buat duit. Sama juga macam software yang premium. Source code adalah rahsia yang takkan diberi kepada orang luar.

Sebabnya kalau dapat dekat orang luar, mereka boleh adjust dan jadikan software tu lebih bagus. Then boleh jual dekat orang ramai dengan harga yang lebih murah. Of course orang akan beli bila harga murah. Sebab itu source code tak akan didedahkan sesuka hati.

Berbeza dengan open source, korang boleh view source code program tersebut. Dan juga boleh ubah mengikut selera korang. Dengan syarat korang kena tahu “programming language” yang digunakan. Kalau tak tahu, ada source code pun tak guna.

Kelebihan Software Open source

Admin yakin korang mesti suka dengan software opensource. Sebab ianya mempunyai banyak kelebihan. Secara general, admin boleh list out 3 kelebuhan utama yang ada pada software open source. Nak tahu apa kelebihannya? Teruskan membaca…

a. Compatability

Harus diingat bahawa open source ini dibangunkan oleh dikalangan pengguna juga. Bukan daripada syarikat tertentu. So biasanya ianya akan direka mengikut market standard. Supaya hasil daripadanya adalah compatible dengan software yang ada.

Sebagai contoh korang edit gambar dekat software opensource. Kemudian nak buka semula file yang korang save tersebut dalam Adobe Photoshop. Kalau ianya direka tak compatible, then tak boleh nak buka dekat photoshop.

Bila susah pakai terutamanya melibatkan jenis file format, jadi orang tak akan guna software tersebut. Betul tak? Tapi jangan risau sebab kebanyakkan software open source ini adalah compatible dengan software yang lain.

b. Costless

Ramai yang ragu-ragu bila sebut perkataan percuma. Mesti ingat yang free ini tak bagus. Tapi yang mana satu korang pilih. Nak bayar mahal-mahal tapi yang tak fully utilized software tersebut. Malahan jarang guna.

Ataupun ada yang percuma tapi features yang ada hampir dengan software premium yang kena bayar mahal tu. Mana satu pilihan korang? Kalau ikut admin, lebih baik kita guna alternative yang free terlebih dahulu.

Kita cuba guna dan tengok dulu apa function yang ada. Guna selagi boleh asalkan ianya boleh bagi result pada korang. Bila dah advance dan rasa software free tu tak boleh capai apa yang korang nak, then boleh upgrade.

c. Flexibility

Satu lagi yang admin suka tentang open source adalah ianya fleksibel. Kebanyakkan software premium akan meletakkan tempoh. Contohnya licence untuk tahunan. Apabila lesen expired, terus tak boleh guna software tu.

Tapi tidak dengan open source software. Bila ianya free, korang boleh install sebanyak mana device yang ada. Nak gunakan seberapa lama pun boleh. Tiada had. Selain itu juga, komuniti open source akan sentiasa update software mengikut keperluan semasa.

Alternatif Software Premium

Bolehlah dikatakan software open source ini adalah alternative kepada software premium yang ada dipasaran. Ianya menambahkan lagi pilihan untuk orang ramai. Takdelah terikat pada suatu sumber sahaja. Macam monopoli pulak.

Berikut adalah beberapa alternative open source untuk gantikan software premium yang biasa digunakan.

Alternative #1 – Microsoft Office

Of course admin yakin semua orang tahu apa itu Microsoft Office. Hampir semua orang yang gunakan computer mesti tahu gunakannya. Dekat sini admin bagi 2 alternatif untuk Microsoft office iaitu:

  1. Libre Office
  2. Open Office

Dari segi function memang Microsoft office ada pelbagai function. Tapi honestly, kita hanya akan guna yang basic sahaja. Contohnya words, excel dan juga powerpoint. Kalau korang hanya nak guna ketiga-tiga ini, then open source software diatas adalah alternatifnya.

Alternative #2 – Adobe Premiere

Bagi yang gemar untuk edit video komfem korang tahu Adobe Primiere ni. Ianya adalah antara video editor yang terhangat dipasaran sekarang ini. Alternatif open source bagi software ini adalah:

  1. KdenLive
  2. Blender

Ada banyak lagi video editor yang open source. Korang boleh refer dekat artikel software edit video percuma.

Alternative #3 – Photoshop / Illustrator

Yang ini memang famous. Siapa nak edit gambar dan buat design artwork mesti guna ini. Tapi sekarang ini dah banyak open source software yang function lebih kurang dengan Photoshop dan Illustrator. Cuba tengok dekat bawah ini:

  1. GIMP
  2. Krita
  3. Inkscape

Nak tahu lagi banyak pasal software open source untuk edit gambar dan juga design artwork? Refer dekat software edit gambar percuma.

Alternative #4 – Adobe Audition

Pada yang gemar rekod lagu dan juga yang suka buat recording DIY mesti suka guna software adobe audition ni. Admin dulu pun pernah guna. Tapi dah beralih ke open source iaitu Audacity. Meskipun function tak berapa padu macam adobe audition.

Tapi basic untuk recording, editing, mixing dan effect dah cukup untuk korang buat home studio recording. Boleh usha dekat software DAW percuma.

Final Thought About Open Source

Seriously ada banyak lagi jenis software opensource yang wujud sebagai alternative kepada kebanyakkan software premium. Yang admin bagi dekat atas ni hanya contoh beberapa sahaja. Korang boleh google open source software.

Keluarlah berlambak open source. Semua free jangan risau. Tapi nasihat admin ken abaca review dulu tentang software open source yang korang nak guna. Sebab ada juga yang totally useless. Tak boleh pakai langsung.

Korang kena cari open source yang ramai komuniti penggunanya. Bila ramai orang guna, maka ramailah juga programmer yang akan update. So ramailah juga yang akan support korang kalau ada masalah. Yang paling penting pastikan percuma.

Okay itu sahaja daripada admin untuk software opensource. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan perlukan review yang lebih lagi mengenai open souce, mohon kemukan cadangan dan komen pada ruangan yang disediakan dibawah…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *