Software Screen Recorder Percuma Untuk Laptop atau PC

by | Nov 21, 2020 | Creative

Jika sebelum ini admin ada kongsikan mengenai software edit video percuma, kali ini pula tentang software screen recorder percuma. Biasanya orang guna screen recorder ini untuk tujuan live stream gaming atau rekod screen untuk tutorial dan sebagainya.

Tambahan pula sekarang ini ramai orang yang mula berminat nak jadi youtuber. So screen recorder ini dah jadi macam suatu software yang wajib kena ada. Kalau tak macam mana korang nak record pada screen. Takkan nak pakai camera pulak.

Tak cun la videonya nanti. Angle video pun komfem lari. Jadi yang terbaik adalah korang kena cuba software screen recorder percuma yang admin akan review dekat bawah ini. Jangan risau, yang ada dalam senarai ini semuanya yang free sahaja.

Top 5 Software Screen Recorder Percuma

Pada yang baru nak bermula sebagai youtuber, seeloknya korang try dulu yang free ini. At least takde keluar modal. Then kalau dah “masyuk” boleh upgrade kepada yang premium. Sebabnya seperti biasa, bila yang software free ni features agak limited.

Nanti admin akan point out apa yang kurang dalam setiap software dibawah ini. Tapi still boleh guna untuk buat kerja. Takdelah totally useless. Still boleh bagi result kepada apa yang kita nak buat iaitu rekod screen.

Okay jom kita lihat senarai top 5 software screen recorder percuma yang korang mesti cuba dulu sebelum beralih kepada option software premium. Check it out…

Software #1 – OBS Studio

Ini adalah salah satu favorite software screen recorder yang admin gunakan untuk buat kerja. OBS Studio adalah software yang tergolong dalam kategori open source. So ianya memang free dan korang akan receive update dari semasa ke semasa.

Korang boleh buat screen recorder dan juga webcam. Boleh setting pada input. Nak rekod dari kedua-dua sumber sekali gus pun boleh. Nak tambah 2 input webcam pun boleh. Tapi tak digalakkan sebab software mungkin akan lag.

Maklumlah ianya di design untuk simple recording sahaja. Untuk job screen recording memang cun. Output video dalam format mp4, flv, mkv dan mov. Boleh pilih yang mana satu korang prefer. Untuk input audio pun boleh set. Semua boleh setting dekat input.

Setakat ini semuanya bagus. Tapi yang problem adalah nak setting OBS Studio masa mula-mula agak sukar. Leceh sebab banyak parameter yang boleh adjust. So sebab tu ambil masa sikit sebab kena tengok tutorial di youtube.

Satu lagi kelemahan OBS Studio adalah ianya tak bundle dengan video editor. So kalau korang nak edit atau cut video screen recorder tu terpaksa guna software yang lain. Tapi screen recorder atau webcam takde masalah. Hasilnya memang cun.

Software #2 – Bandicam

Yang ini software admin tak pernah try. Tapi ramai member yang ada guna untuk buat video mereka di youtube. Untuk pengetahuan korang, Bandicam ini adalah freeware yang ada upgrade version pro. Jadi yang admin nak review hari ini, part yang free sahaja.

Apa yang menarik pada Bandicam ini adalah ianya tak macam OBS Studio, ianya bundled sekali dengan video editor. Boleh download terus sekaligus. Apa yang korang perlu buat hanyalah visit website Bandicam dan download kedua-dua software tersebut.

Lepas install terus boleh guna. Tapi untuk free version ada beberapa limited features iaitu screen recorder duration hanya 10 minit dan video korang aka nada watermark Bandicam. Pada yang tak kisah pada watermark, then korang boleh guna yang ini.

Kalau tak korang terpaksa cari screen recorder yang lain. Dari segi function lain sama sahaja dengan yang paid version. Boleh buat screen recording dan webcam. Output video adalah dalam format avi dan mp4. Nak screenshot gambar pun boleh.

Software #3 – Screencast-O-Matic

Yang ini pun ada yang pro version. Free version ada limited sikit. Lebih kurang macam Bandicam iaitu ada watermark dan juga screen recorder duration 15 minit. Lebih sikit la daripada Bandicam dari segi duration tu.

Tapi yang bestnya Screencast-O-Matic ini berbanding yang lain adalah korang boleh trim screen recorder video. Trim tu bukanlah bermaksud korang boleh buat video editing. Just untuk potong yang mana tak berkenaan dan save yang nak pakai sahaja.

Pada yang suka upload terus ke youtube tanpa tambahan animation atau video intro, then pakai video yang telah di “trim” pun dah okay. Satu lagi kelemahan software screen-o-matic ini adalah korang tak boleh record audio pada free version.

Software #4 – Free Cam

Okay yang ini takde duration limited. So boleh rekod panjang mana yang korang nak. Free Cam juga seperti Bandicam dan Screen-O-Matic, ada Pro version yang berbayar. Untuk free version macam biasa ada beberapa function yang limited.

Korang boleh guna Free Cam hanya dengan cara register account pada website dan kemudian download seterusnya install dekat PC / Laptop. Function yang ada ialah record screen, audio dan trim video. Cuma yang tak best adalah output untuk free version hanya dalam format WMV.

Saiz video pula limited kepada 760p. Selain itu tak boleh record webcam. Semua feature tersebut hanya available pada version PRO sahaja. Try dulu yang free, kalau puas hati then nanti korang boleh upgrade ke version pro.

Software #5 – Flash Back Recorder

Dengar nama software ni macam dasyat la pulak. Boleh flash back ke ni. Dah lama baru admin perasan kenapa namanya flashback. Kira macam nak preview semula apa yang kita buat dekat screen. Nama pun screen recorder kan.

FlashBack Recorder terbahagi kepada dua. Flashback Express dan juga Flasback Pro. Yang Express tu free version. Yang best mengenai Flashback Recorder Express ini adalah boleh record screen, webcam, audio dan tiada watermark. Juga tiada time limit untuk recording.

Korang juga boleh buat simple editing pada video yang telah di rekod. Trim video, letak gambar dan juga caption pada video tersebut. Manakala output video untuk Flashback Recorder Express adalah mp4, avid dan WMV. Rasanya walaupun free version tapi feature yang ada agak lengkap.

Yang Mana Software Screen Recorder Percuma Pilihan Admin?

Daripada kesemua 5 software diatas, admin paling suka guna (dan masih guna lagi sampai sekarang) adalah OBS Studio. Sebab boleh buat screen recording dan webcam dalam masa yang sama. Then boleh setting audio untuk video.

Sama ada korang nak guna input daripada microphone ataupun guna audio daripada PC / Laptop. Macam admin selalu buat recording video gitar. Jadi perlukan 2 input audio iaitu gitar dan backing track. Gitar admin set daripada usb input, backing track daripada PC.

So senang lah sikit nak buat kerja. Kalau tak nak kena rekod asing-asing. Dua kali kerja pulak. Setakat ini admin berpuas hati dengan video yang terhasil guna OBS Studio. Cuma masa mula-mula dulu menyumpah juga la nak study.

Agak complex sikit initial setting yang perlu dibuat sebelum boleh guna. Tapi takde masalah sebab dekat youtube banyak video untuk OBS Studio punya tutorial. Okay itu kalau tanya yang admin selalu guna. Selain daripada itu dalam list ini yang nampak okay adalah FlashBack Recorder Express.

Sebab tiada time limit, boleh guna webcam dan juga screen recording. Audio boleh setting. So hampir sama dengan OBS Studio. Extra credit pada Flashback Recorder Express adalah ianya ada features untuk edit video. Kira dalam satu software siap terus kerja korang.

Tak perlu nak guna software lain pula untuk edit video. Okay itu semua hanyalah pendapat admin. Korang pula macam mana? Sekiranya korang ada software lain digunakan untuk screen recorder yang percuma tapi tiada dalam list ini, boleh share pada ruangan komen dibawah…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *