Super Moped Terbaik Di Malaysia Tahun 2020

by | Nov 3, 2020 | Motorsports

Admin yakin ramai yang pakai motor super moped. Tapi persoalannya yang mana satukah super moped terbaik di Malaysia tahun 2020 ni? Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri mengenai pilihan yang terbaik.

Mungkin juga ada yang tertanya-tanya, super moped tu motor jenis apa? Jarang kedengaran perkataan tu. So ramai yang tak tahu. Pada yang belum tahu, super moped ni adalah jenis motor yang dipanggil “kapchai”.

Super moped juga boleh lah kita gelarkan “Super Kapchai”. Masih kurang jelas? Okay kita lihat dekat Wikipedia, apa maksud moped. Ianya adalah seperti dibawah:

In Malaysia and some other Southeast Asian countries, small motorcycles are classified differently, most of the machines known as mopeds in the West (e.g. Honda Super Cub) are known as underbones (kapchai in Malaysia).

These are the machines elsewhere known as scooters or sometimes “step-throughs”. Kapchais have engines up to 150 cc (9.2 cu in), can reach speeds of 120–130 km/h (75–81 mph), and are used on public roads and expressways.

Itu definasi moped untuk di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara. Berbeza dengan negara lain dimana moped ni adalah motorsikal yang ada pedal macam basikal. Kira macam basikal tapi ada enjin. Purata kelajuan hanya 50 kmh sahaja.

Antara Super Moped Terbaik Di Malaysia

Kalau nak list kan senarai motor super moped yang ada dekat Malaysia ni memang banyak. So untuk artikel ini admin just nak highlight top 5 yang menjadi pilihan ramai sahaja. Nanti kalau ada masa, admin cover untuk kapchai yang lain.

Senarai dibawah ni tak mengikut turutan. Tak bermaksud #1 tu adalah yang paling top manakala yang #5 tu paling cikai. Cuma list ikut popularity. Mengikut review dari PanduLaju berikut adalah senarai super moped terbaik di Malaysia.

#1 – SYM VF3i 185 V2

Buat masa ni, motor SYM VF3i bolehlah dikatakan motor kapchai paling “up” dari segi engine displacement (cc) dekat Malaysia. Belum ada lagi kapchai yang dihasilkan sebelum ini lebih daripada 150 cc. So 185cc ni kira jadi penanda aras barulah kan.

Itu dari segi engine. Yang lain-lain macam mana pulak? Bagi admin yang paling best pada spec yang ditawarkan adalah kapasiti tangki minyak iaitu sebanyak 7 liter. Banyak minyak boleh isi, boleh pergi jauh sikit. Kalau ride tak perlu berhenti banyak kali.

Yang lain-lain spec tu lebih kurang dengan super moped yang lain. Boleh refer dekat gambar dibawah untuk full specification:

Mengikut review, SYM VF3i ni memang “pickup” berbanding super moped yang lain (pada spesifikasi standard). Tambahan pula untuk varian SYM VF3i LE yang memang datang dengan spec yang lebih advance. Boleh kata raja kapchai la kiranya ni….

#2 – Benelli RFS 150i

Pada admin, model ni antara yang paling “underdog” sekali. Kurang popular dekat Malaysia tapi jenama ini famous di seluruh dunia. Jenama Benelli ni berasal daripada Italy. Kebanyakkan motorsikal yang dikeluarkan cc besar.

Ini satu-satunya model yang dalam kategori kapchai. Mula-mula rasa macam kurang yakin juga dengan Benelli RFS 150i ni. Tapi bila tengok motor ni depan mata, memang cun design nya. Engine displacement 150 cc setaraf dengan super moped yang lain dipasaran.

Untuk spec yang lain pada admin tak banyak beza. Cuma yang menarik adalah motor ni pakai 3 spark plug dan juga telescopic fork hadapan yang terbalik. Admin nak komen lebih detail pun tak boleh sebab belum berkesempatan untuk test drive.

Dari komen member yang pakai Benelli RFS 150i ni, fork hadapan tu sangat membantu ketika mengambil selekoh. So ada fungsi la juga fork terbalik ni. Bukan sekadar design lain daripada yang lain sahaja.

Apa-apa pun nanti admin akan test drive sendiri dan update dekat sini. So korang kena tunggu cool.

#3 – Honda RS150R

Kalau admin tak letak model ni, mesti ramai yang akan rasa tak puas hati. Sebabnya Honda RS150 adalah salah satu daripada super moped terbaik di Malaysia. So memang sepatutnya ada dalam senarai ni la kan. Kalau tak ada, macam tak valid je list ni.

Nak buat macam mana kan. Honda kan ramai peminat. Termasuklah admin. Admin pakai model RS150 tapi V1. Sekarang ni dah keluar V2. Tapi itu bukanlah alasan untuk admin letakkan Honda RS150 ni dalam senarai super moped terbaik di Malaysia.

Hakikatnya korang memang kena terima yang model ni salah satu daripada super moped yang menjadi kegilaan ramai sekarang ni. Memang ramai yang pakai. Kalau tak percaya boleh tengok di jalanan. Komfem korang akan jumpa punya motor ni.

Daripada nama model je dah terlihat jelas, motor ni 150 cc. Untuk spesifikasi lain boleh refer dekat gambar dibawah.

#4 – Yamaha Y15ZR

Kalau motor ni korang tak pernah jumpa diatas jalan raya, tak tau nak cakap macam mana lah kan. Sebab Yamaha Y15ZR adalah motor super moped yang paling ramai orang pakai. Bila ramai orang pakai, komfemlah berlambak di jalan raya.

Jika nak di nilai daripada specification, rasanya lebih kurang sama je dengan super moped yang lain dalam list ni. Tapi Yamaha Y15ZR atau ramai yang gelarkan model ni sebagai Ysuku tetap menjadi pilihan ramai peminat super moped.

Daripada pengamatan admin, Ysuku ni lebih digemari sebab design lebih cun berbanding yang lain. Tambahan pula aksesori untuk model ni juga banyak pilihan serta mudah nak cari dipasaran. Detail spesifikasi boleh tengok dekat gambar dibawah:

#5 – Suzuki Satria F150

Untuk pengetahuan korang, model ni belum wujud lagi dekat Malaysia. Admin saja letak sebab nak bagi penuh top 5 list. Dulu Suzuki ada release model Suzuki Belang 150. Tapi model tu 2 stroke. Sekarang ni motor 2 stroke dah tak boleh keluar lagi dah.

Atas alasan pencemaran udara. Kena ikut requirement piawaian antarabangsa. Jadi Suzuki keluarkan model Satria F150 ni sebagai pengganti model 2 stroke tersebut. Suzuki Satria F150 telah dijual dengan laris dekat negara jiran kita iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Dengar cerita model ni akan masuk ke Malaysia. Tapi tu semua khabar angina jek lah kan. Admin pun tak dapat nak mengesahkan kesahihan berita tersebut. So kita kena tunggu je lah. By the way, jom kita tengok spesifikasi motor Suzuki Satria F150 ini:

So Mana Satu Super Moped Yang Paling Best?

Agak sukar sebenarnya kalau nak bandingkan kesemua model ni. Tambahan pulak ada model yang tak sampai lagi dekat sini. Admin pun belum berkesempatan nak test drive semua model ni. So tak berapa “adil” rasanya kalau nak review.

Jadi kita akan compare dengan data yang ada je lah kan. Jom kita lihat perbandingan spesifikasi asas super moped seperti dibawah:

Kalau dinilai daripada engine capacity, nampak macam pilihan terbaik adalah SYM VF3i. Jelas nyata lebih 25cc daripada yang lain. So memang dah tak payah nak compare lebih detail lagi sebab secara automatic, spec engine yang lain pun akan “up” daripada model lain.

Tapi kalau diambil kira daripada jenama yang dipercayai dan komuniti pengguna yang ramai, mungkin korang perlu pilih sama ada Yamaha Y15ZR atau Honda RS150R. Ini bukan bermaksud model lain dalam list ni banyak masalah.

Cuma kalau untuk Yamaha dan Honda dah lama bertapak di Malaysia berbanding jenama yang lain. Tambahan pula ramai yang menggunakan kedua-dua model ni. So lebih mudah untuk kita kenal pasti masalah yang sering terjadi dengan bertanya pada pengguna lain.

At least takdelah panic sangat kalau terjadi sesuatu problem dekat kita punya motor. Bila kita tahu apa problem, jadi senang jugalah nak repair. Tapi itu semua cuma pendapat admin. Korang pula macam mana? Yang mana satu pilihan korang? Mohon tinggalkan komen dibawah…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *