Takaful Atau Insurans – Yang Mana Satu Pilihan Korang?

by | Nov 28, 2020 | Bisnes

Admin yakin mesti ramai yang dekat luar sana confuse nak pilih samaada takaful atau insurans. Malahan ramai juga yang bertanya ada beza ke kedua-dua ni. Nampak macam sama je. So kalau sama tak kisahlah nak pilih yang mana-mana pun kan.

Suatu ketika dulu, admin juga mempunyai tanggapan dan pemikiran yang sama. Ini berlaku sebab kurangnya penerangan tentang insurans dan takaful. Admin merasakan yang kedua-dua ini sama. Cuma lainnya pada nama sahaja.

Insurans ini adalah daripada perkataan English. Manakala takaful pula daripada perkataan Arab. Naif betul rasanya bila throwback semula. Yang sebenarnya kedua-duanya jauh berbeza. Bukan sekadar bahasa sahaja.

Jadi bagi mengetahui apakah yang membezakan antara takaful dan juga insurans, teruskan membaca dekat bawah ini. Admin akan share lebih detail bagi membantu korang membuat pilihan takaful atau insurans.

Definisi Takaful & Insurans

Sebelum pergi lebih jauh, apa kata kita study dulu tentang maksud perkataan takaful dan insurans itu sendiri serta konsep asas yang perlu kita ketahui.

Insurans:

Insurans adalah cara perlindungan daripada kerugian kewangan. Ia adalah satu bentuk pengurusan risiko, terutamanya digunakan untuk melindung nilai daripada risiko kerugian yang tidak pasti.

Ianya adalah suatu kontrak diantara sebuah entiti yang menyediakan insurans dikenalpasti sebagai syarikat insurans dengan seseorang yang membeli insurans dikenali sebagai orang yang diinsuranskan atau pemegang polisi.

Transaksi insurans melibatkan pihak yang diinsuranskan dengan menganggap kerugian yang terjamin dan diketahui dalam bentuk pembayaran kepada syarikat insurans sebagai pertukaran untuk janji bagi mengimbangi pemegang polisi sekiranya terdapat kerugian.

Orang yang diinsuranskan menerima kontrak disebut sebagai polisi insurans. Didalam polisi tersebut menyatakan keadaan di mana syarikat insurans akan membayar pampasan kepada pihak yang dilindungi.

Sebagai syarat untuk jaminan dari syarikat insurans dengan pemegang polisi, sejumlah amaun wang dikenakan kepada pemegang polisi untuk perlindungan yang dinyatakan dalam polisi insurans disebut sebagai premium.

Jika pemegang polisi mengalami kerugian yang berpotensi dilindungi oleh polisi insurans, beliau boleh mengemukakan tuntutan kepada syarikat insurans untuk diproses.

Takaful:

Perkataan Takaful berasal dari kata kerja Arab “kafala” yang hanya bermaksud untuk menjaga keperluan seseorang. Oleh itu, pakatan antara sekurang-kurangnya dua pihak yang bersetuju untuk bersama-sama menjamin antara satu sama lain sekiranya berlaku kerugian.

Terdapat beberapa terms yang perlu korang faham mengenai konsep takaful. Mudharabah didefinisikan sebagai kontrak perkongsian keuntungan komersil daripada penyedia atau pembekal dan usahawan untuk usaha perniagaan.

Tabarru’ adalah perkataan Arab yang bermaksud sumbangan atau hadiah, di mana Peserta akan bersetuju untuk melepaskannya sebagai sumbangan semua atau bahagian tertentu sumbangannya sehingga membolehkannya memenuhi kewajiban bantuan bersama dan jaminan bersama.

Wakalah bermaksud agensi dalam bahasa Inggeris. Perjanjian agensi di antara pengendali, yang bertindak sebagai ejen atau “wakil” kepada peserta sebagai prinsipal untuk menguruskan penyertaan dalam pelbagai produk takaful yang disediakan oleh operator.

Konsep ta’awun yang bermaksud persaudaraan serta bantuan & tanggungjawab bersama di kalangan ahli dalam menyediakan bantuan kepada mereka yang mengalami kemalangan, kecelakaan atau menghadapi kesulitan, kini telah mewujudkan konsep Takaful.

Tabarru’ adalah kontrak di mana seorang peserta bersetuju untuk mendermakan peratusan sumbangannya yang telah ditetapkan kepada dana Takaful untuk memberi jaminan dan bantuan bersama apabila peserta lain mengalami kerugian.

Sistem Operasi Takaful dan Insurans

Dah paham definisi dan konsep bagi takaful dan insurans kan? Kalau ada yang masih lagi blur, takpe teruskan membaca. Nanti admin akan summarize dekat bawah. Ada sedikit perbezaan konsep antara takaful dengan insurans.

Tapi macam mana pula dengan system operasi? Ada beza ke tak? Jawapannya ada. Okay dekat mana yang beza tu? Kita go through satu persatu. Boleh dikatakan ianya hampir sama. Bezanya hanya pada pengurusan dana sahaja.

Mungkin ada yang belum tahu, syarikat takaful dan insurans memperolehi keuntungan hasil dari pelaburan yang dilakukan kepada sektor-sektor tertentu. Dari mana dapat duit untuk melabur? Mestilah daripada duit yang dibayar oleh pemegang polisi.

Duit tersebut dikumpulkan dan kemudiannya dilaburkan untuk menjana keuntungan. Sekiranya terdapat tuntutan, duit tu jugalah yang digunakan untuk bayaran tuntutan. Nampak macam takde untung buat syarikat insurans dan takaful ni kan.

Tapi jumlah bayaran yang diterima dari pemegang polisi adalah lebih banyak daripada duit tuntutan. Ini kerana bukan semua pemegang polisi akan membuat tuntutan dalam masa yang sama. Jadi masih ada banyak ruang untuk pelaburan dilakukan.

Jadi semua syarikat insurans dan takaful akan lakukan perkara yang sama. Kalau sama, so dekat mana bezanya? Ianya berbeza dengan cara kedua syarikat ini menguruskan dana pelaburan terbabit. Bagi syarikat insurans, tiada kawalan nak melabur dimana sahaja.

Asalkan dapat untung. Akan tetapi bagi syarikat takaful, terhad hanya pada sector yang patuh syariah. Tak boleh laburkan dekat sector terlibat dengan unsur-unsur perjudian, arak dan sebagainya yang jelas yang bercanggah dengan syariat islam.

Perlindungan Yang Ditawarkan

So kita dah lihat perbezaan dari segi operasi diantara takaful dan insurans. Sekarang ni kita nak tengok perlindungan yang ditawarkan berbeza atau tidak. Kalau tanya admin, dari segi produk memang berbeza. Sebabnya setiap syarikat, produk lain-lain.

Tapi kalau dilihat dari segi general protection yang ditawarkan adalah sama. Sebagai contoh, insurans am menawarkan perlindungan untuk non-life item. Ianya sama dengan takaful am. Begitu juga dengan life insurance yang sama dengan takaful keluarga.

Apa jua perlindungan yang ditawarkan dalam insurans mesti ada dalam takaful. Tak ada beza. Jadi boleh ambil mana-mana asalkan menepati perlindungan yang korang inginkan. Sama ada takaful atau insurans, perlindungan yang ditawarkan adalah sama.

Cuma sebelum pilih pastikan baca dan fahamkan dulu apa yang ada dalam sesuatu pelan. Contohnya jumlah sum insured, limit medical card, limit claim kerosakan dan sebagainya. Untuk tips boleh baca dekat tips pilih pelan takaful.

Final Thought

Okay kita dah tengok perbandingan antara takaful dan insurans. Jadi tiba masanya untuk kita memilih sama ada takaful atau insurans sebagai perlindungan yang harus dipilih. Secara jujurnya kalau tanya admin, dah tentulah admin pilih takaful.

Pertama sekali sebab konsep takaful adalah secara ta’awun yakni persetujuan bersama memberi sumbangan untuk membantu satu sama lain sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka. Berbeza dengan insurans yang lebih kepada kontrak.

Sebab apa admin suka konsep ta’awun? Okay macam ni. Cuba bayangkan kalau ada kawan korang sakit dan perlukan duit untuk operation sebanyak RM 200,000. Agak-agak berapa korang mampu tolong atau bagi pinjam dekang dia?

Susah kan? Dalam simpanan pun kita tak ada duit sebanyak tu. Inikan pula nak tolong orang lain. Habis banyak pun kita boleh bagi RM 1,000. Itupun kalau mampulah kan. Silap-silap nak bagi RM 100 pun jenuh korek sana sini.

Tapi dengan konsep ta’awun dalam takaful, secara tak langsung kita dapat membantu orang ramai walau tanpa kita jumpa direct dengan diorang. Malahan tak kenal pun siapa. Tapi kita boleh bantu. Asalkan diorang juga adalah pencarum takaful.

Yang keduanya adalah takaful mengurus dana dengan pelaburan ke sector yang patuh syariah. Secara tidak langsung kita tahu yang duit keuntungan yang terhasil dari pelaburan tersebut juga adalah patuh syariah.

Jadi tiada lah rasa ragu-ragu atas sumber datangnya duit tersebut. Tak bercampur dengan sumber yang syubhah atau tak pasti. Kiranya macam kita nak beli daging kambing untuk masak. Of course kambing tu memanglah halal.

Sebab tak tergolong dalam senarai haiwan yang haram dimakan. Akan tetapi kambing boleh jadi haram dimakan. Hanya kerana ianya tidak disembelih dengan cara yang betul. Jadi kalau korang pilih yang mana? Tepuk dada tanya iman…

Takaful Pilihan Admin….

So dekat atas ini adalah pendapat peribadi admin. Tak semestinya sama dengan pendapat korang. Kalau korang nak tahu tentang hukum islam mengenai insurans boleh baca dekat artikel Hukum Insurans Konvensional.

Of course setiap orang ada pendapat sendiri. Tapi kalau boleh biarlah kita ada basis untuk buat sesuatu. So apa pendapat korang? Sama dengan admin tak? Mohon kemukakan sebarang pendapat, cadangan dan komen pada ruangan dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *