Tama Drums – Eksklusif Daipada Hoshino Gakki Co Ltd

by | Nov 8, 2020 | Music

Bila sebut pasal drum set, mesti teringat brand ni. Tama Drums adalah suatu jenama drum set yang terkenal didunia. Para drummer komfem tau dan familiar dengan Tama. Kalau ada yang tak tahu tu pun takpe. Boleh terus baca sampai habis admin ceritakan.

Kalau korang pernah baca artikel admin pasal Ibanez, mesti korang perasan Hoshino Gakki Co Ltd tu kan. Tapi persoalannya kenapa admin tulis dekat tama drums? Apa kaitan Hoshino Gakki Co Ltd dengan Tama Drums? Ibanez pulak macam mana?

Memang banyak persoalan yang timbul. Admin pun masa mula-mula study pasal Tama inilah baru tahu yang diorang sebenarnya adalah syarikat yang sama. Hoshino Gakki Co Ltd nama syarikat yang mengeluarkan Ibanez dan Tama Drums.

Kira dasyat lah tu kan. Untuk pengetahuan korang, kedua-dua jenama ini adalah memang dihasilkan sendiri. Bukan daripada hasil pengambilalihan syarikat seperti kebanyakkan jenama buat. So nanti admin akan story lebih detail dekat bawah. Check it out guys.

Bermula Dengan Star Drums

Seperti yang admin ada intro dekat atas, pengasas bagi jenama Tama ini adalah Hoshino Gakki daripada Japan. Beliau telah mula menghasilkan drum pada tahun 1965. Pada masa tu belum guna nama Tama Drums.

Nama yang pertama adalah Star Drums. Asal usul nama Star adalah daripada nama keluarga bagi pengasas ini iaitu “Hoshino”. Kalau korang translate daripada Bahasa jepun ke English, Hoshino itu bermaksud star.

Drum jenama Star ini dibuat dekat sebuah kilang under subsidiaries Hoshino Gakki Co Ltd iaitu Tama Seisakusho Inc. Kilang ini pada asalnya digunakan untuk produce gitar dan amplifier brand Ibanez. So bila nak buat Star Drum ini, tumpang lah dekat kilang tu.

Setahun selepas itu, production untuk Ibanez telah berpindah ke tempat lain. So kilang Tama Seisakusho tu automatic menjadi tempat untuk Star Drum dibuat. Terdapat beberapa production line dekat kilang tersebut bagi menghasilkan beberapa jenis produk.

Pada masa itu, Star Drum bersaing dengan drum jenama daripada USA. Antaranya adalah Rogers, Ludwig dan Slingerland. Tapi kelebihan yang ada pada Star Drum ini adalah harganya yang murah tapi kualiti yang mantap.

Terhasillah Nama Tama Drums

Star Drum mula dikenali ramai dan popularity semakin meningkat naik. Namun kemudiannya Hoshino merasakan nama tersebut kurang sesuai. Lalu beliau memikirkan satu nama lain yang lebih menarik dan sesuai.

Akhirnya terciptalah Tama Drums. Perkataan Tama itu bermaksud jewel dalam English. Untuk info korang, Tama juga adalah nama isteri kepada Hoshino. So sebab tu beliau pilih nama tersebut. Kira macam ada sentimental value pada nama tu.

Mula marketingkan drum dengan nama Tama pada tahun 1974. Tapi star tetap dihati Hoshino. Tak percaya? Ok korang boleh tengok nama model drum Tama. Semua mesti ada star dekat hujungnya. Contohnya Tama Swingstar, Stagestar dan Superstar.

Tak dapat nama jenama Star, letak dekat hujung nama model pun jadilah. Asalkan ada star jugak. Tama kemudiannya membeli sebuah syarikat drum di USA yang mengalami bankrap iaitu Camco Drum Company.

Tama bersama-sama dengan DW Drums share untuk mengambil alih Camco Drum. Dimana Tama ambil nama, design, engineering department dan patent. Manakala DW Drum pula mengamblil alih tooling dan manufacturing equipment.

Guna Nama Camco Drum

Walaupun nama Tama Drums pada masa tu dah mula popular, tapi Hoshino masih nak mengekalkan nama Camco didalam market. Ye lah kan, diorang dah beli takkan nak buang nama tu macam tu je kan. Kena lah guna jugak.

Untuk info korang, pada masa tu, Camco adalah drum yang agak famous di USA. Ramai pemuzik Jazz yang pakai drum tersebut. Jadi kalau nak lenyapkan terus nama tu macam rugi lah pulak. Sebab ada peminat tersendiri drum itu.

Jadi Hoshino plan untuk menggunakan nama Camco kekal sebagai pengeluar drum yang jual High-end produk kepada professional musician. Manakala Tama Drums pula sebagai pengeluar Low-end drum. So itulah strategi beliau masa ambil keputusan untuk beli Camco Drums.

Tapi lama-kelamaan, pemuzik professional juga telah mula beralih arah kepada Tama sebab walaupun low-end tapi kualiti agak mantap. Dengan harga yang lebih murah berbanding jenama lain pada masa itu, menjadikan ianya lebih sukar untuk ditolak J.

Sekarang ini Camco Drums sudah tidak lagi wujud. Tapi drum yang telah dikeluarkan sebelum ini menjadi kegilaan para collector. Maklumlah barang antic dan purba. Ramailah yang carik. Harga pun faham-faham lah kan. Kalau dah jadi rare item tu komfem lah mahal.

Super Heavy Duty Hardware

Walaupun pada mulanya nak buat low end dan harga murah, tapi akhirnya orang nak pakai juga drum Tama ni. Jadi mestilah ada keistimewaan ataupun kelainan yang menyebabkan drummer professional pun sanggup tukar ke drum yang murah kan.

Firstly adalah hardware yang digunakan adalah super heavy duty. Pada masa itu kira Tama punya design adalah paling advance. Tama adalah brand yang pertama guna drum mounting system. Senang untuk pasang dan bukak drum.

Terutamanya untuk show atau gig, drum dah la besar. Kalau nak pasang susah, kan ke jenuh. So Tama dah kira menyenangkan proses pasang drum. Senang pasang tapi masa perform takdelah pulak senang tertanggal. Sebab tu diorang gelarkan drum Tama guna heavy duty hardware.

Selain hardware yang tahan lasak, Tama juga adalah pelopor kepada drum octobans. Octobans ni macam tom pada drumset. Tapi saiz kecik dan panjang. Kebiasaannya ada 8 untuk satu set octobans. 8 bijik tu disusun 2 lapis. 1 lapis ada 4 bijik.

Dalam 4 bijik tu yang berbeza adalah panjang. Saiz diameter adalah sama. Admin pun tak pernah tengok depan mata. Cuma tengok gambar sahaja. Secara luarannya nampak macam tom tapi saiz kecik. Bunyi pun lagi mantul dari tom biasa. Jarang drummer yang main band pakai tu J.

45 Years & Still Counting…

Kalau ikutkan dah lebih 40 tahun Tama Drums berada dipasaran seluruh dunia. Bukan calang-calang beb. Kalau ikutkan ada lagi jenama drum yang lebih awal dicipta tapi akhirnya tenggelam dengan popularity yang diraih Tama.

Yang paling dasyat adalah diorang boleh sailang brand daripada USA dekat market USA sendiri. Memang dasyat. Tak banyak company yang boleh buat macam tu. Hanya yang betul-betul hebat sahaja yang mampu lakukan.

Tama masih terus menjadi antara drum yang terbaik masa kini dan kekal relevan sehingga kini. Mesti ramai diantara korang yang main drum pernah guna drumset Tama kan? Cer share sikit pengalaman best ke tak dekat ruangan komen dibawah.

Admin akan go lebih detail tentang produk Tama Drums dekat artikel yang berasingan…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *