Teknik Buat Marketing Untuk Bisnes Korang

by | Nov 19, 2020 | Bisnes

Salah satu perkara wajib yang perlu dilakukan bagi setiap pemilik bisnes adalah marketing. Ini kerana tanpa marketing, maka tiadalah sales. Disebabkan oleh marketing ini sangat penting bagi sesebuah bisnes, maka lahirlah artikel ini untuk menerangkan teknik buat marketing untuk bisnes korang.

Tidak kiralah apa jua bisnes yang dilakukan, mesti buat marketing. Jangan tak percaya, ada sesetengah syarikat menghabiskan jutaan ringgit semata-mata untuk buat marketing yang menarik dan mantap. Jadi apakah sebenarnya marketing? Apa tujuan dan kepentingannya kepada bisnes? Jawapannya ada dibawah.

Apa itu Marketing?

Definasi marketing oleh American Marketing Association sebagai aktiviti, set institusi, dan proses untuk mewujudkan, berkomunikasi, menyampaikan, dan bertukar-tukar tawaran yang mempunyai nilai untuk pelanggan, pelanggan, rakan kongsi, dan masyarakat pada umumnya

Itu maksud didalam kamus. Secara ringkasnya marketing adalah aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk membuat hebahan tentang sesuatu produk bagi mendapatkan pelanggan. Dalam perkataan lain marketing ini boleh lah di katakan sebagai promosi.

Pelbagai cara yang digunakan bagi membuatkan pelanggan tertarik dengan barang yang dijual. Semakin hari, persaingan dalam marketing semakin sengit. Jadi jika ingin menang dalam persaingan ini, perlulah ada teknik buat marketing. Supaya jualan dapat dibuat dengan lebih mudah.

Teknik Buat Marketing

Setiap perkara yang hendak dilakukan haruslah ada strategi. Barulah kejayaan dapat digapai dengan lebih mudah. Begitu juga dengan marketing. Sebelum memulakan sesuatu marketing, perlulah ada plan dan strategi yang mantap. Ianya mesti bersesuaian dengan jenis bisnes yang korang lakukan.

Bagi membuat perancangan ini, korang mesti tahu kaedah-kaedah untuk buat marketing terlebih dahulu. Barulah lebih mudah untuk memilih yang sesuai. Secara am nya kaedah buat marketing ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian besar iaitu:

a. Online Marketing

Dari segi maksudnya, online bermaksud atas talian. Maknanya membuat pemasaran mengunakan platform online. Ini merupakan teknik marketing yang sangat popular kini. Banyak kelebihan bagi kaedah pemasaran ini. Antaranya adalah:

  • Kos pemasaran rendah dan murah
  • Lebih mudah kerana tidak perlu bersemuka dengan pelanggan.
  • Persediaan lebih cepat dan tidak mengambil masa yang panjang.
  • Dilakukan menggunakan computer sahaja.

Jadi tidak hairanlah kini lebih ramai yang gemar untuk melakukan pemasaran secara online. Secara logiknya memang semua orang nak mudah. Tiada orang yang nak susah. Kalau dapat yang lebih mudah, dah tentu lah buat yang lebih mudah.

Antara platform pemasaran online yang sering digunakan adalah :

Online Marketing #1 – Blog / Website

Tahukah korang, ramai usahawan kini menggunakan website sebagai kedai mereka? Jangan terkejut kerana syarikat gergasi juga sudah mula menggunakan website sebagai medium utama untuk pemasaran.

Para pembeli akan mencari maklumat melalui search engine. Kemudiannya akan pergi ke website. Seterusnya melakukan pembelian atas talian untuk produk yang ditawarkan. Laman carian yang utama kini adalah google dan youtube.

Bagi memastikan website korang berada pada carian google dan youtube, penguasaan dari segi SEO dan adwords adalah wajib. Untuk maklumat lanjut mengenai SEO dan adwords, klik sini untuk ketahuinya.

Online Marketing #2 – Social Media

Rasanya kini hampir semua orang memiliki akaun social media. Tidak kiralah sama ada facebook, Instagram ataupun twitter. Pasti ada sekurang-kurangnya satu. Ini menjadikan social media adalah tempat yang sesuai untuk melakukan marketing secara online.

Ia merupakan alternatif kepada website. Dimana dalam akaun social media ada friends / followers yang mengikuti perkembangan korang. Secara tidak langsung, apabila korang update berkenaan produk, mereka akan tahu dan kemungkinan untuk membeli adalah tinggi.

Didalam social media juga menawarkan platform berbayar iaitu facebook ads, Insta ads dan twitter ads. Bagi penerangan lebih terperinci berkenaan perkara tersebut ada pada laman ini.

Online Marketing #3 – E-commerce website

Platform ini juga menjadi pilihan ramai peniaga untuk memasarkan barangan. Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Bagi yang baru bermula, adalah dinasihatkan start dengan yang percuma untuk mengetahui fungsi asas yang ditawarkan.

Ini kerana lain e-com website, lain interface dan fungsi. Jadi kena teliti setiap satu. Bila dah mahir baru berubah kepada yang berbayar. Kini banyak e-com website yang menawarkan tempat untuk peniaga memasarkan barang mereka. Antaranya adalah:

  1. Lazada
  2. Shopee
  3. Lelong
  4. Mudah
  5. Zalora

List diatas adalah antara yang popular dan ramai pembeli yang melayari laman ini untuk membeli barang atas talian. Hanya perlu register akaun dan mula letakkan barangan yang hendak dijual. Teliti terma & syarat bagi setiap laman untuk maklumat lanjut.

b. Offline Marketing

Jika online marketing menggunakan platform online sebagai medium utama, offline marketing pula adalah sebaliknya. Offline marketing lebih fokus kepada jualan secara langsung. Dengan kata lain, offline marketing ini adalah teknik jualan klasik.

Yang mana jualan dibuat secara terus. Penjual berjumpa dengan pelanggan, menerangkan tentang barangan dan kemudiannya proses pembelian berlangsung. Flow yang di ceritakan nampak sangat mudah. Tapi percayalah, ianya lebih sukar dari apa yang disangka.

Terdapat pelbagai cara untuk buat marketing offline ini. Dibawah adalah senarai cara yang boleh dilakukan sekiranya ingin melakukan marketing secara offline.

Offline Marketing #1 – Kiosk / Booth

Kebiasaannya para peniaga akan menggunakan cara ini untuk permulaan. Kadar sewa untuk kiosk / booth adalah lebih murah berbanding kedai shop lot. Saiz agak kecil tapi cukup untuk meletakkan barang jualan.

Kiosk dan booth ini selalunya terletak pada shopping mall. Ianya terletak di lokasi laluan orang ramai. Jadi tiada masalah untuk mendapatkan pelanggan. Cuma kena pastikan shopping mall tersebut mempunyai ramai pengunjung. Barulah ramai yang akan datang ke kiosk / booth korang.

Offline Marketing #2 – Kedai

Ini mungkin tidak perlu dijelaskan lagi. Sudah pasti ramai yang tahu berkenaan kedai. Konsep yang sama seperti kiosk / booth tapi lebih besar. Sudah pastilah sewa lebih mahal. Ini sesuai bagi bisnes yang sudah meningkat dan perlukan ruang yang lebih besar.

Kedai juga dapat memberikan keselesaan kepada para pelanggan untuk membeli. Ia juga memberikan keyakinan kepada pembeli. Secara tidak langsung, kemungkinan untuk pelanggan datang semula adalah tinggi.

Offline Marketing #3 – Flyers / Banner

Kesemua diatas adalah tools yang biasa digunakan bagi offline marketing. Maklumat tentang produk dan cara mendapatkannya boleh di letak didalam setiap tools tersebut. Ianya bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang ramai.

Penggunaan flyers adalah dengan membuat direct approach kepada pelanggan. Memberi sedikit penerangan dan sertakan bersama flyers produk. Secara tidak langsung, pelanggan akan dapat mengenali korang. Ini meningkatkan lagi ‘trust’ pembeli.

Direct approach bebas dilakukan dimana-mana. Target tempat yang ramai orang lalu lalang. Kebarangkalian untuk mendapat sales juga lebih tinggi. Antara tempat ‘favourite’ selalunya adalah di hadapan bank, shopping mall dan kawasan foodcourt.

Bagi banner pula saiz dan design banner memainkan peranan penting untuk menarik minat pelanggan. Tapi jangan letak banner sebarangan kerana ianya salah disisi undang-undang. Cari tempat yang sesuai dan strategik serta mendapat kebenaran dari tuan punya tempat.

c. Mass Media Marketing

Selain online dan offline, bisnes juga boleh dikembangkan dengan menggunakan mass media. Apa itu mass media? Media massa adalah koleksi pelbagai teknologi media yang mencapai audience yang besar melalui komunikasi massa.

Teknologi di mana komunikasi ini berlaku termasuk pelbagai cawangan. Media penyiaran memancarkan maklumat secara elektronik, melalui media seperti filem, radio, muzik dirakam, atau televisyen.

Sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Mass_media

Dengan menggunakan mass media, perniagaan dapat dikembangkan dengan luas. Ini kerana terdapat pelbagai saluran pada mass media yang boleh digunakan untuk pengiklanan. Antaranya adalah televisyen, radio dan papan iklan.

Rasanya setiap rumah ada memiliki televisyen. Tak lengkap rasanya bila rumah tiada TV. Peningkatan jumlah channel TV kini menambahkan lagi peluang bagi pengiklanan perniagaan. RTM, Media Prima, Astro dan HYPP TV antara yang popular.

Begitu juga dengan radio. Banyak stesen radio yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Untuk makluman, radio juga merupakan salah satu platform iklan yang berkesan untuk sesebuah bisnes. Ini kerana jumlah pendengar stesen radio yang ramai.

Jika bukan tv atau radio, pilihan lain adalah menggunakan papan iklan. Mungkin ada yang tidak pasti apa itu papan iklan. Adakah korang pernah terlihat board yang besar di lebuhraya? Sama ada di tepi jalan mahupun di kawasan jejantas.

Pada board berkenaan dilekatkan poster berkenaan sesuatu produk. Itu lah yang dimaksudkan sebagai papan iklan. Atau lebih mesra dipanggil sebagai billboard. Korang boleh menggunakan papan tersebut bagi tujuan pengiklanan bisnes.

Kelebihan bagi ketiga-tiga saluran ini adalah sesebuah iklan akan dilihat oleh ramai orang. Ianya sesuai untuk korang membina branding bisnes. Tapi perbelanjaan bagi pengiklanan tersebut adalah sangat besar. Jauh lebih besar jika dibandingkan dengan marketing online dan offline.

Final Thought – Teknik Buat Marketing Yang Berkesan

Tiga teknik marketing untuk bisnes diatas adalah marketing online, marketing offline dan mass media marketing. Dengan menggunakan ketiga-tiga teknik ini, bisnes korang akan dapat berkembang dengan lebih cepat.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa, kesemua teknik buat marketing ini akan menyebabkan korang terpaksa mengeluarkan modal terlebih dahulu. Selepas itu barulah sales akan “masyuk”. Anggap sahajalah ianya sebagai suatu pelaburan untuk bisnes korang.

Sekiranya korang rasakan ada lagi teknik buat marketing yang lebih berkesan untuk sesuatu bisnes, mohon share kan cadangan, feedback dan komen pada ruangan yang telah disediakan dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *