Theme WordPress Percuma Yang Terbaik Dan Mantap

by | Feb 25, 2021 | Website

Admin ada share sebelum ini cara install theme wordpress. Tapi tak ada pula mention theme wordpress percuma apa yang terbaik dan sesuai untuk digunakan untuk website korang. So kali ini kita update sikit tentang theme yang ada.

Bagi yang baru nak bermula buat website sendiri adalah sangat sesuai dan digalakkan untuk guna theme wordpress percuma. Sebab boleh try pelbagai jenis theme tanpa keluarkan kos. Kalau tak jumpa yang sesuai baru decide untuk beli.

Top 10 Theme WordPress Percuma

Ada pelbagai pilihan theme wordpress yang ada diluar sana. Semestinya ada yang percuma dan ada juga yang premium yakni berbayar. Yang premium pun ada pelbagai jenis. Ada yang boleh beli terus guna sampai bila-bila.

Tapi tak semua macam tu. Ada sesetengah yang menggunakan system licence. Selalunya dalam term yearly licence. Tiap-tiap tahun kena bayar untuk terus guna. Kalau tak bayar, still boleh guna. Tapi takde future update dan support dari theme developer.

Untuk artikel ini admin tak nak ulas panjang lebar mengenai theme premium. Just fokus pada theme wordpress percuma sahaja dulu. Next time admin akan share artikel lain untuk theme premium. So lets check it out senarai theme wordpress percuma.

Theme #1 – Airi

Satu theme percuma yang agak menarik, simple dan lightweight. Ianya juga fully compatible dengan website builder terkenal iaitu Elementor. Pada yang belum tahu, Elementor ini pun percuma juga. So korang boleh pair kan Airi + Elementor untuk hasil yang mantap.

Airi Theme ini adalah dibawah group aThemes. Untuk full features pada theme ini, korang kena subscribe yearly. Boleh pilih sama ada untuk satu theme sahaja atau bundle. Boleh tengok theme lain yang ada dekat laman web aThemes.

Theme #2 – StoreFront

Pada yang nak buat website e-commerce, theme wordpress percuma ini yang paling sesuai untuk korang. StoreFront adalah theme percuma yang di develop oleh WooCoommerce iaitu plugin e-commerce untuk wordpress.

Apa yang menarik adalah korang install lepas tu activate. Secara automatic terus jadi website e-commerce. Memang design template sangat sesuai untuk e-commerce. Tapi kalau nak guna untuk personal blog atau corporate mungkin tak sesuai.

Theme #3 – Neve

Satu lagi theme percuma yang compatible dengan Elementor. Neve adalah theme under ThemeIsle, salah satu port untuk usha theme premium. So Neve ini adalah salah satu theme yang percuma. Of course ada versi yang premium.

Ada beberapa features menarik pada theme premium dimana korang boleh totally rearrange semula website mengikut kesesuaian. Korang wajib tengok feature ni. Apa-apa pun boleh try Neve Theme yang percuma dulu. Kalau dirasakan sesuai, baru proceed ke premium.

Theme #4 – Zakra

Admin tak pernah lagi try theme Zakra ini tapi based daripada review mengatakan theme ini memang laju. Tapi kalau nak buktikan kena try dulu. Sebab kadang-kadang review pun tak boleh nak percaya sangat. Mungkin ada adjustment untuk dapat result tu.

By the way, kita anggap review tu betul je lah. Theme Zakra ini dibangunkan oleh team independent yang bergelar Zakra. Takde join mana-mana theme market atau developer yang lain. Ada pilihan untuk premium. Boleh tengok dekat web Zakra.

Theme #5 – Virtue

Ini adalah theme yang first sekali admin guna masa mula-mula buat website. Itu pun tanya member theme apa yang best untuk guna dan free. Jawapannya adalah Virtue. So admin pun cuba pakai. Mula-mula tu agak pening sebab setting nya banyak.

Tapi hasilnya agak puas hati sebab boleh adjust lebih detail. Of course tak semua part boleh adjust, tapi berbaloilah dengan theme percuma. Virtue ini under development oleh KadenceWP. Ada lagi beberapa theme yang ada. Boleh usha dekat sana.

Theme #6 – GeneratePress

Yang ini pun antara theme yang admin pernah guna. Design agak simple dan fast loading. Ini admin review bukan baca dekat tempat lain. Admin juga upgrade ke theme GeneratePress yang premium. So memang berbaloi pakai.

Pada yang nak blog yang simple dan kemas tapi tak nak setting banyak, GeneratePress adalah untuk korang. Template standard pun dah okay. Boleh usha free dan premium feature dekat laman web rasmi GeneratePress untuk maklumat lanjut.

Theme #7 – Astra

Dulu pernah guna theme Astra ni. Tapi masa tu design agak simple dan tak menarik. Jadi try dan ejas tapi tak jumpa design yang menarik. Then terus tak jadi gunakan. Itu dulu. Tapi sekarang ini theme Astra memang dah jauh berubah.

Features yang paling menarik adalah header dan footer builder. Tak banyak theme yang ada features ini. Tambahan pula Astra bagi free jek. Memang terbaik lah. Mungkin admin pun kena bertukar ke Astra lepas ini. Check it out features lain dekat website Astra.

Theme #8 – Flash

Dengar nama pun dah boleh agak. Theme Flash ini memang laju. Ikut review yang ada pada laman web developer untuk theme Flash, ThemeGrill claim performance nya memang pantas. Load kurang daripada 1 saat dan optimize untuk kelajuan.

Ada banyak lagi feature yang menarik pada theme Flash ini. Ianya fully compatible dengan website builder antaranya adalah Elementor, SiteOrigin, Beaver Builder dan Gutenberg. ThemeGrill ada banyak lagi theme. Boleh usha dekat sana untuk lebih detail.

Theme #9 – Madd Megazine

Pada blogger yang minat design website ala-ala magazine then ini adalah theme untuk korang. Design agak crowd tapi agak menarik sebab nampak penuh. Depends pada citarasa tapi pada admin ianya agak menarik untuk blog.

Tak sesuai untuk website e-commerce ataupun corporate. Developer bagi theme MaddMagazine ini adalah Dessign.net. Korang boleh usha lebih banyak lagi theme yang ada dekat laman web rasmi Dessign.net untuk maklumat lanjut.

Theme #10 – Zigcy Lite

Selain daripada StoreFront, theme ini juga memang design khusus untuk e-commerce website. Memang install je Zigcy Lite theme ini terus jadi kedai online. Tak perlu nak ejas banyak sangat. Design pun cun dan simple.

Cuma untuk yang free version tak dapat nak customize dengan lebih detail. Feature tu hanya ada untuk premium. AccessPress Themes adalah developer kepada theme Zigcy Lite. Boleh usha lebih detail dekat sana untuk tengok demo theme Zigcy Lite ini.

Theme Mana Satu Yang Nak Cuba Dulu Ni?

Dalam banyak-banyak list dekat atas ini, admin pernah guna 3 daripadanya iaitu GeneratePress, Astra dan Astrid untuk website projek. Masa tu belum ada modal untuk beli theme premium. Satu lagi yang tiada dalam list adalah theme Virtue.

Virtue adalah antara theme yang percuma tapi setting agak detail. Menghampiri setting yang ada pada theme premium. Cuma ada sesetengah orang yang tak berapa suka adjust banyak, mungkin tak sesuai untuk korang.

Setting nya agak detail dan kena banyak “try & error” pada yang tak pernah buat website sebelum ini. Tapi hasilnya agak berbaloi. Free je lagipun. Untuk yang suka minimalize design pilihan admin adalah theme Astra.

Manakala pada yang ingin buat website e-commerce, admin sangat menyarankan supaya guna theme StoreFront. Install je theme terus jadi design standard e-commerce website. Simple dan tak perlu buat banyak adjustment.

Of course korang ada banyak lagi pilihan lain selain daripada yang admin senaraikan diatas. Mungkin lepas cuba semua dalam list ini tapi masih tak jumpa yang best, boleh usha yang lain-lain dekat bahagian theme pada laman wp-admin korang.

Pada yang mungkin ada guna theme wordpress percuma yang tiada dalam senarai diatas, boleh share pada ruangan komen dibawah ini. Mungkin admin boleh review dan masukkan dalam list ini. Mana tau kot-kot lagi mantap…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *