Tips Penjagaan Enjin Motosikal Yang Mesti Diketahui Rider

by | Jan 9, 2022 | Motorsports

Ramai yang gunakan motosikal untuk kegunaan harian. So korang kena tahu sedikit tips penjagaan enjin motosikal bagi memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan tip top. Kalau tak jaga memang risiko untuk breakdown adalah tinggi.

Seperti yang umum ketahui, enjin merupakan jantung kepada motosikal. Kalau jantung dah mula sakit, memang effect teruk pada badan kita. Begitulah juga dengan motosikal. Enjin kalau dah start trouble, ianya memang akan bagi banyak masalah.

Daripada gunakan untuk kemudahan, terus jadi beban dan menyusahkan korang bila naik motosikal. Mana tak nya kalau bawa pergi kerja sepatutnya nak elak jammed, tapi tersadai tepi jalan sebab enjin problem. Memang serabut beb.

6 Tips Penjagaan Enjin Motosikal Yang Korang Kena Buat

Admin pernah kena enjin problem dalam perjalanan. Memang “jammed” terus kepala ni. Fikir macam mana nak sampai destinasi. Nak balik rumah pun tak lepas. Terfikir pulak kena keluar duit nak repair motor. Berapa pulak nak kena bayar.

Memang memeningkan kepala bila enjin problem. Last sekali admin terpaksa la menolak motosikal ke bengkel berdekatan. Terpaksa pasrah je la. Sebab tu admin rasa perlu kongsi tips penjagaan enjin motosikal ini supaya korang tak hadapi masalah yang sama nanti.

Tips #1 – Minyak Enjin

Perkara utama yang perlu korang jaga adalah minyak enjin. Pastikan ianya pada level yang ditetapkan. Kalau terlebih pun tak okay sebab nanti boleh effect pada pergerakan enjin dan mungkin juga ada sedikit effect pada pembakaran.

Lebih sikit mungkin takde masalah. Jangan lebih banyak sangat. Tapi kalau kurang memang akan jadi problem. Risiko enjin korang boleh jadi overheating. Sebab pergerakan piston mungkin kurang “smooth” dan geseran dengan block semakin tinggi.

Selain daripada control level, korang juga perlu selalu melakukan rutin servis penukaran minyak enjin. Bergantung kepada jenis minyak enjin, kena follow sela masa yang sesuai untuk servis. Nak tahu minyak enjin yang mantap? Baca dekat artikel jenama minyak hitam motosikal.

Tips #2 – Petrol

Ini mungkin nampak kelakar sebab rasanya orang gila je yang tak isi minyak kalau naik motosikal. Tapi itulah hakikatnya. Masih ada yang tersadai dekat tepi jalan sebab minyak takde. Admin pun pernah laluinya dulu. Kelam kabut naik motor terus jalan.

Lupa nak isi minyak. Sampai separuh jalan terus sangkut-sangkut. Ingatkan enjin problem. Rupanya minyak habis. Menolak ke stesen minyak tengah panas. Peluh mengalir tak payah cerita banyaknya. Nasib baik lepas isi petrol terus boleh start.

Kalau sekali sekala terjadi macam ni takpe. Tapi kalau selalu ianya akan effect kepada fuel system. Sebab tu kena sentiasa jaga level petrol. Yang paling penting adalah kena pastikan meter petrol sentiasa berfungsi. Kalau rosak, risiko untuk habis minyak tengah jalan memang tinggi.

Tips #3 – Air Filter

Seperti yang diterangkan dalam cara enjin motosikal berfungsi, pembakaran dalam enjin memerlukan udara yang bercampur dengan petrol. Jadi udara ini akan disedut daripada luar untuk masuk ke dalam ruang pembakaran.

Bagi mengelakkan debu, pasir ataupun batu masuk ke dalam ruang pembakaran, setiap motosikal mesti ada air filter bertujuan untuk menapis udara. Korang kena jaga air filter ini supaya tak tersumbat dengan kotoran atau filter bocor.

Kalau tersumbat, volume udara yang masuk ke ruang pembakaran akan menjadi rendah sebab ada halangan pada filter. Tapi kalau bocor pula habis semua kotoran masuk ke enjin. Jadi kena selalu check dan bersihkan. Kalau dah bocor, kena ganti segera.

Tips #4 – Spark Plug

Salah satu daripada komponen enjin motosikal adalah spark plug. Dimana fungsinya adalah membekalkan sumber api dengan mengeluarkan percikan api semasa proses pembakaran berlaku dalam enjin. Memang sangat penting spark plug kepada enjin.

Disebabkan kedudukan spark plug adalah berada dalam ruang pembakaran, jadi secara tak langsung ianya juga terkena tempias daripada pembakaran. Kena selalu check spark plug. Kalau dah “hitam” sangat tu kena bersihkan atau tukar pada yang baru.

Jenis spark plug juga memainkan peranan penting kepada pembakaran. Boleh refer jenis spark plug untuk maklumat lanjut. So boleh gunakan yang iridium jika nak prestasi enjin lebih mantap. Lagipun lebih tahan berbanding spark plug biasa.

Tips #5 – Coolant

Bagi motosikal yang ada radiator, mesti menggunakan coolant untuk diisi sebagai cecair penyejuk. Coolant ini akan mengalir didalam radiator untuk menyejukkan enjin. Kena selalu check level coolant pada radiator. Pastikan jangan terlalu rendah sebab nanti enjin cepat panas.

Selain itu ianya juga mendedahkan risiko pada radiator bocor disebabkan oleh coolant kurang mengalir didalam. Bila radiator bocor, coolant akan sentiasa kurang dan kalau tak pantau boleh kering terus. Kalau kering memang enjin akan overheat.

Coolant juga seperti minyak enjin. Ada sela masa penggantian yang korang perlu follow. Kalau guna satu coolant terlalu lama, alamatnya berkeladak dalam radiator. Ianya juga meningkatkan risiko radiator untuk bocor.

Tips #6 – Bateri

Mungkin nampak macam tak penting untuk menjaga bateri. Maklumlah bateri sebenarnya susah nak rosak. Tapi risiko untuk bateri tak berfungsi tu ada. Kenalah juga selalu check. Terutamanya bagi yang menggunakan bateri sel basah.

Kena selalu monitor air bateri dan topup sekiranya kurang. Manakala kalau pakai bateri sel kering kena pastikan power bateri sentiasa pada keadaan optimum. Ada banyak cara nak check level bateri. Paling mudah guna multimeter.

Effect pada enjin bila bateri problem adalah motosikal korang akan mengalami symptom semput. Itu adalah tanda-tanda awal bateri korang dah lemah. Selain daripada itu, korang juga susah nak hidupkan motosikal. Kena buat banyak kali barulah boleh start enjin.

Enjin Tip Top Barulah Best Nak Ride

Memanglah kalau dah nak jadi, kita tak dapat nak buat apa-apa. Tapi kita harus amalkan tips penjagaan enjin motosikal ini bagi memastikan enjin berada pada keadaan yang baik. Barulah rasa tenang sikit semasa menunggang motosikal.

Tambahan pula bagi yang suka pergi ride jauh. Memang kena pastikan semua tip top barulah boleh gerak. Kena buat checking dan servis setiap kali nak pergi ride jika perlu. Better prevent than cure. Kalau tersangkut tengah jalan sebab enjin bermasalah memang naya beb.

Kena pulak tengah highway. Lagilah korang problem. Mana nak cari kedai motosikal nak repair. Terpaksa call mechanic untuk repair. Harga repair tengah highway tak sama dengan repair dekat kedai. Memang komfem ada charge lain.

Kalau rosak saja takpelah. Motor kita boleh repair. Duit keluar untuk repair tu kita masih boleh cari balik. Tapi kalau enjin problem dan menyebabkan kita mengalami kemalangan, memang problem. Bila sebut pasal accident, ianya melibatkan nyawa.

So kenalah ambil berat tentang penjagaan enjin ini. Setakat ini sahaja yang admin dapat kongsikan mengenai tips penjagaan enjin motosikal. Diharap ianya dapat memberi manfaat kepada yang membaca. Sila komen dekat bawah sekiranya ada pendapat atau cadangan…

Sumber: Do It Yourself

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.