Tips Penjagaan Motosikal Basic Yang Rider Kena Tahu

by | Jun 14, 2021 | Motorsports

Sejak kebelakangan ini penunggang motosikal semakin bertambah diatas jalan raya. Jadi admin rasa nak share tentang sedikit tips penjagaan motosikal yang simple dan semua pengunggang motosikal sepatutnya kena tahu.

Pada yang belum tahu tu jangan risau. Mohon baca artikel ini sampai habis untuk ketahui semua tips yang admin maksudkan tersebut. Ianya sangat simple tapi penting. Kalau korang tak buat mungkin menyebabkan kerosakan kepada motosikal.

Top 10 Tips Penjagaan Motosikal Asas Yang Wajib Ambil Tahu

Boleh dikatakan kebanyakkan rider akan gunakan motosikal untuk ke tempat kerja. Terutamanya dikawasan Bandar. Kalau naik kereta, perjalanan yang dekat pun ambil masa yang lama hanya disebabkan traffic jammed.

Itulah salah satu daripada kelebihan motosikal berbanding kereta. Supaya korang boleh sampai ke tempat kerja lebih cepat. Akan tetapi kalau motosikal tidak berada dalam keadaan yang baik dan rosak ditengah jalan pun problem juga.

Daripada elok boleh sampai cepat, terus tak sampai jadinya. Jadi sebab itu pentingnya penjagaan asas  terhadap motosikal. Kena selalu check kondisi motosikal korang. Nak tahu apa tips penjagaan motosikal dan benda yang nak kena check? Baca dekat bawah ini…

Tips #1 – Petrol

First and foremost dah tentulah kena sentiasa alert pada level petrol pada motosikal. Ini senang je nak tengok. Even budak sekolah rendah pun tahu macam mana nak check. Tengok dekat meter dah boleh tahu berapa banyak petrol yang tinggal.

Sekarang ini dah banyak motosikal yang pakai meter digital. Jadi level indicator untuk petrol juga dalam bentuk digital. Ada juga yang masih pakai jarum. Yang penting korang kena pastikan petrol ada dan mencukupi untuk perjalanan ke destinasi.

Kalau dah “blinking” atau jarum tunjuk dekat dengan “E”, so cepat-cepat lah cari stesen minyak untuk isi. Jangan sampai kering dan sangkut tengah jalan baru nak isi. Bak kata orang nasi dah jadi bubur. Alamatnya menolak motor la korang.

Tips #2 – Tayar

Ini sangat berkaitan dengan keselamatan ketika menunggang motosikal. Tayar adalah salah satu komponen motosikal yang sangat penting selain enjin. Ianya ibarat “kasut” kepada sesebuat motosikal. Cuba bayangkan korang pakai kasut yang tapak dah haus masa hujan. Licin tak?

Macam tu juga lah tayar motosikal korang. Kena selalu check dan pastikan ianya tak “botak”. Of course ada banyak lagi item yang kena check detail pada tayar bagi memastikan lifetime tayar lebih panjang. Boleh baca dekat artikel tips penjagaan tayar motosikal. Dekat sana ada lebih detail.

Tips #3 – Brake

Selain tayar, brake motosikal juga sangat penting untuk korang jaga. Sebab ini melibatkan nyawa korang. Takde brake maksudnya ianya adalah tiket untuk menempah maut. Tak kiralah korang pemandu berhemah ke professional ke. Sangat bahaya kalau motor takde brake.

Sebelum memulakan perjalanan korang seharusnya check dulu kondisi brake. Cara nak check senang je. Masa tengah bergerak then cuba brake beberapa kali dan pastikan ianya “makan”. Bagi yang pakai disc brake, boleh check level minyak brake korang dulu sebelum bergerak.

Tips #4 – Minyak Pelincir

Bila sebut pasal motosikal, komfem orang akan cakap pasal enjin. Salah satu daripada perkara yang paling penting untuk jaga enjin motosikal adalah dengan memastikan minyak pelincir berfungsi dengan baik. Atau nama lainnya adalah “minyak hitam”.

First korang kena pastikan level minyak pelincir mencukupi. Boleh buka lever pada enjin untuk tengok cukup atau tidak. Pastikan berada diantara tanda “max” dan “min. Kalau bawah daripada “min”, kena tambah minyak.

Satu lagi yang perlu ambil perhatian adalah schedule tukar minyak pelincir. Ianya bergantung kepada jenis minyak pelincir dan juga motosikal. Tapi boleh dikatakan average lebih kurang 1500km ke 3000km mesti tukar minyak pelincir.

Tips #5 – Rantai & Sprocket

Ini juga antara komponen yang sangat penting dekat motosikal selain enjin. Sprocket dan rantai adalah part yang menghubungkan antara enjin dengan tayar. Jadi kalau rantai putus, memang tak bergeraklah jawabnya motosikal korang tu.

So kena jaga dengan betul. Biasanya orang akan cakap nak jaga rantai dan sprocket ini kena pastikan letak lubricant. Barulah pergerakan lancar. Tapi ada banyak lagi yang perlu check. Untuk lebih detail boleh baca dekat artikel tips penjagaan rantai sprocket motosikal.

Tips #6 – Bateri

Kalau dekat rumah kita perlukan elektrik, pada motosikal kita perlukan bateri. Bateri motosikal tak berfungsi maka tak berlakulah pergerakan. Nak start enjin pun tak boleh. Kena pastikan bateri dalam keadaan tip-top sebelum memulakan perjalanan.

Apa yang korang kena buat adalah kena pastikan air bateri ada. Tapi sekarang ini banyak motosikal yang dah gunakan bateri jenis “sel kering”. Indikator yang paling senang nak detect bateri dah lemah adalah motor korang susah nak dihidupkan.

Itu salah satu factor yang menunjukkan bateri korang dah mula nak “kong”. So better check bateri untuk pastikan sama ada masalah bateri atau benda lain. Mungkin susah nak check bateri sebab kena buka cover set. Kena pergi ke workshop berdekatan.

Tips #7 – Body

Bahagian luaran motosikal juga perlu dijaga. Maklumlah, penampilan kenalah nampak “segak” kan. Sama macam kita juga. Kena mandi pakai sabun barulah bersih dan wangi. Motor pun nak kena mandi juga betul tak?

Ini tak susah pun nak buat sebenarnya. Korang boleh basuh ketika hujung minggu. Tapi kalau malas sangat, boleh pergi berkunjung ke bike spa yang berdekatan. Bayar duit je komfem terus berkilat siap polish lagi motosikal korang tu.

Tips #8 – Lampu

Still related to safety semasa menunggang terutamanya pada waktu malam atau hujan. Semua motosikal akan dilengkapi dengan lampu depan dan belakang. Kedua-duanya sangat penting untuk pengguna jalanraya lain nampak korang.

Kalau takde lampu ataupun rosak, memang risiko untuk kemalangan adalah sangat tinggi. So kena pastikan kedua-dua lampu berfungsi dengan baik sebelum memulakan perjalanan. Nak check senang je. Letak tangan dekat lampu then boleh nampak ada atau tak cahayanya.

Tips #9 – Signal

Ada sangkut paut dengan tips #8. Tapi admin asingkan sebab ianya penting. Kalau lampu tadi untuk orang nampak korang diatas jalanraya. Signal pula untuk pastikan orang alert yang korang nak ke arah mana. Terutamanya bila korang nak menukar lorong atau dekat simpang.

Sebab tu sekarang ni kalau perasan signal diasingkan daripada lampu. Semua model baru dah implement. Nak bagi orang nampak signal. Jadi kena check selalu signal motosikal korang tu. Cara check signal sama dengan check lampu. On signal then letak tangan. Boleh nampak ada lampu atau tak.

Tips #10 – Helmet

Okay yang ini bukan komponen motosikal tapi kalau korang bawa motor mesti pakai. Sebab ianya peraturan jalan raya. Kalau tak pakai memang kena saman. Helmet juga korang kena jaga sebab berkaitan dengan keselamatan.

Terutamanya pada bahagian visor. Kena pastikan ianya bersih dan bebas calar untuk elak daripada pandangan ketika menunggang motosikal terganggu. Ada macam-macam lagi tips lain. Boleh baca detail dekat artikel tips penjagaan helmet motosikal.

Simple But Nice Isn’t It?

10 tips penjagaan motosikal diatas adalah perkara penting yang korang kena tengok sebelum memulakan perjalanan menunggang motosikal. Kalau nak pergi ride jauh lagilah mandatory. Jangan mula tayar golek selagi tak check kesemua item diatas.

Nampak macam banyak tapi kalau buat checking sebenarnya tak sampai 10 minit pun. Kalau ada problem yang jadi lama. Tapi better dapat tahu problem sebelum gerak daripada sangkut tengah jalan. Lagi pening kepala nanti nak cari bengkel pulak.

Bak kata orang sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Jadi benda yang boleh elak, kita cuba untuk elakkan sebaik mungkin. Tapi kalau dah nak jadi, tak boleh nak buat apa jugalah kan. Terpaksa terima seadanya.

Itulah sedikit tips penjagaan motosikal yang dapat admin kongsikan. Semoga ianya dapat membantu korang untuk menjaga motosikal. Sekiranya terdapat sebarang komen, pendapat ataupun cadangan, boleh tinggalkan dekat ruangan dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.