Web Hosting Percuma Yang Digunakan Untuk Website Korang

by | Dec 31, 2020 | Website

Bila sebut je mesti terbayang nak kena keluarkan kos untuk ambil hosting. Akan tetapi kali ini lain sikit sebab admin nak bagi option untuk web hosting percuma untuk korang. Siapa yang tak nak barang free betul tak?

Cuma hosting ni bukan lah dalam bentuk barang. Tapi lebih kepada perkhidmatan. So kalau dapat servis free kan best. Tak perlu keluarkan duit nak bayar hosting setiap bulan atau pun tahunan. Apa yang kita perlu buat hanyalah concentrate pada maintain laman web.

Web Hosting Percuma Yang Korang Kena Cuba

Namun begitu, langit tak selalu cerah. Kadang-kadang hujan menimpa juga. Begitulah diibaratkan dengan barang atau servis free ni. Tak semuanya indah belaka. Siapa dalam dunia ini tak nak untung kalau berniaga. Lainlah kalau korang niat “sedekah”.

Itu dah jadi perkara lain. Tapi takkan pula korang nak sedekah dekat semua orang. Ramai pulak tu. Silap-silap korang yang kopak dibuatnya nanti. Kalau nak beribadah pun biarlah kena pada tempatnya betul tak?

Web hosting percuma ini ramai yang mempertikaikan kredibiliti hosting provider tersebut. Sebab barang free ni selalunya “cikai”. Tapi macam mana pun, jom kita tengok dulu senarai web hosting percuma dan pakej yang ditawarkan.

Hosting #1 – InfinityFree

First on the list adalah Infinity Free yang membawa maksud selamanya percuma. Maksud yang tersirat dalam perkataan tu adalah selamanya percuma selagi ianya masih wujud. Kalau tiba-tiba website hosting ini hilang dari radar, so kira tamat lah.

In term of specification hosting yang ditawarkan memang nampak seperti mantap habis. Mana tak nya, free hosting dengan free SSL, unlimited storage dan bandwidth. Selalunya kita akan jumpa spec macam ini kalau hosting “high end” sahaja.

Berdasarkan review, ianya still boleh digunakan untuk run sesebuah website. Tapi tak boleh expect terlalu tinggi seperti spec yang dijanjikan. Pada pandangan admin, it’s worth to try sebab ianya tak keluarkan kos pun.

Hosting #2 – 000WebHost

Satu lagi hosting percuma yang agak popular. Untuk makluman, 000webhost ini adalah dibawah kelolaan salah satu hosting provider yang terbesar didunia iaitu Hostinger. Kira ini salah satu inisiatif untuk contribute kepada komuniti agaknya.

Tapi mungkin juga ianya salah satu cara terbaik untuk mempromosikan hosting premium yang ada pada Hostinger. Bila orang dah biasa guna yang percuma dekat 000webhost dan berpuas hati dengan services, then lebih mudah untuk upgrade ke pelan berbayar.

Dari segi spek, 000webhost memang terus terang tulis hosting untuk satu domain, 300 MB space dan 3 GB bandwidth. Memang basic sangat apa yang diberi. Tapi memadailah sebab free. Ada option untuk upgrade pada yang berbayar.

Hosting #3 – Google Cloud Hosting

Semua orang tahu kalau sebut Google. Tapi jarang yang tahu bahawa goole juga ada tawarkan servis untuk hosting. Ianya dipanggil Google Cloud Hosting. Daripada info yang admin terima, hosting dari google ini free untuk digunakan.

Tapi of course korang wajib ada akaun google terlebih dahulu. Kalau takde memang tak dapat lah nak tolong. Rasanya bukan suatu masalah besar pun kalau takde. Korang boleh register je terus account dengan cara buat account gmail.

Secara automatic, korang boleh access ke google cloud hosting. Admin tak dapat info detail pasal hosting ini. Tapi maybe akan cuba dalam masa yang terdekat. Nantikan review admin akan update dekat sini.

Hosting #4 – AwardSpace

Seperti servis yang ditawarkan pada 000webhost, AwardSpace menjanjikan perkhidmatan hosting percuma kepada korang. Macam biasa, korang mestilah register account dengan AwardSpace untuk menggunakan servis tersebut.

Terhad kepada 1 domain sahaja. Tapi boleh add-on 3 sub-domain didalam hosting yang sama. Specification untuk hosting pula adalah 5 GB bandwidth dan 1 GB disk space. Yang menariknya adalah hosting ini tidak terhad kepada wordpress sahaja.

Korang bebas untuk pilih CMS yang nak digunakan. Buat masa ini hanya 2 CMS sahaja yang available iaitu WordPress dan Joomla. Yang lain belum boleh lagi. Maybe akan datang. Boleh try dulu guna yang free. Kalau okay boleh upgrade ke pelan berbayar.

Hosting #5 – Freehostia

Nama je pun dah nampak jelas free. FreeHostia menawarkan hosting percuma untuk website. Dan yang dijamin adalah “ads-free”. Sebab ada sesetengah hosting yang percuma ini akan letakkan ads dekat website korang.

Kira counter balik pada kos hosting yang diberi percuma. Tapi untuk FreeHostia memang takde ads. Dari segi specification yang korang dapat adalah 6 GB bandwidth dan 250 MB disk space untuk 5 domain. CMS pilihan sama ada wordpress atau joomla.

Dari segi bandwidth dan bilangan domain nampak macam okay tapi disk space agak kecik. Kalau website yang banyak gambar mungkin akan cepat penuh. Boleh cuba dulu. Mana tahu kot-kot kena dengan citarasa korang kan.

Hosting #6 – FreeHosting

Sekali imbas nampak macam meyakinkan bila go through FreeHosting punya offer. Lebih kurang macam InfinityFree juga. Tapi admin tak boleh nak percaya bulat-bulat sebab “its too good to be true”. Takut nanti lebih sudu dari kuah je.

In term of specification, untuk satu domain korang akan dapat 10 GB disk space. Manakala untuk bandwidth, FreeHosting akan bagi unmeter bandwidth. Memang gempaklah kalau dapat seperti yang dijanjikan pada bandwidth tu.

Sebab hosting premium pun sekarang dah mula letak limit kepada bandwidth untuk mengelakkan “overclaim”. Jadi nampak macam terlalu hebat untuk sesuatu yang free. By the way, it’s free to try. Kalau tak seperti yang dijanjikan sekalipun, kita still tak rugi apa-apa kan?

Hosting #7 – ByetHost

Ini satu lagi hosting percuma yang menawarkan spec “ala-ala” premium. ByetHost juga ada hosting plan yang berbayar. Tapi yang menarik perhatian admin adalah free hosting plan yang superb dari segi spec nya. Memang diluar jangkaan.

Untuk satu account, korang akan dapat 5 GB disk space. Ini kira “biashe-biashe” je ni. Yang hebat adalah korang boleh parked unlimited domain serta unlimited monthly bandwidth. Ini memang luar biasa beb. Jarang premium hosting ada bagi unlimited parked domain.

Hosting #8 – HyperPHP

Tak banyak informasi detail yang admin dapat berkenaan HyperPHP. Admin cuma tahu yang ianya ada tawarkan pelan hosting percuma. Specification yang ditawarkan adalah seperti 1 GB disk space dengan unlimited bandwidth.

Untuk maklumat lain agak “unclear” so admin tak boleh nak review lebih detail. Apa-apa pun korang still boleh consider untuk try option ini sekiranya perlu.

Hosting #9 – FreeWebHostingArea

Yang terakhir dalam senarai adalah Free Web Hosting Area. Panjang pulak nama hosting ni. Pada yang belum ada registered domain name, korang boleh pakai subdomain yang ada pada FreeWebHostingArea ini.

Tu antara kelebihan yang tak ada pada hosting percuma yang lain. Dari segi spec pula, korang akan dapat 1.5 GB disk space serta unmeter traffic monthly. Again, it’s worth to try because we are not losing any penny at all.

Web Hosting Percuma Yang Mana Satu Paling Bagus?

Buat masa ini admin belum ada jawapan kepada soalan tersebut. Kalau boleh admin pun nak hosting percuma. Senang tak payah bayar dan takde pening kepala fikir hosting expired bila. Yang penting maintained website content je.

Tapi hakikatnya tak seindah yang dikhabarkan. Admin pernah cuba salah satu web hosting percuma diatas untuk run website projek. Prestasinya agak kurang memberangsangkan. Dari segi dalaman, ianya berfungsi seperti biasa.

Namun begitu ianya banyak memberi masalah kepada visitor. Antaranya slow loading dan juga kadang-kadang tak boleh access ke website. Pada yang ada modal, admin sarankan untuk terus cari web hosting terbaik untuk website korang.

Option web hosting percuma ini sangat berguna bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia website dan cuba nak belajar buat website. Untuk design memang korang boleh guna hosting free. Tapi kalau melibatkan actual traffic, better jangan.

Tu adalah ten-cent advise daripada admin je lah. Kalau korang rasa nak cuba pun takde masalah. Sekiranya korang ada sebarang pendapat, cadangan dan komen, mohon berbuat demikian pada ruangan yang disediakan dekat bawah ini…

Sumber : ThemeIsle

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *