Website Buat Animation Yang Terbaik Dan Awesome

by | Dec 27, 2020 | Creative

Jika sebelum ini admin share dengan korang pasal software buat animation percuma. Tapi kali ini lain sikit. Kita cerita pasal website buat animation pula. Bila sebut pasal website, so operasi untuk create animation tu semua kena online.

Jadi ianya tak recommended sekiranya korang punya line internet agak slow. Silap haribulan korang yang tension nanti. Bila dah siap edit apa semua tiba nak download tak boleh loading. Lagi parah kalau tak autosave progress.

Terpaksa buat balik semula. Tapi sekarang ni internet coverage di Malaysia ini kira agak stabil. Rasanya mungkin takde masalah kalau korang nak cuba dulu buat animation dekat website yang admin senaraikan dibawah ini.

Website Buat Animation Untuk Tujuan Marketing

Sekarang ini nak buat marketing untuk bisnes sudah semakin mencabar. Para pelanggan sudah semakin pintar kerana ada pelbagai access maklumat dekat internet. Jadi kita sebagai owner bisnes haruslah kreatif dan ubah cara marketing.

Salah satu cara yang agak berkesan dalam strategi marketing kini adalah menggunakan animation video. Tak semestinya nak kena buat animasi 3D yang gempak dengan pelbagai visual effect. Just simple explainer video pun dah memadai.

Tapi masalahnya sekarang ini macam mana nak buat video yang admin maksudkan diatas. Of course kita boleh guna software. Namun kadang-kadang takde idea yang menarik. Alternatifnya adalah dengan guna website. Jom kita tengok kelebihannya dekat bawah…

Laman Web #1 – Powtoon

Dekat website Powtoon ni korang boleh buat simple explanation video based kepada template yang ada. Dengar macam tak menarik. Tapi terdapat banyak template yang sedia ada dan semuanya menarik. Korang kena pilih satu yang dirasakan sesuai.

Then terus edit mengikut citarasa. Boleh tukar text, warna, icon dan lain-lain lagi. Lepas semua dah siap dan dah rasa puas hati dengan video tersebut, korang boleh download video tersebut dan gunakan untuk tujuan marketing.

Of course sebelum nak edit template dan download, korang mesti register account terlebih dahulu. Untuk basic account, free je untuk digunakan. Tapi terdapat banyak restriction. Untuk full feature kena subscribe yang berbayar.

Laman Web #2 – Renderforest

Hampir sama konsep dengan powtoon. Tapi Renderforest secara general ada jumlah dan jenis template yang lebih banyak. Animation dan footage yang ada dalam template pun banyak yang menarik dan gempak.

Selain itu korang juga boleh cuba dulu walaupun tanpa register account. Boleh tengok dulu apa features yang ada. Cuma nak preview hasil video yang dibuat tu je tak boleh. Kena register account terlebih dahulu.

Dari segi subscription ianya juga percuma digunakan. Namun terhad kepada video 3 minit kebawah dan video yang korang gunakan akan ada watermark. Kalau nak unlock feature yang premium kena subscribe plan yang berbayar.

Laman Web #3 – Animaker

Satu lagi website yang boleh korang jadikan port untuk create video animasi. Animaker juga menawarkan pelbagai template video animasi serta footage yang menarik untuk korang jadikan sebagai marketing tools.

Terdapat banyak template yang boleh korang pilih. Tapi dengan syarat kena register account terlebih dahulu. Boleh edit video, upload video dan gambar, customize yang mana perlu dan kemudiannya download hasil akhir.

Free download bagi 5 video sahaja sebulan. Satu lagi kalau version free ini akan ada watermark pada video. Macam biasa, kalau nak download lebih banyak tanpa watermark pada video, kenalah subscribe pelan yang berbayar.

Laman Web #4 – Biteable

Still konsep yang sama juga untuk website Biteable ini. Ada bermacam-macam template. Memerlukan registration untuk cuba features yang ada. Of course ianya juga ada option percuma dan pelan berbayar.

Tapi apa yang menarik berkenaan Biteable ini adalah ianya tak limit kan download untuk setiap bulan. Cuma semua video yang korang edit daripada template, customize dan download akan ada watermark. Tapi still ok kalau korang boleh buat banyak video.

Kalau puas hati dengan template serta features yang ada, then boleh terus subscribe pelan yang berbayar untuk continue project korang.

Laman Web #5 – Moovly

Ini pun sama juga macam yang atas. Untuk menggunakan perkhidmatan buat animation serta footage dekat Moovly ini korang haruslah register account terlebih dahulu. Kalau tak register, memang tak boleh. Nak tengok sample template pun tak dapat.

Tapi once register then korang boleh terus gunakan apa features yang ditawarkan secara percuma. Cuma satu je yang kurang best adalah account free hanya boleh guna untuk publish video korang ke youtube sahaja.

Selain itu, video korang juga akan mengandungi watermark dan outro Moovly. Kalau nak download video dan buang watermark memang tak boleh melainkan korang subscribe plan yang berbayar.

Laman Web #6 – Crello

Website ini bukan sahaja mampu buat animasi. Malah banyak lagi function yang ada pada Crello. Antaranya edit gambar, buat logo dan sebagainya. Yang lagi best adalah korang boleh terus guna kesemua features tersebut even tanpa account.

Cuma bila nak download nanti sahaja perlukan registration. Ada option percuma dan berbayar. Untuk percuma, limted kepada 5 projek sahaja sebulan. Kalau korang perlu lebih lagi, then kena ambil option berbayar.

Laman Web #7 – Pixteller

Sekali imbas tengok nama macam tak kena pula bila letak dekat animasi. Dekat Pixteller korang boleh gunakan untuk edit gambar dan juga create simple animation. Kira macam one stop centre untuk korang buat material untuk marketing.

Sebab selalunya memang akan banyak guna gambar dan juga video. Tapi yang tak bestnya adalah admin tak jumpa option percuma. Hanya percuma registration sahaja. Nak guna features semua kena bayar.

Laman Web #8 – Animatron

Jika Pixteller tadi ada features untuk gambar dan video. Tapi Animatron ini memang focus kepada penghasilan video untuk content marketing. Antara features yang ada adalah video editor dan animation.

Ada lagi beberapa features yang lain tapi mungkin tak releven untuk admin highlight dekat sini. Ada pelbagai template yang boleh korang cuba. Yang mana menarik korang boleh pilih dan edit sampai bersesuaian dengan content yang dikehendaki.

Tapi satu yang tak best adalah option free hanya boleh digunakan untuk fungsi “embed”. Maknanya letak dekat website sahaja yang boleh. Kalau nak download atau gunakan dekat tempat lain, perlu ambil pelan berbayar.

Banyak Juga Website Buat Animasi Ni Ye…

Memang kalau nak diikutkan ada banyak lagi website yang menawarkan features yang sama seperti admin list kan diatas. Tapi tak larat lah admin nak ceritakan semuanya. Korang nanti pun nak muntah pula baca panjang sangat.

8 website buat animation yang admin senaraikan dekat atas ini pun kalau korang nak explore dan cuba satu-persatu pun dah jenuh. Inikan pula nak cuba semua. Memang tak dapat la. Banyak sangat nanti terus confuse nak guna yang mana satu.

Review daripada admin, antara 8 website buat animation diatas, yang paling best adalah Renderforest. Sebabnya template yang ada memang banyak. Ada banyak jenis pulak tu. Customize option pun agak menarik. Bukan setakat edit yang simple je.

Itu pendapat admin. Korang pula macam mana? Sama tak dengan review admin. Sekiranya korang ada sebarang pendapat, cadangan mahupun komen, sila berbuat demikian pada ruangan yang telah disediakan dekat bawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *