WordPress Plugins Untuk SEO Yang Sering Digunakan

by | May 29, 2021 | Website

Jika sebelum ini admin ada share mengenai jenis plugins wordpress yang sering digunakan, so kali ini kita go deep sikit iaitu worpress plugins untuk SEO. Maknanya plugin ini khusus untuk cover SEO sahaja. Untuk fungsi lain kena install plugins lain.

Pada yang belum tahu caranya, boleh baca artikel cara install plugins wordpress. Senang je pun. Lepas install plugins terus boleh gunakan. Persoalannya plugins apa yang kita nak pakai untuk function SEO? So korang kena terus baca dekat bawah untuk ketahuinya.

Top 5 Worpress Plugins Untuk SEO Yang Boleh Korang Cuba

Seperti yang admin story dalam artikel kelebihan SEO, of course ianya sangat penting bagi sesebuah website atau blog. Jadi better kita betulkan dulu yang basic. Sebelum go to paid marketing dan sebagainya. Sebab SEO ini “free” je pun.

Kenapa perlu bazirkan duit kalau ada resources yang percuma. Kalau nak buat paid marketing sebagai “tambahan” then it should be okay. Sebab kadang-kadang SEO ini agak lambat berbanding cara marketing yang lain.

Tapi ianya sesuatu yang korang tak harus abaikan. Kena buat walaupun ada cara lain. Okay enough talking. Ada baiknya kita terus ke senarai wordpress plugins untuk SEO. Mungkin ada yang dah tak sabar nak install dekat blog mereka kan. Check it out…

SEO Plugins #1 – SEO By Yoast

Ini adalah antara salah satu plugin yang paling popular jika sebut pasal SEO. Ianya adalah satu plugins premium yang akan guide untuk perbaiki blog atau website korang in term of SEO. Tapi jangan risau sebab masih ada yang free version.

Cuma functionality tak semantap yang premium. Yoast sebenarnya ada mengeluarkan beberapa lagi plugin tapi semuanya berkaitan dengan SEO juga. Selain plugins, Yoast juga ada menawarkan course SEO. Kalau nak join senang je. Just subscribe plugins premium iaitu USD 89 per year.

Ianya akan bundle sekali dengan course SEO. Secara tak langsung plugins dan course akan meningkatkan prestasi web korang dalam SEO. Pada yang nak lihat lebih detail mengenai plugins SEO By Yoast ini, sila layari laman web rasmi Yoast.

SEO Plugins #2 – AIOSEO

In term of feature, AIOSEO ini kira saing-saing dengan Yoast juga. Boleh dikatakan plugin ini juga sangat membantu korang in term untuk improve SEO pada website atau blog. AIO adalah akronim kepada All In One. Dalam Bahasa Melayu nya semua dalam 1.

Senang cerita one solution kepada masalah SEO korang. Bila korang install je plugins, follow setting yang recommended dan just ikut guide dalam buat posting then it should be okay. AIOSEO juga adalah plugins premium yang ada free version.

So korang boleh try dulu feature yang ada pada free version. Sekiranya ianya menepati citarasa dan expectation korang dalam SEO, then boleh subscribe premium version iaitu USD 49 per year. Boleh usha dekat web AIOSEO untuk maklumat lanjut.

SEO Plugins #3 – SEOPress

Ini lebih gempak daripada dua yang diatas. Sebab feature yang ditawarkan lebih banyak berbanding yang lain-lain. Free version pun dah gempak feature yang ada. Apatah lagi yang premium version. Lagi lah banyak feature yang menarik.

Seperti yang lain, SEOPress ini juga menumpukan kepada improve SEO pada website dan blog. Just follow recommended setting dan website atau blog korang are ready to rock. Dan yang lebih menarik adalah pakej yang ditawarkan pada premium.

Harga untuk subscribe adalah USD 39 per year sahaja. Dan yang paling best adalah ianya tidak terhad kepada berapa website untuk guna. Tak macam Yoast dan AIOSEO yang limited. Boleh tengok dengan mata sendiri jika tak percaya apa yang admin story ni dekat laman SEOPress.

SEO Plugins #4 – The SEO Framework

Dari nama dah nampak jelas ianya untuk mengukuhkan framework SEO untuk sesebuah website dan blog. Cuma pada pendapat admin ianya agak kurang feature berbanding yang lain-lain. Untuk add features tertentu korang kena tambah extensions.

Tapi don’t worry guys, boleh dapatkan extension tersebut dekat laman web The SEO Framework. In terms of price juga memang ini yang paling murah setakat ini. Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan. Yang paling murah adalah USD 7 per year.

Manakala yang paling mahal adalah USD 27 setahun. Of course ada terdapat berbezaan dari segi feature yang ditawarkan bagi setiap pakej tersebut. Kena lihat lebih detail dekat laman web rasmi SEO Framework untuk maklumat lanjut.

SEO Plugins #5 – Squirrly SEO

Sekali imbas bunyinya macam tupai dalam English. Tapi Squirrly sebenarnya ada banyak service lain yang ditawarkan selain plugin untuk SEO. Tapi mostly berkaitan dengan SEO lah. Jadi boleh check it out yang lain-lain dekat laman Squirrly SEO untuk maklumat lanjut.

Bagi plugin SEO, pada pendapat admin, ianya lebih kepada visual sign. Sebab banyak indicator dalam bentuk pelbagai warna. Jadi ianya menyebabkan korang akan lebih alert jika terdapat sebarang issue berkaitan SEO pada laman blog atau website.

Harga untuk plugins SEO dari Squirrly ini terdapat beberapa pakej iaitu bermula serendah USD 21 per month sehingga USD 76 sebulan. Agak mahal berbanding yang lain-lain. Tapi korang boleh unsubscribe pada bila-bila masa tana tunggu cukup tahun.

WordPress Plugins Untuk SEO Yang Mana Satu Admin Guna?

Kalau tanya admin, wordpress plugins untuk SEO yang digunakan adalah SEO By Yoast. Sebab admin sifu admin ajar buat website guna plugins ini. So lekat sampai sekarang. Even kalau buat website untuk customer pun, admin akan still guna plugin ini.

In terms of functionality rasanya kebanyakkan plugins sama je. Sebab ianya focus kepada SEO. Jadi plugins ini akan bantu dan guide kepada jadikan SEO website korang lebih baik. Cuma admin suka guna Yoast sebab ianya simple.

Tapi sampai sekarang admin still guna yang free je. Belum lagi berkesempatan nak upgrade ke SEO By Yoast premium. Maybe nanti kalau dah upgrade admin akan review lagi pada artikel yang lain. Pada admin yang free ini pun dah cukup untuk basic SEO function.

Yang penting korang kena tahu apa yang perlu dibuat dan faham macam mana SEO berfungsi. Untuk plugins yang lain memang admin tak pernah try. Tapi in terms of feature, nampak macam SEOPress yang paling mantap disamping harga yang rendah.

Ini pun kalau ada peluang mungkin admin akan try lepas ini. Itu pada pendapat admin. Korang pulak macam mana? Mungkin ada plugins SEO lain yang korang guna tak termasuk dalam senarai ini. Boleh tinggalkan komen dekat ruangan bawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *