Yamaha Corporation – Pembuat Peralatan Muzik Yamaha

by | Dec 25, 2019 | Music

Secara jujurnya, admin mengenali Yamaha Corporation sebagai pengeluar motorsikal masa kecik dulu. Bila start main muzik barulah tahu yang Yamaha ini juga adalah pengeluar peralatan muzik. Bukan cikai tau. Sama naik motor dan instrument muzik.

Motor Yamaha memang terkenal lah kan. Sampai masuk ke motogp dan sebagainya. Peralatan muzik pun mantap juga. Terkenal diseluruh dunia. Tapi korang jangan terkejut pulak. Sebenarnya jenama Yamaha ini bermula dengan muzik dulu.

Kemudian barulah mereka mencipta motorsikal. Bergerak dalam syarikat yang sama sehinggalah menjadi dua division yang berlainan. Ianya sebab kedua-duanya semakin berkembang dan bertambah besar. Jadi lagi senang kalau manage kalau ada pengurusan tersendiri.

Nak tahu tak alat muzik jenama Yamaha apa yang pertama admin main? Jawapan nya adalah rekoder. Tak pasti masih ada lagi tak rekoder jenama Yamaha sekarang ni. Tapi dulu kira top dah kalau pakai rekoder Yamaha.

Walaupun admin tak lah cemerlang main rekoder. Sebab macam tak berapa syok je kena tiup. Bunyi pun tak kena dengan jiwa admin. Korang pakai rekoder brand apa masa sekolah dulu?

Nippon Gakki Co. Ltd.

Sebelum guna nama Yamaha, syarikat ini bernama Nippon Gakki Co. ltd. Dari nama pun dah nampak jelas asal daripada Japan. Ianya bermula pada tahun 1887, Torakusu Yamaha menubuhkan syarikat ini untuk produce piano dan reed organ.

Masa tu memang fokus kepada prduk utama mereka iaitu piano. Kesemua produk mereka dibuat dekat kilang dengan kelengkapan yang moden pada ketika itu. Jadi memang kuaiti produk Yamaha masa tu kira tip top condition la.

Ini menyebabkan Menteri Pendidikan Jepun pada tahun 1889 meminta Nippon Gakki Co Ltd untuk supply instrument muzik ke sekolah sekitar Japan bagi tujuan pembelajaran muzik yang lebih teratur dan berkesan.

Pada masa tu, hampir 250 unit organ telah dibuat dan supply kepada sekolah disekitar Jepun. Ianya macam batu loncatan bagi Yamaha yang kemudiannya meneruskan production instrument muzik seperti piano, organ, harmonica dan xylophones.

Yamaha terus berkembang maju dengan produk-produk tersebut sehinggalah sekitar tahun 1940 an dimana berlakunya perang dunia kedua. Production terpaksa dihentikan akibat daripada perang.

Yamaha Music Foundation

Selepas tamat perang dunia kedua, Yamaha mula melakukan sedikit perubahan terhadap hala tuju bisnes mereka. Yamaha mula menghasilkan Motorsikal. Motor yang pertama adalah YA-1, 125cc, dua lejang dan single cylinder.

Sambutan yang diterima terhadap motor yang dihasilkan Yamaha amat memberangsangkan. Lalu presiden Yamaha pada ketika itu, Genichi Kawakami mengasingkan industry permotoran dibawah pengurusan yang berlainan.

Tapi masih under Yamaha Corporation. Cuma division berlainan. Division yang dimaksudkan adalah Yamaha Motor Co. Ltd. Selain daripada motor, Yamaha juga menubuhkan Yamaha Music School pada tahun 1954.

Seperti yang admin cerita dekat atas. Hubungan Yamaha dengan Kerajaan Japan sangat rapat. Jadi Yamaha menubuhkan sekolah muzik ini adalah atas galakan daripada kementerian pelajaran Japan. Pada mulanya buat secara kecil-kecilan.

Kemudiannya pada tahun 1966, Yamaha Music School telah berkembang menjadi Yamaha Music Foundation. Dimana ianya semakin unik dan lebih bersistematik. Sistem pembelajaran muzik yang dikenali sebagai Yamaha Grade Examination System.

Rasanya system tersebut kekal sehingga ke hari ini dan diterima pakai oleh para pemuzik diseluruh dunia. Secara basic, terdapat gred 1 sehinggalah yang tertinggi iaitu gred 9. Nak naik gred kena lulus exam. Kira macam sekolah biasa juga lah kan. Cuma ini khusus untuk muzik.

Mula Teroka Pasaran Eksport…

Selepas perang dunia kedua, production untuk instrument muzik kembali rancak. Walaupun dalam masa yang sama, Yamaha mula keluarkan motor, tapi instrument muzik tidak dilupakan. Terdapat beberapa produk baru yang telah dilancarkan.

Antaranya adalah Hi-fi player dan electronic organ. Masa tu sales pun dah semakin meningkat. Namun Yamaha tidak mahu rasa berpuas hati dengan pencapaian mereka. Bagi menjadi lebih besar, Yamaha mula teroka export market.

Pada tahun 1960, Yamaha telah memperkenalkan Yamaha International Corporation. Ianya berpusat di USA. Jadi ini membolehkan Yamaha mengeksport instrument muzik mereka masuk ke market USA. So sales lagi up lah kan.

Selepas itu pada tahun 1966 pula, Yamaha buka cawangan dekat Europe pulak. Diorang memperkenalkan Yamaha Europa GmbH di Germany. Dah semakin maju dan berkembang dari segi sales dan market.

Yamaha kini merupakan salah satu diantara pengeluar instrument muzik terbesar didunia. Alat muzik yang dimaksudkan adalah piano, drums, guitars, brass instruments, woodwinds, violins, violas, celli, dan vibraphones.

Ada Apa Dengan Logo Yamaha?

Salah satu perkara yang menarik mengenai Yamaha adalah logonya yang unik. Tak kiralah dekat alat muzik atau dekat motor. Logo yang digunakan tetap sama. Satu logo untuk mewakili semua division Yamaha.

Pada yang tak tahu atau mungkin dah lupa macam mana rupanya logo Yamaha tu, boleh tengok dekat gambar diatas. Simbolik bagi logo Yamaha ini adalah Tuning Fork. 3 unit tuning fork yang di letakkan dalam keadaan bersilang.

Tiga tuning forks yang bersilang pada Logo Yamaha melambangkan hubungan kerjasama yang terjalin antara 3 bisnes pillar Yamaha iaitu teknologi, production dan sales. Ia juga adalah sebagai lambang reputasi Yamaha yang mantap dalam dunia sound dan muzik.

Tak tau tuning fork tu apa benda? Ianya adalah alat tune untuk instrument. Dicipta oleh pemain trompet bernama John Shore. Tuning Fork terdiri daripada handle yang dipasang pada batang keluli berbentuk U.

Dengan memukul batang, bunyi dicipta, dan kekerapan getaran yang dihasilkan sesaat digunakan sebagai standard tuning alat muzik. Honestly, admin pun tak pernah guna menatang tu. Cuma pernah tengok je.

Pelbagai Cabang Bisnes Yamaha

Kalau dikirakan dari tahun Yamaha diasaskan oleh Torakusu Yamaha, kini dah lebih daripada 130 tahun dah. Yamaha Corporation masih lagi wujud. Bukan sekadar wujud malahan terkenal diseluruh dunia dengan pelbagai produk.

Yamaha juga telah berjaya dalam pelbagai jenis cabang bisnes. Bermula dengan instrument muzik. Kemudiannya motorsikal. Seterusnya peralatan sukan. Industrial robot pun ada tau. Memang banyak bidang lah senang cerita.

Yang dasyatnya adalah Yamaha tetap relevan untuk semua bidang bisnes yang mereka hasilkan produk. Kebanyakkan syarikat atau jenama biasanya hanya akan fokus kepada satu niche produk je. Buat itu je sampailah berjaya.

Paling banyak pun dua jenis bidang bisnes. Tu pun mungkin salah satunya sahaja yang meletop. Satu lagi tu kira macam backup ataupun buat sebab minat sahaja. Jadi boleh lah ambil Yamaha ni sebagai sumber inspirasi dalam bisnes.

Korang ada pakai barang Yamaha tak? Share sikit apa yang korang pakai. Y15 ke, gitar Yamaha ke, drum, keyboard atau PA System? Admin pernah pakai keyboard brand Yamaha. Tapi tak berapa pandai main. Sebab belajar sendiri.

Maybe next admin boleh join kelas muzik Yamaha untuk up level laughing

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *