Yamaha MT-15 Sudah Mendarat Di Malaysia

by | Nov 21, 2020 | Motorsports

Jika sebelum ini pada bulan September 2020 yang lalu, motosikal Yamaha MT-25 telah dilancarkan. Kini tiba giliran Yamaha MT-15 pula. Kira yang paling kecik dikalangan family Yamaha MT Series. Tapi jangan pandang rendah tau.

Kecik-kecik pun mantap juga ni. Mengikut sumber yang diperolehi (Paultan dan Berita Harian), harga pasaran bagi model MT-15 ini adalah RM 11,988 sahaja. Lebih kurang sama dengan harga Yamaha R-15.

Dari segi specification pun hampir sama. Cuma yang berbeza adalah MT-15 ini dalam kategori “hyper-naked”. Pada admin nampak lebih garang la.

Specifikasi Yamaha MT-15

Berikut adalah detail specification yang ditawarkan pada Yamaha Mt-15:

Admin nak komen lebih-lebih pun tak berapa “expert” pasal enjin. Dari segi design memang menarik. Sebab tak banyak beza dengan “abang” MT yang lain iaitu MT-09 dan juga MT-07. Cuma saiz agak kecil sikit dan yang paling penting harga jauh lebih rendah.

Dekat market Malaysia, Yamaha MT-15 akan ada 2 varian warna iaitu Ice Fluo (seperti gambar dibawah) dan juga Yamaha Blue. Admin belum sempat lagi nak pergi jenguk dekat kedai macam mana rupanye motosikal ni.

Tapi ikut info, Yamaha MT-15 dah ready dekat showroom berdekatan korang. Nanti admin akan update lagi gambar selepas melawat tapak kawasan.

Free Gift For The Early Bird…

Pada yang berminat dengan Yamaha MT-15 ini, boleh terus cari dekat kedai berdekatan. Sebabnya pada pembeli yang terawal akan dapat special “free gift” daripada Yamaha. Apa yang korang akan dapat adalah MT-15 First Edition keychain dan juga Brake Disc lock secara percuma.

Takde info pula berapa unit keychain dan disc lock yang akan diberikan, tapi yang pastinya komfem rare keychain tu. Seryes motor dah cun, dapat keychain dan disc lock lagi. Memang terbaik lah. Apa-apa pun boleh pergi usha-usha dulu.

Kalau berkenan, jangan tunggu lagi beb. Terus angkat. Admin pun dah lama minat MT-09 tapi tak mampu nak bayar bulan-bulan. Yang ini memang sesuai la ni. So jom lah kita sama-sama menambah hutang cool.

Sumber Gambar : Yamaha Motor India

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *