Zoom Corporation – Pembuat Multieffect Gitar

by | Dec 30, 2019 | Music

Salah satu pengeluar effect processor yang menjadi saingan sengit untuk Line 6 adalah produk daripada syarikat Zoom Corporation. Brand sama dengan nama syarikat iaitu Zoom. Boleh kata memang ramai yang pakai efek jenama ini.

Admin dulu masa mula-mula start main gitar, multieffect pertama yang dibeli adalah dari jenama Zoom. Model G1 multieffect. Kecik je pun dan harganya murah. Rasanya masa tu dalam 300 lebih je kot. Antara efek yang paling murah la masa tu.

Beli sebab nak cuba dan belajar pelbagai jenis efek gitar. Kalau nak beli sebijik pedal untuk satu effect harga mahal sangat. Sebab mungkin ada efek yang kita tak suka nak pakai. So nanti end up terpaksa jual balik pedal tu.

Bila dah pandai sikit, admin upgrade ke model G7.1ut. Time tu multieffect pertama yang ada built in tube dekat dalam tu. Sound memang mantap. Tapi malangnya admin terpaksa jual. Sekejap je pakai. Masa tu final year dekat universiti. Terpaksa jual sebab nak pakai duit.

Zoom Corporation Di Japan

Pada tahun 1983, Zoom Corporation telah ditubuhkan di Tokyo, Japan. Brand ini memfokuskan kepada penghasilan efek untuk gitar dan bass, peralatan untuk recording dan drum machines. Sehingga kini mereka masih mengekalkan produk yang sama.

Zoom Corporation juga terkenal dengan handheld recorder bagi audio dan video. Dimana saiznya agak kecil dan sesuai untuk dibawa kemana sahaja. Ini menjadikan recorder Zoom mudah dipakai dan ramai yang menyukainya.

Dari dulu sehingga sekarang, mereka masih mengekalkan penghasilan produk yang menggunakan design microchip yang tersendiri serta pada harga yang sangat mampu milik. Boleh dikatakan ini memang kontra dengan Line 6.

Dimana Zoom ada banyak model multieffect dan ia juga telah diklasifikasikan kenapa beberapa range. Iaitu low end sehingga lah ke high end. Kalau yang high end tu memang biasanya harga akan mahal. Tapi untuk yang low end tu memang murah.

Walaupun murah tapi sound yang dihasilkan masih lagi relevan untuk dipakai. Tak adalah macam barang cikai dan tak berkualiti. Cuma function yang disediakan agak limited tak seperti produk yang high end.

Meneroka Pasaran Export Luar Japan

Bermula sejak dari tahun 1990 lagi, Zoom telah mula mengeksport produk mereka ke market luar Japan. Negara pertama adalah USA dengan penubuhan Zoom Corporation of America. Masa tu produk terawal yang diexport adalah Zoom 9002.

Semenjak dapat masuk ke market USA, nama Zoom terus meningkat naik. Permintaan juga semakin meningkat. Pada tahun yang sama, produk mereka telah berjaya dieksport ke lebih 30 negara di seluruh dunia.

Zoom Coporation terus berkembang apabila menubuhkan Zoom HK Ltd pada tahun 2004. Ini adalah untuk menguruskan export barangan untuk market Hong Kong. Begitu juga dengan Zoom UK Distribution Ltd yang ditubuhkan pada tahun 2006 untuk market UK dan Eropah.

Kemudiannya terus mengorak langkah dengan penubuhan Zoom Dongguan Corporation pada tahun 2009 dan Zoom North America LLC. Ini adalah untuk urusan distribution produk dekat USA dan China. So kira worldwide ada distribution centre.

Memenangi Pelbagai Award Peringkat Antarabangsa

Nak measure satu produk atau jenama ini bagus ke tak senang je. Kita tengok banyak mana award dan pengiktirafan peringkat antara bangsa yang diorang perolehi. Selain sales yang mantap, menang award pun membolehkan orang ramai kenal sesuatu brand kan?

Zoom Corporation telah memenangi pelbagai award semenjak tahun 2001. Antara anugerah yang telah dimenangi adalah seperti list dibawah ini:

  1. Best Innovative Product – MIPA 2001
  2. MIPA Award 2010 (Field Recorder Division) – H4n
  3. MIPA Award 2011 (Field Recorder Division) – H1
  4. MIPA Award 2012 (Field Recorder Division ) – H2n
  5. NAMM TEC Award 2013 – H2n
  6. NAMM TEC Award 2014 – H6
  7. NAMM TEC Award 2015 – H5
  8. NAMM TEC Award 2016 – F8

Boleh tahan banyak juga award yang diorang menang ni. Mungkin ada yang tak tahu MIPA dan NAMM TEC tu apa. MIPA tu adalah Musikmesse International Press Award. Manakala NAMM TEC tu pulak adalah National Association of Music Merchant Technical Excelence & Creativity.

Memang award untuk jenama-jenama pengeluar produk untuk industry seni hiburan. Selain memenangi anugerah peringkat antarabangsa, Zoom Corporation juga telah disenaraikan pada bursa saham Japan, JASDAQ pada tahun 2017.

So kalau syarikat tu tak kukuh, macam mana boleh menang award banyak dekat peringkat antarbangsa dan tersenarai pulak dalam bursa saham. Memang komfem mantap la kan. So korang masih ragu-ragu lagi ke dengan Zoom ni?

Zoom Terus Relevan Sehingga Kini

Dengan penghasilan produk yang mesra pengguna pada harga yang mampu milik menjadikan Zoom terus diminati ramai. Tambahan pula dengan kemenangan pelbagai award diperingkat antarabangsa menjadikan ianya salah satu brand yang berjaya.

Ini adalah formula Zoom Corporation untuk kekal relevan sehingga kini. Ada yang pernah pakai efek Zoom tak dekat sini? Kalau ada cer share sikit pengalaman korang dekat ruangan komen dekat bawah tu.

Admin yakin mesti ramai pemuzik yang pernah pakai Zoom. Tak kira lah level beginner sehinggalah ke level professional. Mesti pernah pakai walaupun sekali J. Untuk detail range produk zoom boleh check dekat link diatas.

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *